Showing posts with label pertandingan. Show all posts
Showing posts with label pertandingan. Show all posts

04 October 2010

Masuk cepatttt....TTM buat LUCKY DRAW!!

*STICKYPOST*
Entry baru sila scroll ke bawah

Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*
Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..macam la tak biasa kannn :D*
TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.
Semua yang layak  memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.*haku  ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*







TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!
INI HADIAHNYERR..

TENG TENG TENG!







16 Pc Dinner Set
Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware Mugs
Additional InformationItem Code 1065856
Weight 4,275g
Category Dinnerware
Pattern Geometric


Syarat-syarat penyertaan:

1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)

2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)

3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)

4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Senarai peserta di side bar kanan berserta nombor penyertaan)

5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.

6. Pemenang akan dipilih DI SINI.






TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU

23 September 2010

Pakaian Tradisional The Contest!!

perghhh tak sangka..aku tergerak hati nak join kontest yang ini..kenapa ekkk? aku rasa syok kot..pasal nampak tuanpunya nyer..cung kot..


fieza 1
http://hafidzahhafidz.blogspot.com/


(betul tak apa yang aku cakap...) cantik wooooo. merah kelapa laut afrika tuee.

syarat pertandingan:

1. mesti jadi follower....bereh!
2. mesti gambar sendiri...hak milik sendirian berhad....bereh!

(gambar muka sememeh lepas bentang usul) 


3. pakaian tradisonal...bereh! (yang tak ikut bahasa tue...tukang amek gambo)
4. buat entri pasal kontest ini....bereh!
5. Letak & link kan banner kontest nih kat sidebar blog sendiri.. dalam post entri pun kena letak sidebar nih....bereh!
6. mesti buat entri tajuk "Pakaian Tradisional The Contest" ... dah buat entri, lengkap semua... link kan entri ini ke sini.
7. tag kan minimum dua orang kawan  untuk join kontest ini...bereh!


8. tarikh tutup : 27.10.2010
9. Hadiah topup RM60 ... (tak pakai prepaid?tak apa... tuan badan akan tukar menjadi RM)

ane - aku memang pergi kerja dengan memakai pakaian tradisional. sebabnya wajib! sampai tahap kalau pergi kenduri-kendara, bila pakai baju kurung, terasa macam pergi kerja lak. hehehe. tapi sapa kata baju kurung tak seksi? seksi banyak tue, sampai seksa jadi.. tambah lagi sekarang, bermacam-macam jenis kain boleh dibuat baju kurung, mahu tak terbeliak biji mata kaum adam tengok kaum hawa dok melaram..

20 September 2010

Giveaway daripada Blogmuffin

hari itu, aku ada masuk giveaway daripada Blogmuffin...
jeng3

patutla lambat sampai..jauh.......
jauh kan 

hadiahnya seperti yang dijanjikan

 

terima kasih cik Blogmuffin...

02 September 2010

abang ensem punya blog macam hampeh

pernah tak masa ber 'blogwalking', tersesat masuk ke abang ensem's blog.
aku yakin 100% memang korang taip lebih kurang kat cbox dia dan terus blah je kan. tak pun terus je tutup laman yang ini.


apa yang menyebabkan korang tak berapa berkenan dengan blog itu?



(aku rasa boleh buat senarai la...)

  1. warna blog...konpom tak singgah lagi dah...coklattttttt je. tak ubah langsung.
  2. tetiba ada lip-lap buku pasal e-book. sakit mata dok tengok lip-lap tue
  3. e-book? ehhhh ini blog meniaga...bukan blog biasa-biasa
  4. tajuk e-book pun rahsia jutawan hartanah terbongkar.... MLM la nie...tak ada lain dah nie...nak mengepau duit orang je ni
  5. dah lak tue mahal babas e-book. e-book je bukan buku betul
  6. lagi la ada tunjukkan muka dia...siapa abang ensem....
  7. kata ada tips & thoughts.... semuanya dalam perenggan tak ada pun dalam point form...ingat orang muda macam aku nak baca semua tue...leceh la macam karangan BM rasanya.
  8. ehhhh mamat nie kata kaya...rumah banyak..tapi pakai blogspot je..freee lak tue..betul ke dia nie kaya
  9. memang lain kali aku tak singgah dah

ane -
  • payah betul nak komplen orang yang bagi jawapan untuk bonda. payah3.
  • apa hadiah yang aku akan dapat bila kutukan aku ini diterima oleh encik abang ensem's.. duit raya RM55. banyak tueee (tapi aku rasa encik abang ensem's boleh kasik banyak lagi nih.hihihihhihi)
  • ehhhh..korang jangan tak masuk tau..tapi kalau korang menang kasi bulat-bulat duit tue. aku nak..hihihi
  • encik abang ensem's okey tak? boleh dapat hadiah e-book tak?

Blogmuffins Giveaway

Blogmuffins adalah pengulas a.k.a reviewer (hehehehe tak sedap bunyinya..) bagi blogshop yang menjual pakaian, aksesori dan kasut secara online. Jadi, cik Blogmuffins telah mewarwarkan apabila 'follower' nya mencecah 100 orang, dia akan mengadakan Giveaway.

dan aku sebagai seorang wanita biasa yang suka melaram ini, tanpa melengahkan masa terus klik menjadi pengikut dan menghantar segala jawapan yang dikehendakinya. soalan apa? nama, email dan blogshop kesukaan. dan tinggalkan jawapan dalam kotak komen. senangkan........

jeng3...hari ini apabila aku membuka email...wahhhhhhhhh aku salah seorang pemenangnya. terasa bertuah jugak la pasal nombor aku bertuah..pandai sungguh encik random pilih nombor aku.hehehehe.

apa hadiahnya?

 "Muffin Tote"...

(sumber : blogmuffins.blogspot.com)


bila dapat ke tangan aku?.....
dia cakap hari isnin minggu depan pos...
kalau pakai pos laju...hari selasa, dapat.
kalau pakai pos ekspress... hari rabu, dapat.
kalau pakai pos parcel... alamak..aku dah raya masa tue.......

ane - hemmmmm

01 September 2010

baju bundle vs baju baru

dalam dilema....

(sumber : biz.yellowpages.com.my)

encik suami tak gemar betul bila diajak ke kedai bundle. sama naik je dengan adik ipar aku tue. jawapan klise (macam jawapan artis lak rasanya; pakai la nanti naik kurap)

cik isteri..tetiba lak tergedik-gedik gila baju bundle.

tak ikut cakap kang salah.
ikut hati...
ini lah jadinya.

31 August 2010

Hari Merdeka 2010

(sumber : appliedlanguage.com)

AKU MASIH LAGI BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!
WALAUPUN MALAYSIA DAH NAK MELEPASI SEPARUH ABAD.

eh korang tak kibar bendera lagi ke?. minta tolong dengan encik cuzshar. dia boleh tolong kibarkan.

kontest  sepanjang merdeka yang patut korang join (tak ada dan ada kena mengena sikit je) :
1. encik lompat tikam

2. cikgu dahlia

3. cik gayahspears

ada lagi sebenarnya... banyak lagi...

ane - merdeka kah diri, jiwa dan raga kita?

20 August 2010

Giveaway From DaniasBundle

Daniasbundle nak buat Giveaway...
dan ini adalah pertama kali Daniabundle buat giveaway...


(sumber : Daniasbundle.blogspot.com)


apa hadiahnya?


1 GRAND WINNER - AKAN MEMENANGI:
-  1 PC OF DRESS (PEMENANG BOLEH MEMILIH DARIPADA 3 BAJU TU MENGIKUT SIZE ANDA)
-  NEW HANDBAG(LEH WAT RAYA NI).
- 1 PC SET OF ONEIDA HANDPAINTED DECORATIVE PLATE(BRANDED DINNERWARE)
- 1PC OF HARI RAYA POP UP CARD SPONSORED BY MY BESTFRIEND -  
   http://bestfriendsmadeit.blogspot.com/
- SOFT TOY ELEPHANT YG CUTE MIUT ITU

2 OTHER WINNERS
- FREE 1 PC DRESS/BLOUSE MENGIKUT SIZE ANDA(MUNGKIN DIAMBIL DR BAJU YG DIATAS AFTER GRAND WINNER CLAIMS BAJU DIA OR FR OTHER DB'S COLLECTION)
- 1 PC OF HANDMADE RAYA CARD



aku nak join....

syarat :

1. Follower
     Done!

2. Existing Customer
     add to bloglist...
     Done! siap ada page khas (masuk dalam): Kaki Shopping

3. Saiz Baju :
     Lynn... tahu saiz akak...(malu-malu kambing nak sebut...T_T)

4. Tarikh tutup penyertaan :
     27.8.2010 = Jumaat depan

5. sapa jadi orang pertama..dapat baju free.. (aku le tue)kahkahkahkah

6. pastikan korang warganegara Malaysia yang beralamat di Malaysia ye..

7. Saya suka shopping di Dania's Bundle kerana harganya amat murah berbanding dengan blogshop lain ataupun kedai-kedai yang beratur panjang dan berselerak di tepi-tepi jalan. apatah lagi kalau nak dibandingkan dengan kompleks membeli belah yang harga baju tentulah mahal. dan ia bukanlah baju bundle yang macam selalu kita nampak di pasar malam ataupun pasar pagi ataupun pasar tani. jadi memanglah berbaloi kalau nak shopping di Dania's Bundle (nama aje macam tue, tapi baju yang dibeli selalunya baju baru. ada juga baju yang ada tag lagi). lagipun, sapa tahu yang kita memakai baju bundle...selagi kita tak beritahu orang itu adalah baju bundle( korang tahu tak, bahawa Jessica Alba adalah penyokong terbesar projek Green; dia kalau boleh nak semuanya kitar semula termasuk lah baju. please, bear in mind...dia lagi kaya daripada kita). kalau korang pandai cari, baju bundle hanya ada sehelai saja ye. tiada yang sama dengan orang lain. opppsss, lupa pula...paling penting...ada saiz aku! dan cik lynn pun kasi special service untuk aku gak...hehehehehhe bocor rahsia (T_T)

13 August 2010

Emak Mohd Khairuddin

Nak hadiah percuma?
mudah sahaja..

( sumber : redmummy.com; redmami pun dah ada kat sini..T_T)

1. korang kan memang kaki suka taip-menaip dan sebahagian besarnya online sahaja..boleh dikira masa offline itu sikit sangat.
2. apakata korang join sahaja pertandingan ini...
3. korang cerita pasal macam mana emak korang memalukan korang di depan khalayak ramai..ala-ala macam emak si Mohd Khairuddin tueee.(bezanya dia dok berleter dalam youtube je)
4. masa menaip tue, buat cerita korang se best dan kelakar yang mungkin (ada ke...cerita kena marah yang kelakar).
5. tulis lah seberapa banyak perkataan yang korang taip.
6. jangan lupa post entri korang di sini tau. (ala..kelik pada perkataan WIN GREAT PRIZES, click here to find out).
7. yang terakhir, jangan lupa pada 28 September 2010..datang sini semula nak tengok..korang boleh ke dapat hadiah tue...

hadiah?
Juara : 1 x You:nique Prepaid Card bernilai RM3000
Naib Juara : 1 x You:nique Prepaid Card bernilai RM1000
Hadiah Saguhati : 5 x You:nique Prepaid Card bernilai RM500

p/s - andaikata..korang yang bukan blogger teringin nak join jugak...tak ada hal..kelik aje kat sini..cuma korang rugi besar lah..pasal hadiahnya kureng daripada blogger.

30 July 2010

Juara Imam Muda

ehhhh sapa juara imam muda?

aku nak tau

hehehehe aku dah tau sapa..

Encik Asyraf laaaaaaa...

27 July 2010

Miles of smile

aku ikut Miles of Smile kerana

1. cik puan miles singgah kat rumah aku
2. aku baru je pergi blog dia dan ada contest yang tarikh tutupnya hari ini...
3. aku terpikat dengan cute miut anak dia...


4. paling utama..ada hadiah dari jauh tuee...mesti abang posmen..pening lagi dengan aku




"aku rasa cik puan miles ada cite yang best dari sana yang boleh dikongsi dengan aku..."

ane - GA link di SUKA TENGOK DAN BACA..
Related Posts with Thumbnails