Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

12 November 2013

Petua Masakan

Petua Masakan:

1. Mencuci Kerang Dengan Mudah
Supaya mudah mencuci kerang, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaulkan bersama sedikit air. Tunggu beberapa ketika dan hasilnya kerang tadi akan bersih dan putih.

2. Jemput-jemput Sentiasa Lembut
Bancuh adunan jemput-jemput dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya jemput-jemput anda akan sentiasa lembut, walaupun setelah ianya sejuk.

3. Menghilangkan Pahit Peria
Untuk menghilangkan pahit peria, cuba potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, toskan dan sedia untuk dimasak.

4. Ikan Tidak Melekat Dikuali
Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

5. Tauhu Tidak Melekat Dikuali
Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

6. Membersihkan Perut Lembu
Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

7. Santan Tidak Berbau dan Tahan Lama
Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

8. Segarkan Taugeh
Taugeh akan menjadi segar walaupun berhari-hari sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dalam air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Kredit: Oh! Media

11 September 2013

penawar mudah untuk kencing manis : Kacang Bendi



Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran semula jadi yang boleh digunakan sebagai ubat untuk kencing manis.

Kacang bendi adalah sumber folate dan serat. Ia juga mengandungi vitamn C, B6, thiamin, magnesium dan kalium. Kacang bendi adalah sayur yang rendah lemak dan kalori. Sayur ini digunakan untuk memekatkan lauk terutamanya kari.

Ada orang kurang menggemari kacang bendi kerana ia berlendir. Sebenarnya kalau kena cara memasak, kacang bendi amat enak. Lagipun ia amat berkhasiat.

Satu hidangan kacang bendi (1/2 cawan) mengandungi 30% dari khasiat pemakanan yang disyorkan oleh RDA. Ia adalah sumber antioksidan, vitamin A, C dan kalium, iaitu elektrolit yang diperlukan untuk imbangan cecair badan dan mengirim utusan melalui saraf, pergerakan otot dan metabolisma. Tak hairanlah ada tapak web yang mengaitkan kacang bendi dengan kesihatan otak.

Sebenarkan cecair berlendir dalam kacang bendi bukannya suatu yang tidak elok. Cecair tersebut mengandungi pektin dan serat yang larut dalam air. Pektin membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dengan mengganggumenyerapan cecair hempedu dalam usus dan memaksa hati menggunakan lebih banyak kolesterol untuk membina hempedu.

Jumlah serat yang banyak membantu aliran penghadaman dengan mengelakkan ceret beret dan sembelit. Ah, ketika memasak jangan dipotong kacang bendi untuk mengelakkan kehilangan cecair. kalau boleh masak kacang bendi dengan bahan berasid, misalnya buah tomato untuk mengurangkan lendir.

Jadi benarlah apa yang diwarwarkan dalam web yang saya baca, kacang bendi kekalkan keremajaan (antioksidan), baik untuk kulit, mengelakkan selesema (vitamin C), baik untuk otot dan otak, melawaskan penghadaman, serta mengurangkan kolesterol

KHASIAT KACANG BENDI

✔Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.

✔Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.

✔Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

✔Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

✔Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.

✔Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
Lagi Khasiat Bendi

Lagi khasiat Kacang Bendi

✔Mencuci hati.

✔Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

✔Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.

✔Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.

✔Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.

✔Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.

✔Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.

✔Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.

✔Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

✔Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan, dikatakan memberi hasil yang sangat baik untuk kesihatan badan.

Banyakkan khasiat kacang bendi.. Jom Amalkan untuk kesihatan anda.

sumber: Buku Resepi

*wani - minta maaf ya abg, lepas nih, bila masak, tangkai akan masuk sekali :p

23 August 2013

Resepi Rendang Ayam paling senang

Bahan-bahan:

cili kering : 20-30 tangkai
serai : 20 batang
bawang merah : 10 biji
lengkuas : 1 inci (buang air dia, nak hampas sahaja)
halia : 1 inci
bawang putih : 5 ulas
kerisik : 1 sudu besar
santan : 2 biji kelapa (1 kg santan)
Ayam : 1 ekor
Daun kunyit : 2-3 helai
Minyak : sikit demi sikit (hehe)
Air asam jawa : 1 sudu besar (aq suka guna asam keping; 2 keping selalu aq buh)
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Blender cili kering, serai, bawang merah, lengkuas, halia dan bawang putih.
2. Masuk semua sekali ke dalam kuali kecuali santan, kerisik dan daun kunyit.
3. Apabila air kering, masukkan santan dan kerisik.
4. Suaikan rasa, semasa masih lembap. ingat, yang paling penting ialah rasa dan rasa serta rasa :)
5. Kacau sampai nampak rupa rendang ayam (hehe. nasib le korang)

p/s - gunakan segala kebolehan lidah korang untuk merasa. rasa bukan sahaja pada lidah (a.k.a. mulut) tapi juga pada pandangan mata. selamat mencuba.

10 August 2013

Lemang Alor Gajah



Aq sangat mencadangkan korang untuk singgah beli lemang dia. Encik hubby beli yang berharga RM10 sebatang. Lemang dia sangat sedap dan berlemak (setahun dua kali je makan). Jangan lupa beli rendang puyuh gak. Seekor, RM5. Sedap wey... 

Lokasi? Sebelum sampai stesen minyak Petronas Tol Simpang Ampat.

Memang dia masak untuk makan. Bukan untuk jual ya.  Aq harap korang faham maksud aq ;)

P/s- jln jem nak sampai tol simpang ampat, lemang & rendang pun abih gak. X cukupppp

Sent from wani with ♥

06 August 2013

Resepi Kek Buah Kukus Paling Senang dan Mesti Jadi

Kek Buah

Bahan-bahan:

Bahan A;
1 kotak buah campuran kering
1 buku mentega
1 cawan air
1 cawan Fanta Grape (air gas)
1 1/2 cawan gula

Bahan B;
3 3/4 cawan tepung
1 camca teh baking powder

Bahan C;
4 biji telur
1 camca teh soda bikarbonat

Cara-caranya:

1. Rebus semua bahan A.
2. Ayak tepung
3. Pukul telur
4. Campurkan semua bahan A sedikit demi sedikit dengan telur dan tepung.
5. Kukus 1 sehingga 1 1/2 jam.

nota kaki: untuk air Fanta Grape tu, sila beli yang 1 tin sahaja (pasal sudah mencukupi) dan hanya buka air fanta tu, bila nak rebus. kek buah ni memerlukan air fanta, supaya 'buah-buahan' dalam kek nati, akan cantik 'berteraburan' dalam kek nanti.

Selamat Mencuba...

p/s - kalo, ko rasa, sepanjang hayat ko x pernah wat kek. sila cuba kek buah ni ya. kompom jadi nyer..

19 September 2012

08 August 2012

Baskin-Robbins Percuma Mulai Pukul 8 Malam Ini



Baskin-Robbins Percuma Mulai Pukul 8 Malam Ini

*wani - pasai apa manjung, tada baskin robin.. lau x, mau aq g beratur gak. hehe

28 July 2012

buah epal segar


Demi untuk memastikan buah epal kelihatan segar seterusnya menarik minat pelanggan untuk membelinya, ada sesetengah peniaga epal sanggup membaluti epal dengan lapisan lilin walaupun tahu ia mungkin membahayakan pembeli. Oleh itu, pastikan anda basuh dahulu buah yang anda beli demi keselamatan dan kebersihan yang terjamin.

sumber: Oh! Media

21 July 2012

Saya nak makan kucing


kredit : Dunia Kucing


*wani - memula aq amek gambar dulu, pastu, aq test yg mana sedap... pastu... lau gethique nak mkn, aq kasi je.. hehe

10 April 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^



*wani - aq dah ada jus delima :-)

09 April 2012

Taugeh

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.
bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.
dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.
kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.
kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa?
sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar  menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis.
tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2
hanching
dgn taugeh2 bumiputera



sumber: Muhammad Rizal

*wani - aduh

19 August 2011

Petua Untuk Mengurangkan Selera Makan

1. Makan secara perlahan.

2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.

3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.

4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.

5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.

6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.

7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.

8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.

9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.

Sumber: EPML

wani - makan adalah aktiviti yang paling best :0

12 August 2011

Bazar Ramadan kat Pasar Awam Manjung


ini ialah satay tulang. tahun ini, boleh naik harga lak. secucuk RM1.50. tahun lepas, baru RM1.00. isykkk memang nak cepat kaya betul tokey dia. banyak sangat naiknya


 kuah satay tulang: ala kuah satay lerr.....a.k.a. sambal kacang


 mee + maggi singapore
masa beli, mati-mati aku ingatkan tokey yang sama aku beli tahun lepas. rerupanya, orang lain. hemmm. teramat la tidak sedapnya
):


 gambar atas: Ikan patin masak tempoyak
gambar bawah: gulai nangka
kedua-duanya, beli daripada kedai silaturrahim (ala... kedai makan yang banyak lauk yang letak di simpang tiga menuju ke Teluk Batik tue) setiap tahun, diorang meniaga di pasar ramadan Manjung. tapi, sedihnya, kenapa tahun ini, tak sedap masakannya


wani - hemmm, susah nak jumpa peniaga menjual, macam nak makan. yang selalu jumpanya, peniaga yang menjual je. huhu

03 August 2011

Bazar Ramadan @ Sitiawan



sumber: SE aku

jalan-jalan pasar ramadan kat sitiawan. ini yang dah lama ditunggu. makanan feberet masa kecil dulu. ayam dinding (baekkk punya). 1 ekor = RM13, lau beli sebelah je, RM6.50. dulu lagi mahal. 1 ekor RM18. tapi rasanya..... sedap (dulu la). semalam punya rasa, biasa-biasa je. sedap nando lagi sedap, hahaha3

wani - aku yang tenggelam dalam baris-baris perkataan tesis :(

14 June 2011

Makanan Yang Halal & Haram Di Malaysia

hemmm, i'm currently obsessed with Halal & Haram Food. so, below are what i getting from Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk Umat Islam.












































you may drop by to that page if you want to know more details regarding about those products and they (admin) are talking a lot about E code


*wani - abang........kena campak stok dlm umah kita. huhu. keredhaan-Nya, lebih penting

23 May 2011

Soto

Bahan-bahan :

1 ekor ayam - direbus (best3. ayam banyak tul ayam pakai)
Sup Bunjut ADABI
Bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik (ala, beli kat kedai je, balik, terus rebus)
Suhun - digoreng 


[Hiasan]
Bawang goreng
Daun Bawang
Daun Sup 

***[Bahan kicap] ***
20 batang cili padi
2 ulas b.putih
1/2 cawan kicap manis

Cara-cara:
Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Untuk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tapi nanti rase cam kuah sup ayam je.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yang direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk tadi.
Ayam yg direbus tadi, digoreng dengan sedikit gaulan kunyit/garam.
Selepas goreng, carikkan ayam macam gambar di atas. Ayam carik siap.
Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yg same cam kat link ni.
Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup




sumber: Umie Majid

*wani - best3. cepat la balik en suami. nak buat soto nih*

22 May 2011

‎begedil daging cincang

Bahan-bahan:
2 biji kentang
segenggam daging cincang ramly
daun sup dicincang halus
5 sudu besar bawang goreng
satu sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1 biji telur (di pukul) 

Cara-cara:
kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng. 

nak pedas sikit tambahkan black pepper powder

Enak dimakan begitu saja/+mee sup


sumber: cik Umie Majid

*wani - dah boleh buat sendiri :)

13 May 2011

Aiskrim Homemade Special

bahan2 asas untuk buat aiskrim HOmemade

1 tin susu pekat manis
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2 @ 3 sudu serbuk koko
***mixer untuk pukul susu spy kembang


Saya buat perisa strowberi ala paddle pop ngan choc oreo....
so if nak letak oreo,blend biskut oreo tu then masukkan dlm adunan...

Selamat mencuba.......
p/s - lau nak tgk gambar kat sini. 

*wani - waaaaaa x sabar nak buat gak. tq cik Anjung Hijab Collection*

30 March 2011

Tak Moo Makan Tauhu Dahhhhhhhh



Kilang tauhu ni bukan kat Malaysia ... tapi kalau ada pekerja kilang tauhu kat Malaysia camni ... sanggupkah kita makan tauhu tu ...


*wani - tersembur anggur yang tengah aku makan. tq encik Zaidin Yusof*
Related Posts with Thumbnails