Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

09 April 2014

Beg Tangan Mahal?

Meh nak share skit memandangkan lawatan ke outlet untuk.handbag lg maximum 2 minggu. Sbb saya kasik.installment kan byk ckp tq su dpt le.merasa beg mahal2 pd yg selama ni x mampu beli . Memandangkan nak spend riban2 saya bgtau erk pro and cons. Tepuk dada tanya diri sendiri..ni.berkaitan material...

1) prada... nylon ok.. leather pun ok psl tahan lasak.. leather prada mmg keras. Tp berat ye bila korang isik barang. Tp leather die bkn jenis senang guris ke calar. Tuh bagusnya.. nylon plak murah. Tp bile kotor ke senang lap. Nylon prada mmg cantik. Cons die. Jgn terkejut if prada dlm.beg korang tulis made in china. Tu yg geram skit.

2) burberry. So far material leather die pun ok tp amek yg haymarket psl made in italy. But fews yg mcm pvc erk material die made in china

3) furla. Furla mcm byk colour baruu2 lawa. Tp furla leather die x setebal prada ye. Tp leathrr furla pun bkn jenis senang guris.. fully made in italy juga

4) anya hindmarch. Leather anya variety so susah nak komen.. all also made in italy

5) mk.. leather mk cun lembut tp mk ni or coach kalau korang nak.beli.. carik lah dr seller us.. sbb die jual murah..

6) tods.. beg g line tuh plastic kan. Material die kalau apa2 senang le lap. Lawa. Tp bad point nanti mcm keromot je. leather tods juga adalah jenis leather yg manja. Mcm lembut. So sapa rasa jenis x pandai jaga sila jgn amek erk. All also made in italy

7) gucci.. all made in italy. Leather lasak. Leather x seberat prada. Kalau plastic senang juga nak menten nak lap ke apa. Gucci ni kena hati2 sbb ada trimming x halal so saya perlukan sedikit masa nak tgk tp so far yg saya jual in sha allah.. kanvas gucci pun lasak tp kalau korang amek cerah2 tuh saya pun x tau mcm mana nak lap. 

8) chloe. Purse murah2 chloe bawah 1k..leather yg senang guris juga.

9) ferragamo.. pun ok tp jenis yg saffiano lether le..
Semua ni kena pandai tgk. Org kata alang2 kan .. so pilihlah ikut budget dan citarasa anda. Sebagai tukang beli saya dah rasa pegang belek semua handbag

Next aim saya nak tgk kasut tory burch plak.. ada spa2 minat fendi pun buleh inform

28 March 2014

Kisah Menarik dari UK

Menarik! Seronok!
Tak pergi UK pun boleh membeli belah.
Internet kan ada.
klik, klik je.
Bayar.
Barang sampai.

Penjual?

1. Bazaar UK

2. ShoPPe LISTa

3. Kedai Barang Murah Dari United Kingdom

4. Super Murah Shopping UK

5. Malaysia Corelle Store

6. BMUK Branded Fashion Store

7. Barangmurahukdotcom

p/s - aq agak-agak ketagih dok membelek pages diorang nih. haha. belek, banding dan fikir. agak-agak jimat, beli. rasa macam membazir, belek je. lagipun, facebook kan katalog percuma :)

24 January 2014

Jom Simpan Emas

YAHUDI dok pulun menyimpan emas, sebab yahudi yang mencipta wang kertas ini, nak bagi orang taksub menyimpan kertas yang tak bernilai.

Ketika zaman Nabi SAW sehinggalah ke khulafa Ar-Rasyidin dulu menggunakan emas sebagai matawang.

Sebenarnya emas ini tidak pernah naik harga walau sekalipun, cuma penipuan yahudi yang telah berjaya menjajah minda kita, "mendidik" kita dengan menggunakan kertas sebagai wang dan menjadikan emas itu kelihatan seperti ada kenaikan harga.

Ini dibuktikan dengan kambing yang Rasulullah SAW beli pada 1434 tahun dahulu masih tetap berharga 1 dinar hingga kini dan hingga ke hari kiamat.

Dalam al-quran juga ada disebut tentang zakat emas, adakah zakat itu akan memiskinkan umat Islam?Kenapa takut sangat nak bayar Zakat? TAX boleh pulak?

Dalam al-quran di sebut tentang emas dan perak, Allah tak pernah sebut wang kertas, ciptaan Allah ke, ciptaan manusia yang lebih kekal lama?

Kerana Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud: "akan tiba suatu zaman, tiada yang lebih berharga kecuali emas dan perak" Menurut syeikh Nuruddin, walaupun hadis ini dhoif, tapi hadis ini bukan terlalu lemah, jadi boleh di amalkan.

Untuk penghuni Syurga Allah tak bagi wang kertas, Allah bagi emas sebagai perhiasan, SUBHANALLAH

sumber: Mohd Faizal

*wani - nak belajar simpan emas? meh tanya aq...muu nak byk gram atau byk duit?

11 April 2013

Selling Plus Size Clothing Part 2

suka aq nak bagitau online seller mana yang memang best lau membeli belah di internet nih...

Rozaini Hanafi
semua baju yang dia jual, kalau boleh semuanya aq nak beli dia... semua patern cam Prof Muhaya pakai.. ada dia jual. high low kosong, high low corak-corak, jubah nursing, perut ikan, ber'cuff'. lycra yang dia jual, memang superb. sorry, aq tak akan pakai, yang nipis nyer, pasal nati melekat kat badan. opss, lupa nak gtaw, minggu lepas aq gie Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam... memang seller kat sana tengah giler jual patern cam nih, daripada high low sehingga jubah.. well, yang aq tau, kak rozaini masih lagi jual yang termurah hehee. i like :)


so, korang boleh la singgah kat page dia --> Cover In Style. saje je tunjuk kaler yang ini, pasai ini yang memula aq beli daripada dia :)




*wani - wooo, aq beli saiz XL, besaq giler tau.. errr, kak rozaini leh dpt diskaun ke? hehe

30 June 2011

Tip pembelian online

Setiap pembelian melalui ONLINE SHOP anda perlu simpan bukti-bukti tersebut sehingga barang yang dibeli sampai ke tangan anda, iaitu :
1. NO TEL. ONLINE SHOP TERSEBUT
2. JANGAN DELETE YANG KITA SMS DENGAN ONLINE SHOP xkira melalui SMS atau FB.
3. ANDA PRINT SCREEN PAGE ONLINE SHOP TERSEBUT DAN SAVE.
4. SIMPAN NO AKAUN DAN NAMA ONLINE SHOP TERSEBUT.
5. SIMPAN BUKTI PEMBAYARAN TERSEBUT.

Kaedah ini untuk memudahkan sebagai bukti untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa.INSYA'ALLAH

sumber: Abe Mie

*wani - alhamdulillah. semuany sudah aku buat :)

18 May 2011

Selling Plus Size Clothing

ada satu blogshop baru yang jual baju PLUS SIZE muncul di internet. kepada tuan punya badan yang plus size (& yang seangkatan dengannya) mesti boleh singgah kat sini. iyelah. faham-faham aje lah kalau PLUS SIZE tue, bermakna kain pun PLUS SIZE gak. jadi kalau nak berjimat sikit kena cari blogshop yang jual baju preloved ataupun bundle.




nama kedai --> Selling Plus Size Clothing
URL --------> http://curvycloset.blogspot.com/
jual ---------> baju plus size (setakat ni baju)
nama tokey --> lyn a.k.a lin


*sejarah lama dengan aku --> Giveaway From Daniasbundle. eh, nape ada sejarah lama? syyyyyy. tanya la aku. aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa*

*update: klik Selling Plus Size Clothing Part 2 utk bahagian kedua :)

14 March 2011

Penipuan Slip Deposit Maybank

wow, slip deposit Maybank pun boleh dicetak dan dimuatnaik untuk dibayar secara online. ngeri aku mendengarkannya. tak takut dengan balasan tuhan ke atau saja buat-buat nak makan benda haram. sekarangkan tuhan bayar tunai di dunia terhadap apa sahaja tingkah laku kita. sedangkan 'husni mubarak' pun orang sudah gulingkan. inikan benda yang macam ini.

baca sajalah entri yang diambil 100% daripada cik emalys. atau nak baca entri sebenarnya di sini.

Edited post.
Semoga orang lain tidak terkena tipu. Slip deposit bank boleh diprint. Nampak 100% tanpa cacat cela. Siapa pun takan perasan..



Slip deposit bank palsu yg di-print. Sekilas pandang, takda cacat cela pada slip ni.


Kami ambil keputusan untuk tidak melanjutkan hal ni. Post yg sebelumnya tetap ada di dalam simpanan, dan diharap orang berkenaan insaf dengan peluang yang diberi. Bukan mengambil mudah, tapi atas alasan budi bicara ahli keluarga si pesalah. Kami harap orang terbabit takkan lagi terlibat dengan perkara begini sebab semua orang bencikan penipu (lihat saja komen2 yg ada).


Peringatan Untuk Seller On9 yg lain!
Berhati2, dan double check setiap payment.


*Tq utk supporters dgn komen2 yg diberi. Semoga semua org mengambil iktibar.
*Utk ayin, jangan bermain api. Berfikir la dengan otak, renung dengan hati.

07 March 2011

Peniaga Jual "Barang Mahal" memang selalu macam tu...

kalau kau orang yang meniaga, kalau terkeluar soalan bodoh daripada orang nak beli. dan kau jawab dengan soalan yang kau rasa macam bagus.
kau rasa, peniaga yang rugi atau orang yang nak beli yang rugi.
kalau bagus sangat, mesti dah lama barang kau laku kan. tapi dah lama tercongok kat situ kan....

jadi, apa masalahnya, kalau jawab je, soalan bodoh itu. bukan kena bayar pun. bantu orang yang nak beli. soalan dia bodoh ke tidak ke. kau yang rugi sekarang. hilang dah seorang pelanggan yang nak beli.

hanya kerana kau tengok dia sebelah mata, sampai sudah le, kau tidak ke mana-mana.

*wani - lupa kan je la, nak beli barang otentik tue. baik beli macam biasa online terus daripada original butik.

16 February 2011

Seller memang selalu macam ini

Sender :pissed
Case Received : 12/2/2011
pissed Says :
gosh. this is my first time writing to NOS. but this time im really annoyed :\
i was reading about this seller selling this mascara in lowyat forum, so i left a msg, asking her to PM me for the details.
she was quick, of course. she sent me this:
pos ekspress RM3.50 after post about 1-2 working days get it . no need to sign for parcel , postman wil put ur mailbox
poslaju after post about 1-2 working days get it , need to sign for parcel
peninsular RM6
sabah RM8
sarawak RM9
add up the postage u want to use will be total
and continued with a HUGE list of her bank accounts (i think she has ALL THE banks existed in Malaysia)
i then asked her for more info about this mascara, then ask for another mascara (whats wrong with that? you tell me, i just wanted to understand more before making my choice! its not like im backing out or something!)
i asked quite a long question and definitely not a closed-ended question.
she replied,
YES.
i was pissed already. but then i said, fine, i'll take that. another final question which is a closed ended question (since she's SOOO lazy to type more detailed to me)
and her reply is?
YES
pos ekspress RM3.50 after post about 1-2 working days get it . no need to sign for parcel , postman wil put ur mailbox
poslaju after post about 1-2 working days get it , need to sign for parcel
peninsular RM6
sabah RM8
sarawak RM9
add up the postage u want to use will be total
i was like, HELLO? what on earth you're thinking? you dont even bother to explain to me about the mascara and questions i'd asked! its seriously a huge turn off!!!
i know about banking in the money you dont need to re-emphasize about that. im just interested in knowing more about the item if it can be washed off with just plain water or not.
i'm opting for Pos express, when you'll be sending out after i bank in?
thanks.
what she replied?
yes
get payment today
post out on monday
-.-""
so sick of her attitude. can she be a little more friendlier? seriously!! you want me to pay right now, at night huh only you'll post out on Monday? so i can't bank in tmrw la!
i'll google and find someone else to sell me this.
kthxbai.

credit to Night Owl Says


*wani; aku selalu terkena penjual macam ini. lain yang ditanya, lain yang dibalas. bosan betul*

22 January 2011

Ada lagi Yang Nak Menipu..

hem lagi tak kisah menipu dalam akaun facebook hari itu? well, aku ada kisah yang seterusnya lagi.
kali ini yang terkena adalah (ramai sebenarnya aku rasa) cik MizzYaya Shop. korang boleh add dia kat akaun facebook dia untuk membaca komen orang lain.
so, aku cilok screenshot dia satu, yang lain korang baca ya.

mangsa a.k.a victim --> MizzYaya Shop
pemangsa a.k.a orang yang diwarwarkan --> miss alini atau nur alini

(sumber cik mizzyaya shop)

(sumber: cik mizzyaya shop)

*jangan bagi terkena ya, korang*

21 January 2011

Flyer Pos Laju terkoyak

(sumber: mforum1.cari.com.my)

apabila menerima bungkusan daripada abang pos laju, adalah sesuatu yang mengujakan (terutama kepada kaki shopping). malangnya apabila dilihat flyer (plastik pembungkus) sudah terkoyak di bahagian plastik tersebut. apakah tindakan yang boleh anda buat?
  1. jangan terima bungkusan tersebut. anda berhak untuk tidak menerima bungkusan itu.
  2. kalau nak terima juga, ambil dulu bungkusan itu. semak dahulu cukup ke barang yang ada di dalamnya. kalau cukup, terima aje :-)
  3. laporkan ke pos laju yang berhampiran. mereka akan berikan sekeping kertas aduan. isilah borang tersebut.
kita sebagai pengguna ada hak untuk mengatakan TIDAK

*hello, perkhidmatan pos laju, dibayar. bukan hantar dengan percuma*

30 October 2010

Fesyen

(sumber : truewarnashinesthru.blogspot.com)


Kalau korang gila shopping online.... banyak tempat yang best gak...
selalunya aku boleh perasan kat mana bebudak "U" shopping..hehe2 (tak boleh gelak lelebih..)

sebahagian besarnya akan merayap ke blogshop yang jual baju 2nd hand a.ka. bundle ..errr tapi aku rasa kalau bundle bukan 2nd hand dah..dah ber'hand-hand' jadi..(rasa macam beli kereta lak bunyinya).

(sumber : akutaknaktension.blogspot.com)

kedai yang selalu aku languk tengok bebudak nih...
  1. dania's bundle atau nama glamer "bla3" panjang sangat...gie jenguk la kalau nak tau.
  2. yang tengah top sekarang dresskami..siap masuk KOSMO tue
  3. 1st class bundle online..korang pernah sesat masuk sini tak?..pasal harganya murah sangat
  4. pakaian wanita ..sama je dengan yang atas.. tokey yang sama.. 
  5. love live lifestyle ... yang kat sini orang kerja pun ada gak shopping dengan dia
  6. elegant dress.. haaaaaaaaa ini dalam facebook semuanya harga RM19...tapi aku rasa lebih kepada blouse bukan dress
  7. Anna bundle....not bad untuk permulaan. baju tak banyak lagi..tapi memanjang aku tengok sold out.
(sumber : meymieamelia.blogspot.com)


kedai jual baju baru....


  1. ladiesfash........ sepatutnya tukar nama ladiesfast...sebab aku selalu baca NOS & Slap Me Why Dun You.......memanjang dia orang puji service yang disediakan..
  2. Jessabella Plus Size Stealz...... kalau korang pakai baju plus size...dia ok gak kot...ada harga murah..dan ada yang boleh tahan...tapi aku tengok tak pernah melepasi RM50 untuk sehelai baju lagi
  3. Cucucamber........seangkatan dengan Jessabella.....plus size babe. cuma suka tengok pilihan dia..berbeza daripada blogshop lain
  4. Meylle....campur-campur...macam2 ada
  5. Singurl closet ...kalau terasa nak pakai baju yang sama dijual online..kat sini pun ok gak ..macam agape boutique..


tak nak beli barang buatan Malaysia

  1. 6pm.com.........standby kad kredit yang clear..tak ada hutangnya..korang mesti terkejut beruk bila dia buat sales.hehe3
  2. Nordstorm seangkatan dengan 6pm.com (diaorang ialah shopping complex...bayangkan pavillion yang jual barang online...) sales? hangat
  3. Steve Maiden........aku jatuh cinta dengan kasutnya...
aku?
aku kan suka shopping........tak ada masa nak gie kedai...online pun ok gak..
tapi sempat ke aku nak beratur 4hb November nieeeee... ada lagi kerja tak bereh nihhh

peringatan terbaik aku...........

JANGAN SHOPPING KEDAI ONLINE YANG NAMPAK MACAM TAK ADA ORANG BELI (KANG DIA TIPU DUIT KORANG ) AKU TAK BERTANGGUNGJAWAB.

ane - hakikatnya aku :     stresssssssssssss. ada lagi yang tak beres nihhh. nak peksa dah nie

25 October 2010

Gila lagi

aku ingat kan nor je yang ada kegilaan baru...

rupa-rupanya ada lagi 87 orang yang gila juga.... GILA SHOPPING.


semuanya sekarang tengah menekan keyboard untuk menge'cop' baju di dresskami. dok tengah pot pet kepada si nazim...boipren nya si ct....
ehhh macam promosi lak...ct, akak patut dapat diskaun lebih nihh

ane - aku pun sama gakkk

02 September 2010

Blogmuffins Giveaway

Blogmuffins adalah pengulas a.k.a reviewer (hehehehe tak sedap bunyinya..) bagi blogshop yang menjual pakaian, aksesori dan kasut secara online. Jadi, cik Blogmuffins telah mewarwarkan apabila 'follower' nya mencecah 100 orang, dia akan mengadakan Giveaway.

dan aku sebagai seorang wanita biasa yang suka melaram ini, tanpa melengahkan masa terus klik menjadi pengikut dan menghantar segala jawapan yang dikehendakinya. soalan apa? nama, email dan blogshop kesukaan. dan tinggalkan jawapan dalam kotak komen. senangkan........

jeng3...hari ini apabila aku membuka email...wahhhhhhhhh aku salah seorang pemenangnya. terasa bertuah jugak la pasal nombor aku bertuah..pandai sungguh encik random pilih nombor aku.hehehehe.

apa hadiahnya?

 "Muffin Tote"...

(sumber : blogmuffins.blogspot.com)


bila dapat ke tangan aku?.....
dia cakap hari isnin minggu depan pos...
kalau pakai pos laju...hari selasa, dapat.
kalau pakai pos ekspress... hari rabu, dapat.
kalau pakai pos parcel... alamak..aku dah raya masa tue.......

ane - hemmmmm

01 September 2010

baju bundle vs baju baru

dalam dilema....

(sumber : biz.yellowpages.com.my)

encik suami tak gemar betul bila diajak ke kedai bundle. sama naik je dengan adik ipar aku tue. jawapan klise (macam jawapan artis lak rasanya; pakai la nanti naik kurap)

cik isteri..tetiba lak tergedik-gedik gila baju bundle.

tak ikut cakap kang salah.
ikut hati...
ini lah jadinya.

10 August 2010

Pesta Konvo UKM ke -38 part 2

Encik suami bersetuju dengan cadangan aku untuk pergi ke pesta konvo. sebab kami berdua bersependapat..apa yang best sangat kat pesta konvo UKM ni? (apa yang penting kerjasama!)

kami sampai di UKM pada jam 8.30 malam. dan sangat bernasib baik..dapat memarkir kereta berhampiran dengan tapak pesta..kalau tak penat la berjalan kaki ke tapak pesta (naik bukit ooo).my sis dah mula rambang mata...tangan dia tak habis-habis pegang shawl. perkataan yang asyik terpacul di mulutnya hanyalah shawl jojet. shawl jojet. shawl jojet. shawl jojet.

aku dan encik suami..rilek aje..jalan-jalan kan.

apa yang best di pesta konvo...
  1. banyak betul orang jual tshirt muslimah...di mana-mana daripada fesyen biasa-biasa sampailah fesyen yang luarbiasa.
  2. shawl. macam jenis dan warna
  3. dress yang terkini
  4. baju kurung
  5. inner yang bermacam-macam warna (murah lagi di pasar tani dan kedai luar mydin)
  6. aku dapat rasa juga akhirnya KFC. (betul la..kurang lebih je rasanya)
  7. encik suami pun borong beli tshirt jugak. senyum lebar lagi.

apa yang aku rasa...

kenapa aku tak jumpa fakulti yang buka booth huh? kecuali fakulti perubatan..
zaman aku dulu, setiap fakulti buka booth... mana perginya ROTU, polis, st john (ini aje nama yang aku teringat)..pasal apa tiada booth? atau aku yang tak jumpa cari? tapi yang pasti aku tak nampak bayang pun...........


penat aku dok ingat sapa la gerangan mamat ini yang menyanyi malam itu.. tak ingat langsung. suara sama. lagu biasa dengar....(nampak sangat aku tak ambil kisah dah hal-hal duniawi ni..T_T)

ane-pesta konvo3. dalam kereta terdengar lagu ni..6th sense rupanya..ehmm, esok nak gie mydin lak..shopping!

31 July 2010

Mega Sales Malaysia 2010

Right now at the moment...
Malaysia is having a MEGA SALE CARNIVAL 2010.
starting from 24th July 2010 until 16 September 2010..

(credit : shoppingnsales.com

Question is...
Am I affected by this huge mega sale?

okey ..let me do the checklist...
(tempat yang biasa pergi shopping)

(a) Jalan TAR....
     Mydin, Sogo, Deretan Kedia Jual Tudung, Kamdar..Hari-hari, Mari-mari etc..

(b)  Mydin USJ....(wajib pergi bila nak raya)

(c) Pasar Tani Shah Alam (wajib pergi setiap ahad)

(d) Tesco Puchong (wajib pergi setiap sabtu)

(e) Ikea (wajib pergi shopping bila nak masuk bulan Ogos..sale murah gila babas)

ehhhh, where is the Pavillion, BB Plaza or silly billy Suria KLCC..?

how about online shopping?

wow!...
i know the answer now...
i dun care for Mega Sale Carnival 2010 now... even a sky is falling down..i dun care at all.

how come huh?
(alamak..aku nie nak masuk umur senja dah ke...? belum lagi)
but seriously, i dun care at all. not a single things can affect me.
maybe online shopping changes my mind..
because i can get what i want with a cheap price and easy..

but i'm still thinking to go to IKEA.. sale.....cheaper... but what i want to buy....definitely meatball and chicken running very fast into my stomach..after a long Q and cop tuit tempat.(psssstttt; abang, kain langsir baru boleh beli tak?)

and

Mydin USJ... nak pergi check..dah jual ke belum baju kurung yang murah dan cantikkkkk.

arghhh ini yang tak sabar nak tunggu esok hari.


Question is...
Am I affected by this huge mega sale?

Answer.
No. but i can't resist IKEA and MYDIN.....

ane - eerrr abanggggggg(dengan nada yang lembut...lembut gigi daripada lidah)
Related Posts with Thumbnails