Showing posts with label terima kasih. Show all posts
Showing posts with label terima kasih. Show all posts

31 August 2013

Merdeka 2013


MERDEKA MERDEKA MERDEKA

kata-kata yang terucap setiap kali singgahnya 31 Ogos saban tahun. setiap kali itu jugalah, bendera akan mula muncul di merata tempat. setiap bangunan, rumah kedai, premis perniagaan bahkan bumbung rumah juga akan kelihatan berkibarnya bendera setiap kali ditiup angin. tidak ketinggalan kenderaan, sama ada kecil mahupun besar, gah menunjukkan berkibarnya bendera Malaysia. lagu Tanggal 31 alunan penyanyi arwah Sudirman Hj Arshad akan diudarakan dicorong-corong radio, pusat membeli belah bahkan dialunkan secara berama-ramai di sekolah.

tapi itu semua, sudah sepuluh tahun berlalu. 2013, boleh dikira dan dihitung, bangunan, kenderaan yang mengibarkan bendera. ke mana hilangnya semangat mengibar bendera ya. mahu dipujukrayu dengan wang atau bendera percuma untuk usaha mengibar bendera ini?

Merdekakah kita?
Pemikiran?
Perasaan?
Jiwa?
Rohani?
Akal?
Minda?
Fizikal?
Mental?

Sudah 56 tahun, Malaysia merdeka sebagaimana tercatatnya dalam surat perjanjian. ada hitam dan putihnya. janganlah ada lagi tangan-tangan yang kotor yang mahu mengubah hitam dan putih itu. 

SEMOGA MALAYSIA MERDEKA'LAH' HENDAKNYA


p/s - Engkau, sebelum lahir lagi sudah tercatat hitam dan putihnya dengan Penciptamu. Percayalah qada dan qadar-Nya. Percayalah takdir itu telah ditentukan oleh-Nya. Percayalah, nasib sesuatu kaum tidak akan berubah selagi, kaum itu tidak mengubahnya sendiri. Percayalah.....

11 November 2010

Apa ada pada nama

entri best pasal en Bippi Sm4ile.

siapa dia?
kaki blogging

rumah dia kat mana?
indonesia

apa yang best pasal blog dia?
apa saja yang korang nak tau pasal internet, blog..dan yang seangkatan dengannya... korang boleh tanya bebanyak..(dia balas cepat tau)

apa kaitan dgn no19?
dia adalah follower aku ke -200
(aku nak kasi hadiahh kat dia..tapi jauh sangat..cek en nuffnang pun tak sampai lagi ke tangan aku nie..huhu3)

klik sini kalau nak berkenalan dgnnya...--> UnLabel

Terima Kasih Sayang

masa aku mula start blogging nih..aku tengah cuti..
semuanya gara-gara Pizza Hut ikan tue la.
masa tue, sempoi gila.. masa free jangan cakap la..
sekarang, macam tak cukup kaki & tangan aku dibuatnya..bila masa nak membaca, menulis tesis lagi, nak siapkan assignment lagi..
tapi yang pentingnya....*kerjasama* aku sudah abih peksa..
esok..pulun BW..
sian BE aku terkontang-kanting..hehe3. sorry encik nuffnang..

tapi jutaan terima kasih la..yang masih lagi dok menyinggah..paling top encik blur a.k.a jiwa kacau...memanjang hari2 ada...ramai lagi la..adik megan fox yang nak kawen dah tue..(tak mau ajak ke?) uncle Lee (walaupun aku tak dan nak baca cite terbaru dia..ramai lagi la (jangan la kecik atie kalau aku tak tulis..nanti, aku tulis lagi nooo..

sekarang aku nak tidoq dulu...mata dah tak berapa boleh nak bukak dah..
aktiviti & sesi lupa daratan aku sudah berakhir yaaaa.
esok PULUN BW SAMPAI PENGSAN...

06 October 2010

Duit Raya?

Jangan ingat aku yang dah tua (hihihihi) tak boleh lagi merasa duit raya...
encik abang ensem telah memberi duit raya kepada aku atas dasar aku mengutuknya hari itu. walaupun kutukan aku tak berapa best pada hatinya. tapi encik abang ensem tetap memberikan duit raya kepada aku...

Terima kasih bebanyak encik abang ensem!

20 September 2010

Giveaway daripada Blogmuffin

hari itu, aku ada masuk giveaway daripada Blogmuffin...
jeng3

patutla lambat sampai..jauh.......
jauh kan 

hadiahnya seperti yang dijanjikan

 

terima kasih cik Blogmuffin...

17 September 2010

Selamat Hari Jadi Mama

10 September 2010

(sumber : ieyd.wordpress.com) 

Semoga di panjangkan umur. dimurahkan rezeki. sempat menimang cucu.hhehehe
hadiah untuk bonda. cermin mata raya bonia merangkap duit raya dan hadiah hari jadi..
hampeh betul la aku ni..

05 September 2010

Berbuka Puasa Di Teluk Batik Resort, Lumut

Sambungan sesi berbuka puasa di hotel lagi..heehhheehhe
kali di sertai dengan bonda dan my sis.

telefon jam 10 pagi. 05-6888499. harga RM28 net. tukang angkat telefon kata masih ada lagi tapi dengan syarat mesti buat bayaran sebelum jam 3.00 petang (pasalnya nak bayar tunai). cik isteri kata; jadi!

waktu makan-makan bermula jam 6.30 petang sampai la 9.30 malam. kitaorang sampai ngam-ngam jam 7.00 petang. terus menuju ke meja. dan bermulalah sesi meronda meninjau makanan yang disediakan. makanan dengan harga sesuai la. kaut seberapa yang boleh dalam pinggan dan mangkuk yang terlampau kecil. cuma yang best ialah gelas lebih besar berbanding semalam.

hasil rondaan:


(kautan aku.heeheheh)



(bonda kaut betul)



(my sis pun sama)



(encik suami baru pergi ambil. sikit je tinggal ruang untuk dia

makanan paling best di sini ialah ayam goreng..sedap! sotong bakar, roti macam tisu yang gemuk tetapi kosong di dalamnya. yang lain sama macam tempat semalam. kuih muih, bubur, air, abc, ikan bakar lawa, kambing kena sula yang dibakar, sup kambing, kuey teow kerang, kerabu betik, salad dan lauk pauk.

satu sahaja yang tak best dan menyebabkan meja kitaorang yang penuh dengan makanan bergerak ke hulu ke hilir di angkut oleh pekerja restoran tersebut.. LALAT dan langau! extra plus plus banyaknya. nasib la. selepas mengalih meja dan laungan azan..lalat dan langau hilang terus. jangan cerita la tangan yang terkibas dan dah jadi macam kipas dok menghalau LALAT. tambah lilin pun tak jadi apa. minta kipas, jawapannya tiada.

ane - tak makan dah di sini...

04 September 2010

Berbuka Puasa Di Swiss Garden Resort Damai Laut

bunyi ganas. macam makan tempat orang kaya je... tapi kalau di sini..
di situ la yang paling mahal. jadi disebabkan kerana tak pernah langsung berbuka puasa di situ. encik suami mengajak cik isteri berbuka puasa di situ.

tempahan dilakukan secara telefon ke no 05-6843333. pada jam 3.30 petang. kalau tempat lain jangan harap la hari yang sama nak book, nak buka puasa di situ. Harga tertera RM38.88++. tapi tukang angkat telefon kata harga net RM44.95 untuk seorang. waktu bermula daripada jam 7 petang hingga 10 malam. cik isteri kata; jadi!


(cantik kan. sayang kamera henpon memang jadi tak berapa lawa)

sampai sana memang ngam-ngam 7 petang. cantik betul pasal tahun ini tukar tempat. tepi laut. ramai jugak yang datang berbuka puasa di sini...daripada yang hidung penyet sampai le ke hidung tinggi melangit. daripada kulit yang berwarna hitam-hitam manis kurma mahal sampai le ke warna ais batu. hehehehe ramai gak sebenarnya.

jadi cik isteri meronda melihat makanan yang ada. boleh la banyaknya. padan la dengan harganya. puas ronda. dah tahu apa yang nak dimakan. masa untuk mengaut seberapa banyak yang boleh ke dalam pinggan. jadi inilah hasilnya.. hihihihi

 
bersama dengan 



hehehehehe nasib baik pinggan besar tue je..kalau tak akan ku sumbat lagi...(emmmm tak membayangkan langsung ciri-ciri awek cung)..
ada macam-macam lagi...
 keuy teow kerang, nasi arab, gulai kawah 3 jenis, mi sup, rojak, murtabak sedap, goreng-goreng, roti dan butter, kuih, kek, puding, bubur 3 jenis, keropok lemau, kerepek berjenis-jenis, sambal belacan yang lupa nak ambil pun ada berjenis, jeruk, yong tau fu, ikan bakar kembung kecik yang tak lawa, abc, cendol, air; sirap limau, bandung, laici terlampau manis, nescafe panas, air kosong yang sepuluh kali pergi isi.
(er....gelas macam tak bagi orang nak minum je kecik sangat)

keputusannya:

(selepas jam 9.20 malam)

di sini, ada surau yang disediakan..tapi aku rasa boleh kira berapa ramai yang sampai ke surau. bukannya jauh pun jarak tempat makan dan surau.(dunia3)

ane - terima kasih abang!

03 September 2010

Nuffnang Sudah Raya!



Wahhhhhhh encik Nuffnang kita sudah raya la...
Sudah tukar warna hijau...
ketupat dan lampu pelita...
wahhhhhhhhh bestnya...
dan bertambah bestnya..bila encik nuffnang buat open house tahun ini........
wahhhhhhhhh aku nak ikut open house tueeeeeeee..

jangan lupa....PILIH LAH AKU.....(pilihlah aku3) JADIKAN TEMANMU

ane - spekulasi sdn bhd

Selamat Hari Jadi Yang Ke-35



ane - abang dah tua!

BLOGWALKING AWARD 4 ME!



lihatlah dunia...cik nury singgah dan bagi award kat aku...jangan lupa singgah blog cik nury yang comey ni...

soalan yang ditanya:

1. Apa yang bermain di fikirian anda sekarang?
bab 1, 2, 3 tak berapa nak siap lagi.


2. Apakah nama samaran anda?
latest: awek cung


3. Berikan 3 orang yang anda sayang
encik suami, encik suami, overacting la plak..anakku


4. Panggillan anda untuk si dia
abang


5. Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa
pergi bercuti ke luar negara (encik suami tak boleh nak pergi lagi sekarang. nak lepas singapura pun payah.banyak betul karenah birokrasi nak kena lepas)


6. Blog yang anda suka visit
yang best di mata dan di hati


7. Tag kan 15 blogger
wahhhh ramainya.
cielodacutieydotblogspotdotcom
NASEEMAH SHARIEFF
WELCOME TO GARDEN @ O8
A Day In A Life Of Hernee Nazir
apa!! bagi idea
once upon a time
DuniakuAbstrak
niesh business;D
kimmyky.com
Puakajoran.blogspot.com
Gugurl
Blues Riders
*My Little Kitchen*
Yon's Home Decor
PERMAISURIsweety Aya!


ane - pergh..solosai kojo den..

02 September 2010

Blogmuffins Giveaway

Blogmuffins adalah pengulas a.k.a reviewer (hehehehe tak sedap bunyinya..) bagi blogshop yang menjual pakaian, aksesori dan kasut secara online. Jadi, cik Blogmuffins telah mewarwarkan apabila 'follower' nya mencecah 100 orang, dia akan mengadakan Giveaway.

dan aku sebagai seorang wanita biasa yang suka melaram ini, tanpa melengahkan masa terus klik menjadi pengikut dan menghantar segala jawapan yang dikehendakinya. soalan apa? nama, email dan blogshop kesukaan. dan tinggalkan jawapan dalam kotak komen. senangkan........

jeng3...hari ini apabila aku membuka email...wahhhhhhhhh aku salah seorang pemenangnya. terasa bertuah jugak la pasal nombor aku bertuah..pandai sungguh encik random pilih nombor aku.hehehehe.

apa hadiahnya?

 "Muffin Tote"...

(sumber : blogmuffins.blogspot.com)


bila dapat ke tangan aku?.....
dia cakap hari isnin minggu depan pos...
kalau pakai pos laju...hari selasa, dapat.
kalau pakai pos ekspress... hari rabu, dapat.
kalau pakai pos parcel... alamak..aku dah raya masa tue.......

ane - hemmmmm

26 August 2010

Follower ke 100

ehem,
ini entri terlewat sebenarnya...
sesungguhnya..sekarang ini aku mengejar masa dan masa mengejar aku..
rasanya kaki dan tangan aku tak berapa nak cukup.. terlampau banyak yang nak kena bereskan sebelum raya..


aku memang sudah berniat apabila cukup follower ke-100. aku nak kasi sesuatu tanda penghargaan follwer ke-100.. kira-kira nasib 'itu orang' memang bertuah la. dan orang yang bertuah itu adalah


mug muka ganas gila ini akan sampai ke tangannya minggu hadapan...walaupun sepatutnya sudah sampai ke tangannya minggu ini. tapi nak buat macam mana, aku dah bekerja 27 jam sekarang. 

lupa pulak... aku akan menunggu follower ke-200... rezeki anak sapa la masa itu...kita tunggu sahaja yaa

p/s - cik puan kancil....mug ini tak boleh la nak pakai masa raya macam yang janji hari itu..heheheheh. tak sempat nak pergi shopping untuk kali kedua lagi. sorry ye

24 August 2010

MATAHARIKU AWARD...FRIENDSHIP


aku dapat MATAHARIKU AWARD...FRIENDSHIP daripada encik mizim.
encik mizim kata untuk memanjangkan lagi tali-tali persahabatan yang memang sedia ada.
aku sokong 100%.

1. tag kan 5 orang follower dalam blog

uncle punya blog
Nurdia Natasha's blog
Welcome to the Worl of HANYA PERSINGGAHAN MYRA
Supertobot
--Cerita Ceriti Ceritu Kami--

2. bagitau melalui shoutbox
Done!

3. jangan lupa singgah di blog encik mizim yang baik hati ini.

22 August 2010

Lima Bintang

19 Ogos 2010

aku baru menge'cek' nuffnang. dan sungguh terkejut apabila bintang aku yang selama ini dok berwarna tiga bintang menjadi lima bintang.....bestnya rasa. terasa glamer sorang-sorang pagi nie... dok tersengih aje..terasa macam mula-mula dapat buffered earning hari itu...


buffered earning pun hari ini sudah bertukar menjadi metered earning dan bertambah lagi satu buffered earning baru. walaupun aku tak sehebat macam otai blogger yang lain ..paling mudah, hari ini saja kakinikl yang dapat 2000uv sehari...tapi yang ini pun mampu membuatkan aku terseyum sorang-sorang depan lt aku.....

terima kasih encik nuffnang.
tak berpaling tadah punya...
semangat untuk berblogging semakin bertambah. akan selalu ber 'blogwalking' lepas ini.

semangat nie....
semangat blogwalking
semangat berblogging
semangat nak kena siapkan bab 1, 2, 3 yang nak kena hantar sebelum raya nie.....(semangat terbesar)
makin bersemangat..bila encik suami sudah balik.

ane - dok senyum sorang-sorang. errr sebenarnya entri malu tahap gaban..pasal aku punya sikit je..tapi mesti kasi publish...aku nak encik nuffnang tahu yang aku berterima kasih pada dia..sebab ini membakar semangat aku..hihihihihhi

14 August 2010

Award Friendship Daripada Izryn



cik sarina izryn yang cun melecun kasi award pada aku..
terima kasih bebanyak.
stadium shah alam memang besar dik..tapi stadium manjung je mampu akak tadah kan..

jangan lupa...
korang usha-usha lah blog cik izryn yang cun melecun nie....

tag kepada tiga orang kawan.....
usrahfatihah
En.Epai Punya Hal
Terbang di Awan Biru

20 July 2010

terima kasih fad


dapat award?


1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni
 tq fad. org yang cute mute nih..rasanya single mingle lagi nih..kalu korang bujang..gie la usha blog dia tau..lain kali boleh bagi award kat akak lagi


2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..

ok... 


sekalung bicara setitis tinta
myra's site 
impiana intan 
mumsluvbaby 
kakimotong 
miss tora 
beautiful is happy 
Bicara hati 
ultraman88 




3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni

as you wish


4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great

unable to comment (pinjam jawapan Dr bonda..T_T) saya akan berusaha bersungguh-sungguh lagi cikgu..
Related Posts with Thumbnails