Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

07 February 2015

WAHAI ORANG YANG DICINTAI

Suami sibuk dengan kerjanya.. Sedang wanita ini walaupun sudah menjadi isteri, dirinya sangat perlukan perhatian. Sehinggalah Allah uji menagih perhatian itu dengan kesetiaan.

ISTERI : Abangg, hari ni saya masak sedap, lauk asam pedas kegemaran abang!

SUAMI : Abang dah makan.

ISTERI : Abangg, bawa saya pergi klinik yea esok, rasa nak demam..

SUAMI : Sikit je tu, makan je panadol. Kalau nak pergi, naik teksi. Abang kerja esok.

Hari semakin hari, banyak ditelan dengan sabar, dengan cinta menjalankan tanggungjawab setiap hari. Kemudian Allah uji... Tentang setia!

Hadir seorang lelaki yang ambil berat, selalu chat di FB, wassup, wechat, dan mula berkongsi masalah.. Hingga hadir perasaan.

"Sedangkan ada yang lebih menghargai aku..."

***** cerita atas adalah contoh suami yg kurang ambil hati isteri, jangan emo kata isteri curang. Point sebenar adalah di bawah ini :

BOLEH BERLAKU pada isteri, pada suami, dah kahwin, masa tunang dan masa hati mencintai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, namun pastinya ALLAH akan uji dengan kesetiaan begini.

Tetapkanlah wahai hati, cintamu adalah tanggungjawab. Yakinlah, jika kita berjaya lawan ujian ini, mengadu pada Allah jika hati rasa sakit, Allah akan bantu kita.

WAHAI ORANG YANG DICINTAI!
Pasanganmu boleh sahaja pergi kepada ramai lagi yang inginkannya, tetapi dia masih mencintaimu. Janganlah kamu sakitkan hati dia, dirinya hanya ingin perhatian dan cintanya dibalas sepatutnya! dan itu adalah amanah untukmu membahagiakan orang yang mencintaimu.

06 February 2015

Hidupnya asyik sempit

Seorang hidupnya asyik sempit. Dia ada anak 2 orang. Dia pun hairan kenapa hidupnya sempit. Isteri pun semakin tidak taat padanya. Asyik marah dan melawan.

Setiap hari dia asyik marah marah dan macam hilang punca. Mula syak bukan-bukan terhadap isteri. Isteri pun mula benci suami. Boleh kata setiap hari bergaduh dan ada barang terbang dalam rumah. Baling barang kerjanya.

Dia minta nasihat saya. Saya beri beberapa nasihat. Tapi dia jumpa lagi dan katanya dia buntu. Habislah hidup saya. Penuh masalah. Rezeki sempit.

Saya kata jom abang kita berdakwah dan baiki diri 3 hari di jalan Allah. Dia pun meluangkan masa di jalan Allah. Waktu malam dia mula menangis. Dia mula sedar betapa nilainya iman dan hidupkan rumahtangga dengan suasana agama. Dia mula berubah dan pulang ke rumah.

Katanya isteri saya masih belum brubah. Diajak dengar hadis dia tak mahu. Dia marah dan kata dia penat. Takdir Allah isterinya pula minta nasihat. Saya nasihatkannya ikut suami belajar iman dan luangkan masa 3 hari di jalan Allah

Dia pun meluangkan masa belajar iman..dia mula rasai keindahan cinta yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Wanita program di dalam rumah bersama wanita. Lelaki program di dalam masjid. Setiap pagi ada 'mulakat'. Iaitu suami akan jumpa isteri masing-masing secara privacy dan berbual tentang Islam dan tanya khabar. Macam cinta masa remaja.

Dua-dua mula pegang tangan dan memandang dengan cinta di antara satu sama lain. Macam kali pertama bercinta. Itulah hakikat cinta yang sebenarnya. Bila kita kasih kerana Allah.

Bawalah isteri kita sama-sama belajar iman, belajar ilmu dan berada di jalan Allah. InsyaAllah hidayah Allah akan mencurah-curah. Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Semalam ia masalah berat. Bila balik pada Allah masalah paling berat menjadi sangat ringan- ebit lew

kredit: Ebit Lew

05 February 2015

Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.

Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.

Pantang 44 hari.
-Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.
- Pantang suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
- Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat.
- Pantang excercise yg hardcore.

Pantang setahun
- Minuman berais
- Pantang laksa dan pulut

Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari

- Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis

- Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.

- Mandi Serum. Amalkan masa haid.

- Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.

- Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.

- Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu

kredit: Siti Aishah

24 November 2014

Zikir dan Doa yang boleh dijadikan amalan untuk memperbanyakkan susu ibu

Berzikir dgn kalimah YA MATIN(Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"

20 November 2014

Segarkan Badan Semasa Pantang



Segarkan Badan Semasa Pantang

Biasanya ibu yang dalam tempoh berpantang mudah letih dan lesu. Menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bergelar ibu memang melelahkan. Sekiranya sudah mempunyai anak lain, kelahiran bayi baru pasti memberikan tanggungjawab baru buat ibu.

Justeru petua orang lama ada memberikan kaedah mudah menyegarkan kembali tubuh badan yang letih dan lesu. Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam.


Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin. In sha Allah badan ibu akan terasa segar dan bertenaga kembali untuk menjalankan tanggunjawab dengan cergas.

19 November 2014

TIPS MUDAH BERSALIN

TIPS MUDAH BERSALIN

1. 2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.
2. Bila sakit nak bersalin, makan sebiji telur mentah.
3. Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka
4. Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
5. Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
6. Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (nanti baby lahir kulitnya bersih je)
8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby
11. Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
12. Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sbb nt koyak teruk
13. Amalkan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan
bahagian tersebut
14. Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuat, tarik nafas dan lepaskan cepat2
15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan
hembuskan dalam segelas air
16. Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu
17. Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat
kata orang

18 November 2014

Jenis Ikan Yang Perlu Dielakkan Semasa Berpantang

Jenis Ikan Yang Perlu Dielakkan Semasa Berpantang

Ikan kering/ikan masin (menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental)

Ikan berbisa (boleh menyebabkan turun darah dan bentan):-
Ikan keli
Ikan bawal hitam
Ikan terubuk
Ikan duri
Ikan pari
Ikan sembilang
Ikan parang


Ikan yg boleh menyebabkan kegatalan kulit dan menimbulkan reaksi alahan:-
kan kembung
Ikan tamban
Ikan cencaru
Ikan tongkol

Makanan laut:-
udang
sotong
kerang
ketam

17 November 2014

Jenis Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Jenis Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Ikan jenis bersisik (tidak bisa) dan yang tidak menyebabkan kegatalan;
Ikan haruan (memulihkan luka2 dalaman dan luaran)
Ikan yu (membanyakkan susu ibu)
Ikan selar
Ikan gelama
Ikan jenahak
Ikan merah
Ikan tenggiri
Ikan kurau
Ikan bawal putih
Ikan senangin
Ikan bilis
Ikan salmon
Ikan siakap
Ikan kod
Ikan kerapu

14 November 2014

Petua Cepat Sembuh Luka Bersalin

Petua Cepat Sembuh Luka Bersalin

1) Amalkan makan buah oren sunkist
2) Sapukan serbuk manjakani pada tempat luka
3) Kerap tukar pad & basuh dengan air suam
4) Amalkan Gamat Healin
5) Basuh dengan air asam keping bersama garam
6) Ambil zink complex
7) Amalkan minum pati haruan (seeloknya pengambilan bermula 2 mggu selepas bersalin)
8) Pastikan tempat luka sentiasa kering dan bersih

13 November 2014

Jenis Sayuran Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Jenis Sayuran Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang:

peria
sawi
lobak putih
lobak merah
brokoli

03 November 2014

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN

CARA MENERAN SEMASA BERSALIN.

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6. tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

25 July 2014

Baru Kenal 2 hari dalam FB ... dah berani keluar bersiar dgn jantan !!!



Baru Kenal 2 hari dalam FB ... dah berani keluar bersiar dgn jantan !!!

Sejak kebelakangan ini banyak saya meneliti hal berkaitan pornografi (lucah) di Malaysia sebab saya baru siap modul ceramah berkenaan. Terlalu banyak sangat gadis khusus usia Tkn 2 - 4 ditipu oleh lelaki yang dikenali menerusi Facebook.

Ada yang baru kenal 24 jam atau 2 hari dah diajak keluar dan kemudian dirogol. Itu yang dilaporkan dan mangsa beritahu ibubapa. Pasti tersangat banyak lagi yang sembunyi dan ibubapa turut sembunyi kerana malu.

Yang dirogol ? Tetapi yang suka sama suka dan lama-lama gian seks dan berulang2 buat benda terkutuk LAGI LAGI LAGI LAGI banyak, Nauzubillah minzaalik.

Mak ayah oooi ... jagalah anak. Kalau pandai buat anak. Kena pandai jaga anak. Buat anak pandai, jaga anak tak reti !!

Empat faktor:
a. Anak gadis yang masih mentah dan belum kenali dunia sebenar ... mudah sangat percaya lelaki yang bijak buat ayat pujuk rayu,
b. Mak bapak tak ambil tahu langsung anak gadis keluar dgn siapa dan kemana !! Sibuk tak akan habis sampai akhir hayat !
c. Mak ayah terlampau sayang kat anak belikan smartphone yang anak kemudian boleh access Facebook, WeChat, belajar selfie dsb. Perlu sangat ke smartphone ? Anak buat business apa ? Import export ?
d. Didikan agama yang nipis dan rapuh.

22 July 2014

Gagal Bimbing Anak

Ibubapa Bekerja ... Bukan Alasan Gagal Bimbing Anak : BUKAN !

Berikut komen seorang rakan FB mengenai perkara berkenaan:
"ada anak murid saya yg sangat saya kagumi ibubapanya, wp kedua ibu bapa bekerja sampai malam pukul 9 baru malam baru berada di rumah tp Masyaallah sangat sopan orangnya, mendengar kata dan sangat rajin buat ibadat sunat seperti baca Quran, solat sunat Dhuha dll.....betapa mak ayahnya telah pasak asuhan agama yg kukuh dlm jiwanya....tapi ada juga mak yg xbekerja anak2 lewat ke sekolah sbb mak masih lagi tidor dan selalu ponteng dan mak xkesah....."
(NorHayati Mohammad)

Nilailah sendiri wahai ibubapa yang sibuk, sibuk, sibuk.
Sibuk tidak akan habis.
Kedua-dua ibubapa - fikir, renung dan rancang masa.
Utamakan yang utama. Perkecilkan yang kecil.
Kalau kita dapat kurang 50% perkara remeh yang tidak penting, nescaya banyak masa yang akan terluang untuk kita dengan anak.

Contoh perkara remeh / tidak penting:
1. TV, TV, TV ... bijak pilih program / masa tertentu saja - program yg langsung tak bina minda (penyet minda) pun tonton juga !!. Kekadang pengacaranya saja pun kita tahu orang yang langsung tidak boleh bina minda kita / minda anak kita !
2. Baca surat khabar (sudah 10 tahun saya henti amalan buang masa tu)
3. Bual kosong dengan jiran, kawan2 ....
4. Kini memanjang dengan internet ... ya termasuk di sini ... Facebook.
5. Window shopping.
6. Hadiri majlis/upacara tertentu yg kita tak hadirpun dunia tak kiamat
7. Beli 2-3 benda, buang masa 2-3 jam di shopping mall
8. Tidur siang dan lepak2 di rumah
9. ...... pasti ada lagi ikut situasi masing2.

Apa pula perkara utama yang perlu diutamakan:
1. Bimbing anak solat, lancar baca Qur'an dan lain-lain ibadah
2. Nasehat adab dan akhlak
3. Bicara mengenai pelajaran
4. Berbicara dengan anak tentang halatuju mereka
5. Nasehat kebijaksanaan memilih kawan
6. Nasehat belajar jimat wang ...
7. Malah banyak lagi ikut nilai / prinsip masing2.

Semua ini mesti dimulakan dari kecil.
Sebab diasuh dari awallah, maka catatan petikan di atas menjadi kenyataan.

Fikirlah sendiri wahai ibubapa
Ini anak kita
Ini masa depan anak kita
Ini zuriat keturunan kita

Kids need smart parents, not smartphone !
Your child needs your presence more than your presents !
Peluang mendidik anak sekali saja. Gunakan kesempatan itu !00% !
Hendak 1,000 daya, Mahu 1,000 cara


*wani - harta yang tidak ternilai. jika dibiarkan akan membawa kemudaratan kepada kita. gilaplah supaya menjadi permata yang berguna kepada kita dan orang lain di kemudian hari

21 July 2014

krisis rumah tangga

Bila berlaku krisis rumah tangga di mana si isteri dipersalahkan seperti :-

Tak jaga kecantikan
Masak tak sedap
Tak pandai masak
Bersepah malas mengemas
Asyik nak balik rumah dia je
Badan membesar jadi gemuk tak cantik
Pemalas
Malah kadang2 ada yg faktornya si Isteri curang ...

Pernahkah kamu terfikikir wahai lelaki sepanjang usia perkahwinan kamu itu .. :-

Adakah kamu menjaga isteri kamu sebaik mungkin
Makan pakaianya kamu berikan secukupnya tak?
Keinginan seksual isterimu kamu puaskan ke tak?
Jika tak pernahkah kamu beruaha untuk berubat dsbg?
Bila dia perlukan teman berbual kamu ada disisi tak?
Masa dia lahirkan anak kamu temankan dia kat hospital tak?
Kamu azan dan qamat anak2 yg dia lahirkan tak?
Kamu berjaga malam buatkan susu tak masa baby tu menangis malam2 masa dia dlm pantang tak?

Kamu imamkan solat berjemaah dengan dia tak?
Kamu kejut dia solat tahajud malam2 tak?
Kamu bawak dia ke masjid dengar majls ilmu tak?
Kamu bawak dia ke masjid solat tarawikh bulan puasa sama2 tak?
Kamu bawak dia pergi umrah dan haji tak?
Kamu ajak dia sama2 bersedekah bantu orang miskin tak?
Kamu isi dada isteri kamu dengan iman dan taqwa tak?
Kamu bagi duit tak setakat yg kamu manpu? Ke kamu mengepow duit isteri kamu?

Jika jawapannya ialah YA untuk semua permasalahan di atas maka jangan salahkan PEREMPUAN ... they deserve to be happy and live happily with someone else and NOT with you !

Tapi jika kau dah berikan segala2nya diatas dan dia masih macam celaka ... maka bersabarlah kerana neraka bagi perempuan yang tidak bersyukur ... !

Muhasabah dirilah dulu sebelum nak tengok keburukan orang menyalahkan orang ... dan bersabarlah kerana SABAR itu sangat seeet ....

sumber: Raja Shamri

*wani - beringatlah wahai sayang.....

06 March 2014

seorang ibu yg menghadapi masalah anak suka mencuri

Soalan :-

Assalam. Nk mintak pandangan abg Raja. Mcmana nak atasi anak berusia 9 thun suka mencuri duit simpanan ibu..maksud ...duit dlm almari....terima kasih byk2,.

Abangraja menjawab:-

1. Jangan letak duit dlm almari lagi letak kat bank atau kat tempat yg susah hendak di capai / kunci almari (Physical Approach)

2. Tulis memo / poster tampal tempat letak duit ... " Ibu tahu abang ambik duit ibu ... biarpun ibu tak nampak Allah nampak " (Psychological approach)

3. Solat dan doa kuat2 biar dia dengar ... lagi bagus kalau suami yg imamkan dan solat berjemaah lepas tu suami baca doa biar kuat sikit suara mintak biar anak2 jadi anak2 yg soleh dan solehah tidak mencuri dan menipu ... (Spiritual Approach)

4. Bagi anak minum air zam-zam dan tarik balik gadjet dan astro yg ada kartun ... benda2 tu jadikan hati anak kotor jika tak terkawal.(Biological Approach)

5. Sibukkan anak dgn aktiviti bersama ... anak yg sibuk dan seronok dengan aktiviti bersama parents takkan tergamak utk lukakan hati parents (Parenting Skills)

6. Doakan di ubun2 anak masa dia tidur "rabbana hablana min azwajina tu sampai habis then hembus atas ubun2 anak ..." (Spiritual Approach)

Selebihnya serah kat Tuhan ... sbb kadang2 kita dah buat mcm2 tapi kita tetap diuji dgn anak2 yg bermasalah ... bila ianya begitu maka kitalah pulak suami isteri yg kena bermuhasabah diri ... check balik solat kita mcm mana, sedekah kita mcm mana, zakat kita bayar cukup tak, hubungan dgn ibubapa, duit untuk mak ayah, hutang kita dgn orang dah bayar ke belum, hubungan dgn jiran dsbg ...

Insyallah ... dengan muhasabah diri Allah akan ubah anak2 kita jadi anak2 yg baik ...

kredit: Raja Shamri

04 February 2014

7 Sebab Bayi Menangis

1. Saya perlukan makanan
Lapar adalah sebab utama bayi menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga.

Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi.

Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya.


2. Saya perlukan keselesaan
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor membuatkan mereka rasa tidak selesa. Setengah bayi tidak begitu cerewet. Lampin yang penuh mungkin tidak mengganggu mereka. Tetapi sesetengah bayi akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa.

Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluannya, jadi eloklah dicuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain melibatkan pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa.


3. Saya perlu kehangatan - tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula.

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil bayi atau bakul bayi, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk.

Kebanyakan farmasi di Malaysia ada menjual termometer. Anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 atau 25 darjah C, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung katil bayi supaya dia tak boleh bergolek sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas.

4. Saya perlu dipeluk
Setengah bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih besar akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk.

Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika didukung berlebihan, tetapi sebenarnya, dalam bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini agak mustahil. Sesetengah bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membolehkan bayi berada rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk membuat kerja lain. Ini mungkin jalan terbaik bagi anda berdua.

5. Saya perlukan rehat
Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang.

Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang masing-masing mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.

Ramai ibu bapa mendapati bayi menangis lebih daripada biasa apabila saudara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika anda tidak nampak sebab tertentu mengapa bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sihat
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka yang baru bergelar ibu atau bapa sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi mereka menangis kerana dia adalah bayi yang tidak gembira (sesetengah bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena.

Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring.

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, hubungilah pakar pediatrik atau doktor keluarga anda.

Pakar perubatan profesional lazimnya akan menimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda perlu menghubungi doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:
muntah-muntah, cirit-birit, sembelit

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Kadang-kala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa apabila dia meragam dan sukar dipujuk. Keadaan tidak gembira atau tangisan yang sukar dipujuk ini boleh berlangsung selama beberapa minit atau beberapa jam. Tangisan yang tidak berhenti selama beberapa jam ini juga dikenali sebagai kembung atau kolik.

Kembung atau kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Ramai ibu bapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga.

Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, anda mungkin rasa lebih lega.

sumber: babycenter

*wani - ibu... bertenang. jangan panik. tarik nafas. 

29 January 2014

bacaan doa lepas solat

Lelaki bagi saya, sangatlah PERLU dan MESTI tahu palinggg kurang hafal bacaan doa lepas solat dan faham maksudnya, hafal ayat-ayat lazim, hafal tahlil ringkas, dan hafal doa-doa harian.

Lagi hebat, hafal ayat-ayat Al-quran yang boleh dijadikan ayat syifa iaitu perubatan. Nanti isteri sakit pening, nak bersalin, atau apa-apa keadaan dapatlah bacakan doa yang dihafal dan dijadikan amalan selama ini.


*wani - mohon sesangat la terasa di sudut hati tu ye...belajarlah mulai sekarang

13 November 2013

Rahsia ada pada bapa dan ibunya

Rahsia ada pada bapa dan ibunya...

Buat julung-julung kalinya di dalam sejarah khidmat sosial saya kepada masyarakat, saya telah digandingkan dengan seorang remaja cemerlang lelaki yang baru berusia 16 tahun dan sedang belajar di tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah.

Pada usianya yang masih muda ini beliau telah pun diamanahkan sebagai seorang ketua pelajar si sekolahnya. Selain daripada pencapaian akademiknya yang cemerlang, beliau telah pun menghafaz sebanyak 21 juzuk al Quran.

Begitu juga dengan 3 orang abang dan kakaknya yang sedang menuntut di beberapa buat universiti yang berlainan. Mereka semuanya adalah mahasiswa cemerlang dan penghafaz al Quran.

Apabila ditanya tentang rahsia yang dimiliki oleh adik beradik remaja cemerlang ini. Beliau mengatakan bahawa rahsianya ada pada ibu dan bapa mereka dengan katanya,

1-"Abah dan ummi kami sangat sibuk dengan kerjaya mereka sebagai doktor dan aktif dengan amal sosial. Namun abah dan ummi sentiasa memberikan masa yang berkualiti untuk kami semua. Kami merasakan bahawa abah dan ummi sentiasa menganggap kami semua penting dalam hidup mereka".

2-"Abah dan ummi sentiasa menitik beratkan disiplin kami dengan solat dan solat berjamaah. Abah sentiasa membawa kami ke masjid untuk bersolat berjamaah subuh setiap hari sejak kami berusia 5 tahun".

Inilah rahsia kenapa mereka berjaya dan mempunyai wawasan hidup yang jelas yang sentiasa dikongsikan oleh ayah dan umminya semenjak mereka kecil.

Subhanallah, saya mengenali ibu bapa mereka yang baik melalui persahabatan saya dengan mereka (secara luaran) sejak belasan tahun yang lalu tetapi saya sangat terkesima apabila anak-anak mereka sendiri sangat menyanjungi kehebatan dan pengorbanan ibu bapa mereka yang sehebat ini....

Semoga Allah memudahkan saya dan teman kenalan semua untuk menjadi ibu bapa yang soleh dan cemerlang agar terbina kelak keluarga dan masyarakat yang hebat.


*wani - mesti dipraktikkan!

04 November 2013

Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu

Jika suami TIDAK mendirikan solat fardhu, itu adalah virus utama pencetus masalah rumahtangga & agama. Inilah suami 'keladak' yang tidak membawa kepada isteri dan keluarga KECUALI kemudaratan dan masalah bermula di dunia hinggalah ke akhirat. Dua jalan perlu dipertimbang, usaha agar dia taubat segera atau tuntut fasakh segera.


*wani - boleh ko buat?

29 October 2013

Buat Suami yang sering bertengkar dengan Isterinya

Buat Suami yang sering bertengkar dengan Isterinya.. Baca @ Pasanglah Surah Al baqarah di dalam rumah.. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Bacalah surah Al Baqarah di rumah-rumah kalian, sesungguhnya syaitan itu tidak masuk ke dalam rumah yang dibaca di dalamnya surah Al Baqarah”. Hadits riwayat Al Hakim - Al Mustadrak, 1/561; dan Sohihul Jami ‘, hadits no.1170.

Pertengkaran adalah campur tangan Iblis dalam rumah tangga manusia. Tujuannya, mereka ingin memisahkan suami dari isteri dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, bagi mengelakkan hasutan si Laknatullah itu, perkuatkanlah hubungan suci rumah tangga kalian dengan Al-Qur'an..

InsyaAllah, Barakah...

Related Posts with Thumbnails