13 July 2010

sakit lutut

Dr mengesahkan ligamen lutut mak aku tercedera. bukannya terkoyak atau pun tempurung lututnya dah berlari ke laut (mak aku panggil tempurung lutut = buah gomok). tak ada ubat.
kalau kes teruk kena buat pembedahan.
hanya inject ubat penahan sakit, sapu gel, makan ubat penahan sakit dan letak air batu.

langkah pertama;

Dr di tempat kecemasan buat macam nih (tengok bawah)

balut kaki bonda dan buh plaster sampai ke paha. dan gantung dengan pemberat, tiga kg.

(pemberat dah dok atas lantai, nampak macam kaki katil lak)

pemberat tiga kg tuh, sepatutnya tergantung..baru kaki rasa ok. tapi bonda mana boleh dok diam.

walaupun, lutut sakit, bonda masih lagi sebuk nak bergerak-gerak.

1.

(jangan sesekali lupa beli suratkhabar; metro, sinar dan kosmo)


2. bola, sapa gol hari ni? big fan nih, kalu terjumpa la bonda..tanya la sapa pemain yang dia suka..dia boleh sebut macam-macam nama yang aku sendiri tak tau. dan boleh cerita balik sapa punya permainan dan skill yang paling bagus. (dalam bilik bonda, ada tv sendiri dan ada channel sukan..dan dia akan bangun awal, tahajjud dan terus tengok bola, walaupun bukan world cup..kan ada premier league dan ntah-apa-ke-nama-yang-aku-tak-tahu)

3. apa progress terkini rumah?(kan tengah renovate)

4. kucing dah makan belum?(un dan justin buat apa kat umah?)

ane-
1. sebab tue la aku pelik bila farmasikl tulis dalam entri..makanan untuk sembuhkan sakit lutut.sebab semuanya, mak aku dah ambil setiap hari (daily intake ).
2. sapa bonda? kelik sini dari pandangan aku atau dari pandangan dia. pasal bonda suka tanya aku, benda yang aku akan-tergaru-garu-kepala-yang-tak-ada-kutu untuk menjawab

10 comments:

velasrizal said...

gerun la nk tgk..

Sandwich Dalam Tin ?

sop said...

moga cepat sembuh

Muara said...

Semoga ibu and kembali sihat seperti biasa! InsyaAllah

hudhud said...

get well soon for her. :)

ibuintan said...

kesian mak, tahu betapa tensen ye mak di ospital tu

abdul hakim said...

Syifa'ullah alaiha.
Moga cepat sembuh~~

anak said...

velasrizal : nanti akak gie tengok..apa yang gerunnya

sop : terima kasih sop

Muara : terima kasih

hudhud : TQ

ibuintan : orang dah biasa bukan kerja, tetiba dok diam...jenuh ibu..semalam mak boleh kata, lepas ni, dia jadi orang kaya la...pasal tak boleh nak buat kerja dah..

anak said...

abdul hakim : terima kasih banyak2

Boy said...

sian bonda..

anak said...

tq boy. tapi bonda dah banyak progress dia...dah boleh jalan walaupun terhencot2. cuma kaki sembab aje

Related Posts with Thumbnails