05 September 2010

Berbuka Puasa Di Teluk Batik Resort, Lumut

Sambungan sesi berbuka puasa di hotel lagi..heehhheehhe
kali di sertai dengan bonda dan my sis.

telefon jam 10 pagi. 05-6888499. harga RM28 net. tukang angkat telefon kata masih ada lagi tapi dengan syarat mesti buat bayaran sebelum jam 3.00 petang (pasalnya nak bayar tunai). cik isteri kata; jadi!

waktu makan-makan bermula jam 6.30 petang sampai la 9.30 malam. kitaorang sampai ngam-ngam jam 7.00 petang. terus menuju ke meja. dan bermulalah sesi meronda meninjau makanan yang disediakan. makanan dengan harga sesuai la. kaut seberapa yang boleh dalam pinggan dan mangkuk yang terlampau kecil. cuma yang best ialah gelas lebih besar berbanding semalam.

hasil rondaan:


(kautan aku.heeheheh)



(bonda kaut betul)



(my sis pun sama)



(encik suami baru pergi ambil. sikit je tinggal ruang untuk dia

makanan paling best di sini ialah ayam goreng..sedap! sotong bakar, roti macam tisu yang gemuk tetapi kosong di dalamnya. yang lain sama macam tempat semalam. kuih muih, bubur, air, abc, ikan bakar lawa, kambing kena sula yang dibakar, sup kambing, kuey teow kerang, kerabu betik, salad dan lauk pauk.

satu sahaja yang tak best dan menyebabkan meja kitaorang yang penuh dengan makanan bergerak ke hulu ke hilir di angkut oleh pekerja restoran tersebut.. LALAT dan langau! extra plus plus banyaknya. nasib la. selepas mengalih meja dan laungan azan..lalat dan langau hilang terus. jangan cerita la tangan yang terkibas dan dah jadi macam kipas dok menghalau LALAT. tambah lilin pun tak jadi apa. minta kipas, jawapannya tiada.

ane - tak makan dah di sini...

No comments:

Related Posts with Thumbnails