31 August 2013

Merdeka 2013


MERDEKA MERDEKA MERDEKA

kata-kata yang terucap setiap kali singgahnya 31 Ogos saban tahun. setiap kali itu jugalah, bendera akan mula muncul di merata tempat. setiap bangunan, rumah kedai, premis perniagaan bahkan bumbung rumah juga akan kelihatan berkibarnya bendera setiap kali ditiup angin. tidak ketinggalan kenderaan, sama ada kecil mahupun besar, gah menunjukkan berkibarnya bendera Malaysia. lagu Tanggal 31 alunan penyanyi arwah Sudirman Hj Arshad akan diudarakan dicorong-corong radio, pusat membeli belah bahkan dialunkan secara berama-ramai di sekolah.

tapi itu semua, sudah sepuluh tahun berlalu. 2013, boleh dikira dan dihitung, bangunan, kenderaan yang mengibarkan bendera. ke mana hilangnya semangat mengibar bendera ya. mahu dipujukrayu dengan wang atau bendera percuma untuk usaha mengibar bendera ini?

Merdekakah kita?
Pemikiran?
Perasaan?
Jiwa?
Rohani?
Akal?
Minda?
Fizikal?
Mental?

Sudah 56 tahun, Malaysia merdeka sebagaimana tercatatnya dalam surat perjanjian. ada hitam dan putihnya. janganlah ada lagi tangan-tangan yang kotor yang mahu mengubah hitam dan putih itu. 

SEMOGA MALAYSIA MERDEKA'LAH' HENDAKNYA


p/s - Engkau, sebelum lahir lagi sudah tercatat hitam dan putihnya dengan Penciptamu. Percayalah qada dan qadar-Nya. Percayalah takdir itu telah ditentukan oleh-Nya. Percayalah, nasib sesuatu kaum tidak akan berubah selagi, kaum itu tidak mengubahnya sendiri. Percayalah.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails