di situ la yang paling mahal. jadi disebabkan kerana tak pernah langsung berbuka puasa di situ. encik suami mengajak cik isteri berbuka puasa di situ.
tempahan dilakukan secara telefon ke no 05-6843333. pada jam 3.30 petang. kalau tempat lain jangan harap la hari yang sama nak book, nak buka puasa di situ. Harga tertera RM38.88++. tapi tukang angkat telefon kata harga net RM44.95 untuk seorang. waktu bermula daripada jam 7 petang hingga 10 malam. cik isteri kata; jadi!
(cantik kan. sayang kamera henpon memang jadi tak berapa lawa)
sampai sana memang ngam-ngam 7 petang. cantik betul pasal tahun ini tukar tempat. tepi laut. ramai jugak yang datang berbuka puasa di sini...daripada yang hidung penyet sampai le ke hidung tinggi melangit. daripada kulit yang berwarna hitam-hitam manis kurma mahal sampai le ke warna ais batu. hehehehe ramai gak sebenarnya.
jadi cik isteri meronda melihat makanan yang ada. boleh la banyaknya. padan la dengan harganya. puas ronda. dah tahu apa yang nak dimakan. masa untuk mengaut seberapa banyak yang boleh ke dalam pinggan. jadi inilah hasilnya.. hihihihi
bersama dengan
hehehehehe nasib baik pinggan besar tue je..kalau tak akan ku sumbat lagi...(emmmm tak membayangkan langsung ciri-ciri awek cung)..
ada macam-macam lagi...
keuy teow kerang, nasi arab, gulai kawah 3 jenis, mi sup, rojak, murtabak sedap, goreng-goreng, roti dan butter, kuih, kek, puding, bubur 3 jenis, keropok lemau, kerepek berjenis-jenis, sambal belacan yang lupa nak ambil pun ada berjenis, jeruk, yong tau fu, ikan bakar kembung kecik yang tak lawa, abc, cendol, air; sirap limau, bandung, laici terlampau manis, nescafe panas, air kosong yang sepuluh kali pergi isi.
(er....gelas macam tak bagi orang nak minum je kecik sangat)
keputusannya:
(selepas jam 9.20 malam)
di sini, ada surau yang disediakan..tapi aku rasa boleh kira berapa ramai yang sampai ke surau. bukannya jauh pun jarak tempat makan dan surau.(dunia3)
ane - terima kasih abang!
2 comments:
Perghh .. makan kat damai laut .. hebat hebat ...
@hasrul hassan...hehehehehe encik suami ajak makan daaa. ikut je la
Post a Comment