Showing posts with label undang-undang. Show all posts
Showing posts with label undang-undang. Show all posts

15 July 2012

Perangkap Had Laju


Inilah pERANGKAP LAJU terbaru yg dipasang di besi penghadang jalan di lebuhraya. Ianya diletakkan kamera perangkap laju tersembunyi..sila SHARE..

kredit: Are Wan

17 July 2011

UNDANG-UNDANG SELURUH DUNIA

THAILAND :
Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
Dilarang berjalan (bogel)
Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.



AMERIKA :

1. ARIZONA :
Dilarang memandu tanpa kasut.
Dilarang bermain domino di hari Minggu.
Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
Dilarang memandu dengan mata tertutup.

2. ALASKA :
Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
Dilarang memberi minum bir pada rusa.
Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

3. ARKANSAS :
suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

4. CALIFORNIA :
Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

5. COLORADO :
Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

6. CONNECTICUT
Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

7. FLORIDA :
Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

9. WASHINGTON :
Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA
Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

sumber: Wujud

wani - haha3

12 May 2011

BERSAMA MENCEGAH BULI

Laporan daripada Guang Ming Daily mendedahkan bahawa masalah pelajar kena buli adalah amat dikesali kerana pelajar merupakan pemimpin masa hadapan negara. Merujuk kepada rakaman-rakaman video yang dilaporkan ini, Polis menyeru supaya pelajar yang menjadi mangsa, ibu bapa, guru ataupun mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil ke hadapan membuat laporan dan membantu siasatan polis.

INGATAN KEPADA PEMBULI:
Tindakan anda mengugut atau mencederakan pelajar lain adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap anda.

NASIHAT PDRM KEPADA PELAJAR
1. Jadilah pelajar yang bijak lagi peka. Gerak hati anda mampu mengesan sesuatu situasi bahaya. Jika sekumpulan remaja dalam keadaan yang tidak menyenangkan sedang menuju ke tempat anda, SEGERA beredar sebelum mereka tiba.
2. Cuba kawal perasaan takut apabila anda dibuli. Berhati-hati dengan senjata yang dibawa oleh pembuli, jika ada.
3. Perhatikan sekeliling. Jika ada tempat selamat atau orang yang boleh membantu, SEGERA lari ke arah tersebut.
4. Elak daripada berbincang atau bertengkar dengan mana-mana ahli kumpulan pembuli.
5. SEGERA laporkan kejadian buli kepada guru, ibu bapa, penjaga ataupun rakan yang boleh membantu untuk membuat laporan polis di Balai yang berhampiran.
6. Polis juga boleh dihubungi di talian 03-22663333 atau email mcc@rmp.gov.my.

NASIHAT PDRM KEPADA SAKSI
Apabila anda melihat seseorang kena buli, SEGERA bantu dengan cara melaporkan perkara ini kepada guru atau pihak polis.
Pelajar hendaklah sama-sama mencegah perbuatan buli agar tidak berleluasa.

Sumber berita Guang Ming Daily & Polis Diraja Malaysia


*wani - perkara yang tidak sepatutnya berlaku*

30 April 2011

Bayar Cukai Pendapatan hari INI!

adakah anda bergaji melebih RM26K setahun (gaji kasar)? jika ya, bermakna anda perlu membayar cukai pendapatan.


1. anda perlu mendaftar dahulu dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
     -  anda perlu menghantar sendiri borang ke LHDN
2. majikan anda akan tolong isikan borang tersebut
    - ini bermakna anda telah memiliki nombor cukai pendapatan sendiri
    - maka terteralah potongan cukai berjadual (PCB) dalam slip gaji anda
3. apabila anda sudah membuat PCB, bukan bermakna anda tidak perlu mengisi borang cukai pendapatan (borang BE). anda mesti juga mengisi borang BE tersebut. penting! sebab anda boleh tuntut semula duit tersebut jika berlaku sebarang lebihan bayaran.
4. sebarang soalan boleh terus menghubungi nombor telefon berikut; 1-300-88-3010 atau 03-4289 3535 (Talian Terus Bantuan e-Filing) atau +603-4289 3500 (Internasional)
5. ingat ini hari terakhir untuk anda menunai tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. kalau anda tidak menjelaskan cukai pendapatan, bermakna anda TIDAK BOLEH NAK MEMBEBEL SEBARANG PERKARA YANG BERLAKU DI MALAYSIA TERMASUKLAH JALANRAYA, KAWASAN YANG TIDAK DIBAIKI MAHUPUN ORANG LAIN NAIK GAJI, KITA TIDAK LAGI NAIK GAJI


boleh klik di sini untuk terus mengisi borang BE anda --> Lembaga Hasil Dalam Negeri

* wani - aku dah bereskan pagi ini dengan dua kali panggilan telefon sahaja. pasal dah lupa kata laluan. pasal apa dua kali pasal aku dan encik suami punya. hehe

22 March 2011

Bas tak patut





*wani - tolong la encik bas, kau tak sepatutnya parking di kawasan perumahan. dah melepasi seminggu nih. cari tempat lain untuk parking bas!* 

27 February 2011

Sila Bayar Saman Anda sebelum 1 Mac 2011!

update:

macam nak tercabut pinggang aku bila beratur selama dua jam 51 minit di IPD Manjung semata-mata nak bayar saman. pesanan encik suami, aku abai. semata-mata berkira dengan RM2. lebih rela sanggup beratur. padan muka engkau.
aku mula beratur pada jam 8.51 pagi dan hanya dapat membayar saman pada jam .... (korang isi le tempat kosong itu). penat gila. habis semua pakcik, makcik, brader hensem dan akak jelita aku bawak bercakap. games, dalam telefon yang sudah lama aku tinggalkan, aku belasah main sampai habis bateri. sakit pinggang 'siut'
esok, pagi IPD Manjung akan dibuka lagi untuk meneruskan misi mengumpul duit rakyat jelata yang masih belum bayar saman. Mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup pada jam 1 tengah hari.
tidak mahu beratur? (sakit pinggang macam aku..) boleh klik je kat MYEG (pastikan ada duit sebelum buat sebarang pemindahan wang ye)

26 February 2011

Nombor Telefon Ibu Pejabat Daerah Manjung, Perak

bagi yang tidak mengetahui nombor telefon terbaru (sebab balai polis sekarang dah besar dan sudah berpindah tempat...cantik ooooo) IPD Manjung. aku nak berikan nombor tersebut..


05-6899222


bagi sesiapa yang masih belum menjelaskan SAMAN sila berbuat demikian. sebab IPD Manjung dibuka hari ini (26 Feb 2011) bermula jam 9 pagi sehingga jam 1 tengah hari. 


selamat beratur....


*aku pun nak g beratur gak. haha3*

28 November 2010

Kabus atau Jerebu

27 November 2010


     Menurut Wikipedia, kabus ialah ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%. Ia juga boleh terbentuk akibat aktiviti gunung berapi. Kabus yang tebal dipanggil kabut. Dari segi darjah penglihatan, fenomena ini dipanggil kabut sekiranya darjah penglihatan kurang dari 1 km. Dilihat dari jauh, kabus agak kebiruan, manakala kabut lebih keperangan.

     Manakala, kabut pula ialah awan yang bersentuh dengan tanah, ia merujuk kepada keadaan kabus yang tebal. Kabut berbeza dari kabus cuma dari segi ketumpatannya. Kabut ditakrifkan sebagai awan yang mengurangkan darjah penglihatan kepada kurang dari 1 km, manakala kabus 2 km. 

     Tempat yang paling berkabut di dunia adalah Grand Banks di lepas pantai pulau Newfoundland, Kanada. Hal ini disebabkan tempat ini merupakan pertemuan arus Labrador yang dingin dari utara dengan arus Teluk yang hangat dari selatan. Daratan yang paling berkabut di dunia terletak di Point Reyes, California dan Argentia, Newfoundland, yang diselimuti kabut lebih daripada 200 hari dalam setahun.

(masa di simpang nak ke menuju ke Penjara Sungai Buloh) 

     aku bukan apa.. sepanjang pagi ini masa aku memandu, sepanjang jalan 'kenangan' berkabus = berkabut yang tahap tebal tak nampak jalan. Leburaya Guthrie, Sungai Buloh dan jalan ke Bukit Rotan pun sama.. tak nampak jalan langsung. terpaksa aku pasang lampu tinggi. kang kalau pemandu lain tak nampak aku, lain lak jadinya.

(jalan menuju ke Kuala Selangor) 


     tapi, ada juga yang kedekut tak mahu pasang lampu semasa keadaan sebegini ya. kenapa ya?

 

 

15 November 2010

Surat Terbuka Untuk Menteri Besar Perak 2010

YB Menteri Besar Perak.

Tuan YB,

     Saya sebagai penduduk daerah Manjung merasakan penduduk daerah ini telah memiliki pelbagai jenis kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan negeri dan MPM. Pelbagai jenis kegiatan sukan telah mempunyai tempat dan tapak yang tersendiri.
     Sebagai contohnya, bagi permainan ; go kart, telah memiliki tempat untuk bermain di hadapan Kampung Lumut Kiri. Bagi permainan kereta mainan (hanya jenis 4WD sahaja) tetapi bukan jenis litar yang mana tempat lama bertempat di Pasar Tani, tempat bersebelahan tempat go kart tersebut.
     Bagi permainan extreme, dahulu tempatnya di Teluk Batik. mungkin kedudukan yang jauh telah menyebabkan tempat ini terbiar sehingga berkarat tapaknya. Bagi permainan kapal terbang mainan, padang Astaka Sitiawan atau kawasan Lapangan Terbang adalah pilihan terbaik. ini mungkin kerana kawasan terbuka yang luas. Permainan layang-layang, sama ada bermain di padang Astaka ataupun di Teluk Batik.
     Cuma yang menyedihkan YB, kenapa tiada litar untuk drift kereta? Saya suka menggunakan contoh di Maeps Serdang, Selangor. Di kawasan tersebut terdapatnya, sebuah litar yang selamat untuk pemandu dan pengunjung bagi melihat pemandu melakukan drift. Ya, bayaran mestilah dikenakan. Sebab tiada satu pun yang percuma sekarang di dunia.
     Saya amat berharap sebuah litar untuk drift kereta dibina di daerah Manjung. Tanpa memerlukan pemandu ataupun peminat untuk melihat aksi drift ini dengan keadaan yang selamat dan tanpa melibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu ataupun pengunjung.

Saya.

26 October 2010

Not For Weak Heart People

Don't blame me.... After seeing the pictures (Not for weak hearted ppl)













ane - walaupun ini bukan di Malaysia... tapi kerajaan sudah melakukan berulang kali kempen supaya kita beringat...MUFOR jangan cerita la...sayang nyawa sendiri!

24 September 2010

Macam pergi Chow Kit je?

dua hari berturut-turut... aku bawak kereta macam pergi Chow Kit. pandu daripada Manjung ke Bangi ke Puchong dan balik semula ke Manjung dalam hari yang sama.

penat? memang lah. sapa kata tak penat.
aku rasa macam ada masalah jiwa raga la pulak yang melanda dalam hati. kes kritikal nie. duit habis isi minyak untuk tak peduli nih. orang lain berjimat cermat lepas raya... aku pulun kasik perabih kat tangki minyak.

dah la ada banyak sekatan polis dan JPJ. polis trafik jangan cerita la.. ramai nya. kena tembak dengan polis trafik? entah lah kena la kot. kalau kena dengan jpj, melayang lagi la duit nak pasang tinted baru. lagi la semalam aku hempuk kereta di luar kelajuan yang biasa. dalam hujan aku bawak semacam...

apa yang melanda di jiwa aku sekarang nie? nampak gayanya aku kena off sekejap la. serba serbi tak kena. kena muhasabah dan muhasarawak banyak...

ane - aku yang serabut!

15 September 2010

Balik Kampung Hari Raya

9 September 2010

(sumber : muhammadtarmizi.com) 

Perjalanan kami di berkati dengan limpah rahmat-Nya.

jalan tak jem langsung. daripada Manjung sampailah ke Nyalas.
semua pemandu Malaysia memandu dengan penuh berhemah.
polis trafik memang menembak di sepanjang jalan bandaran & negeri. Polis yang berada di lebuhraya. duduk rilek aje.

singgah di Alor Gajah untuk beli lemang.

sampai di Nyalas, ipar duai tengah memasak rendang ayam, burung puyuh.
(errrr pernah tengok rendang warna kuning kehijauan tak?nanti datang rumah mak mertua ku yaa)

14 September 2010

Nata De Coco

masa nak balik melaka...ikut jalan biasa la.
encik suami memandu dengan penuh berhemah. berazam tak nak kena saman ekor bagi tahun 2010. cukup-cukup la yang sedia ada. 


tapi sampai ke hari ini lagi...
encik suami masih lagi bercerita tentang nata de coco. 
penyelamat terbesarnya. 
gara-gara nak beli nata de coco....berhenti tepi jalan. 
beli apa-apa yang patut beserta 9 baldi kecil nata de coco. 
bergerak 50 meter ke hadapan..
polis trafik tengah menembak kereta yang bawa melebihi had kelajuan. nasib baik!

p/s - 
encik suami : abang akan selalu singgah beli nata de coco kat sungai besar. bukan mahal pun 3 baldi, RM10 je
Related Posts with Thumbnails