27 February 2011

Sila Bayar Saman Anda sebelum 1 Mac 2011!

update:

macam nak tercabut pinggang aku bila beratur selama dua jam 51 minit di IPD Manjung semata-mata nak bayar saman. pesanan encik suami, aku abai. semata-mata berkira dengan RM2. lebih rela sanggup beratur. padan muka engkau.
aku mula beratur pada jam 8.51 pagi dan hanya dapat membayar saman pada jam .... (korang isi le tempat kosong itu). penat gila. habis semua pakcik, makcik, brader hensem dan akak jelita aku bawak bercakap. games, dalam telefon yang sudah lama aku tinggalkan, aku belasah main sampai habis bateri. sakit pinggang 'siut'
esok, pagi IPD Manjung akan dibuka lagi untuk meneruskan misi mengumpul duit rakyat jelata yang masih belum bayar saman. Mula dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup pada jam 1 tengah hari.
tidak mahu beratur? (sakit pinggang macam aku..) boleh klik je kat MYEG (pastikan ada duit sebelum buat sebarang pemindahan wang ye)

No comments:

Related Posts with Thumbnails