Showing posts with label pesta. Show all posts
Showing posts with label pesta. Show all posts

10 August 2013

Lemang Alor Gajah



Aq sangat mencadangkan korang untuk singgah beli lemang dia. Encik hubby beli yang berharga RM10 sebatang. Lemang dia sangat sedap dan berlemak (setahun dua kali je makan). Jangan lupa beli rendang puyuh gak. Seekor, RM5. Sedap wey... 

Lokasi? Sebelum sampai stesen minyak Petronas Tol Simpang Ampat.

Memang dia masak untuk makan. Bukan untuk jual ya.  Aq harap korang faham maksud aq ;)

P/s- jln jem nak sampai tol simpang ampat, lemang & rendang pun abih gak. X cukupppp

Sent from wani with ♥

08 August 2012

Baskin-Robbins Percuma Mulai Pukul 8 Malam Ini



Baskin-Robbins Percuma Mulai Pukul 8 Malam Ini

*wani - pasai apa manjung, tada baskin robin.. lau x, mau aq g beratur gak. hehe

16 May 2012

Selamat Hari Guru, Sayang

(sumber: pokcek gugle)

selamat hari guru, sayang.
perbaharui ikrar gurumu setiap tahun
dengan diiringi laguan 
dan laungan
serta azam yang tak pernah surut dalam dadamu

selamat hari guru, sayang
bukan hadiah yang dinanti,
bukan kad yang dipinta,
tapi ingatan yang tak pernah susut walau seinci

selamat hari guru, sayang
kerna kau sahaja yang mengusung isi dunia,
maka kau usunglah ia dengan penuh kasih sayang

selamat hari guru, sayang

18 September 2010

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Keluarga Tok Bah 2010

11 September 2010
Raya kedua , 2 Syawal

kan aku dah cakap ada gathering besar-besaran tahun ini.
sepupu aku siap buat blog lagi. kelik sini kalau nak tengok. kamera aku dah usung siap-siap. tapi hampeh..bateri plak habis. aku menunggu gambar saja lah. bila la diorang nak upload gambar.

(akhirnya jumpa jugak sekeping) 

 
(tentatif acara) 

 
(ramai betul anak-anak Tok Bah...belum masuk cucu dan cicitnya...) 

ane - weyyyyyy mana gambar ni bila nak upload...ponat den nunggu nih..

31 August 2010

Hari Merdeka 2010

(sumber : appliedlanguage.com)

AKU MASIH LAGI BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA!
WALAUPUN MALAYSIA DAH NAK MELEPASI SEPARUH ABAD.

eh korang tak kibar bendera lagi ke?. minta tolong dengan encik cuzshar. dia boleh tolong kibarkan.

kontest  sepanjang merdeka yang patut korang join (tak ada dan ada kena mengena sikit je) :
1. encik lompat tikam

2. cikgu dahlia

3. cik gayahspears

ada lagi sebenarnya... banyak lagi...

ane - merdeka kah diri, jiwa dan raga kita?

10 August 2010

Pesta Konvo UKM ke -38 part 2

Encik suami bersetuju dengan cadangan aku untuk pergi ke pesta konvo. sebab kami berdua bersependapat..apa yang best sangat kat pesta konvo UKM ni? (apa yang penting kerjasama!)

kami sampai di UKM pada jam 8.30 malam. dan sangat bernasib baik..dapat memarkir kereta berhampiran dengan tapak pesta..kalau tak penat la berjalan kaki ke tapak pesta (naik bukit ooo).my sis dah mula rambang mata...tangan dia tak habis-habis pegang shawl. perkataan yang asyik terpacul di mulutnya hanyalah shawl jojet. shawl jojet. shawl jojet. shawl jojet.

aku dan encik suami..rilek aje..jalan-jalan kan.

apa yang best di pesta konvo...
  1. banyak betul orang jual tshirt muslimah...di mana-mana daripada fesyen biasa-biasa sampailah fesyen yang luarbiasa.
  2. shawl. macam jenis dan warna
  3. dress yang terkini
  4. baju kurung
  5. inner yang bermacam-macam warna (murah lagi di pasar tani dan kedai luar mydin)
  6. aku dapat rasa juga akhirnya KFC. (betul la..kurang lebih je rasanya)
  7. encik suami pun borong beli tshirt jugak. senyum lebar lagi.

apa yang aku rasa...

kenapa aku tak jumpa fakulti yang buka booth huh? kecuali fakulti perubatan..
zaman aku dulu, setiap fakulti buka booth... mana perginya ROTU, polis, st john (ini aje nama yang aku teringat)..pasal apa tiada booth? atau aku yang tak jumpa cari? tapi yang pasti aku tak nampak bayang pun...........


penat aku dok ingat sapa la gerangan mamat ini yang menyanyi malam itu.. tak ingat langsung. suara sama. lagu biasa dengar....(nampak sangat aku tak ambil kisah dah hal-hal duniawi ni..T_T)

ane-pesta konvo3. dalam kereta terdengar lagu ni..6th sense rupanya..ehmm, esok nak gie mydin lak..shopping!

07 August 2010

Pesta Konvokesyen UKM 2010

aku baru terperasan masa nak ambil kereta di tempat letak kereta. banyak betul bunting yang berada di tiang-tiang sepanjang tempat letak kereta itu.


soalan yang pertama di fikiran aku adalah...
best ke pesta konvokesyen UKM ini?
boleh lawan ke pesta konvokesyen UPM dalam pertengahan tahun era 1990an?
bukan apa..aku dah lama tak pergi pesta konvo..dah lupa macam mana apa yang berlaku di sana..
sampaikan encik suami pun boleh tanya soalan yang sama?apa ada kat sana?
aku jawab; dua minggu lepas memang ada konsert. yang nie tak tahu.

aku suka pesta konvo UPM era 1990an..
perghhh
konsert angguk-kepala-tak-hinggat-macam-apa-ke-benda-ntah... memang syok masuk itu..(iyelah muda belia lah katakan)
tapi bila dah nak abih era 1990an, masa itu, pro-pembangkang yang ambilalih..tak ada dah  konsert angguk-kepala-tak-hinggat-macam-apa-ke-benda-ntah...
lepas itu, aku tak pergi lagi dah..


sekarang...
pesta konvo UKM lak..2010

emmmm BEST KE?

ane - kalau encik suami rajin nak bawak aku...aku pergi la..T_T
Related Posts with Thumbnails