Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

28 January 2014

TUJUAN TERSIRAT

TUJUAN TERSIRAT YANG SEBENARNYA MACAM NI USTAZ.

Jenis-jenis status FB yang ada tujuan tersirat (copy paste):

1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu

- Check in kat prince court sebab pakai takaful ustaz. Jadi dengan takaful ni selesa lah sikit. Orang tengok pun rasa konfiden nak amik takaful. Apa salahnya kita bersenang senang dengan takaful ustaz? Kat GH pun ada orang amik gambar dan minta doakan, cuma ustaz je takde kawan dengan diorang. Atau ustaz taknak kawan dengan orang susah ni?

2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..

- Snap gambar anak dengan latar belakang sofa, tv, perabot ni bukan dirancang rancang ustaz. Ada juga latar kerusi, latar almari, latar peti ais, latar dapur. Saya pun snap gambar anak ikut dan je latar apa pun. Saya tengok FB ustaz pun ada latar macam masjid nabawi, ke masjidil haram, ahhh gambar masjid lah kot kiranya. Ni mesti ustaz nak bgtau ustaz penah masjid jauh jauh dari negara malaysia. Gambar ustaz ni siap bekopiah putih haaa. Nak tunjuk ustaz tu kerja ustaz la tu..kan? kan?

3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!

- Nama pun main fesbuk ustaz. Kalau saya maki hamun nanti ustaz marah pula kata saya maki hamun mencarut berdosa. Saya cakap syukur Alhamdulillah pun salah juga rupanya.Orang kaya raya tak main fesbuk ustaz. Depa main benda lain. Yang main fesbuk ni orang jual Takaful, jual tudung, jual cookies, jual air 30 juzuk. Ni semua tak kaya ustaz, nak menunjuk apa pulak kalau Alhamdulillah sebab gaji naik setakat rm200/sebulan?

4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !

- Itu lah yang saya cakap tadi ustaz. yang main fesbuk bukannya orang kaya. Orang biasa biasa je. Derang stress dalam jem ustaz, tak tau nak buat apa amikla gambar jem. Nanti kalau cakap "tengah dengar mengaji Quran dalam jem". Ustaz kata riak kuasa dua pulak. Dah la tunjuk stereng Honda, tulis pulak "tengah dengar mengaji Quran". Pehhh..kaw kaw la ustaz bantai nanti.

5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !

- Bukan macam tu ustaz. Yang buat macam tu ada la dalam 2-3 orang dari 20-30 ribu orang. Kan saya bgtau banyak kali tadi, yang main fesbuk bukannya orang kaya raya ustaz. Orang biasa biasa je. Kawan saya ada 5 ribu ni takde sorang pun saya tengok amik gambar paper beg, amik gambar tanda harga ada sorang, tu pun harga selipar anak dia RM9.90. takkanla saya nak tuduh dia menunjuk banyak pulak, tak patut betul gayanya. Ustaz ni bekawan dengan siapa ni? pelik pelik juga kawan kawan ustaz ni ya.Ke kawan fesbuk ustaz ni semua kaki shopping? Amboiiii..bekawan dengan orang kaya la tu.

6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!

- Ustaz, ustaz...kalau taknak tau tak payah baca la update dia tu ustaz. Apa yang susah sangat. Saya semakin pelik bila tengok cara ustaz perkenalkan pengalaman bermain fesbuk ustaz ni. Ustaz macam seorang ustaz biasa biasa yang terperangkap dalam fesbuk orang orang kaya dan loving. Saya cadangkan, ustaz unfriendkan semua kawan yang pelik pelik tu, meh berkawan dengan kami. Ramai lagi orang yang baik baik yang update status pasal mengaji ustaz boleh jumpa. (Jangan pula ustaz bantai depa update status mengaji pulak..kacauuu!)

7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..

- Betul la ustaz...saya boleh konfem ustaz ni berkawan dengan minah minah rempit mana lah. Bekawan ni ustaz kena memilih. Bukan main addddd aje. Ustaz add diorang ke diorang add ustaz ni? ke ustaz nak usha usha makwe? Bawak beristighfar ustaz. Dengar nasihat saya ni. Unfriendkan semua, meh sini kawan dengan kami.

8. ..
9. ..
10. ..
Haaa yang lain-lain korang isilah sendiri !

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?” Kemudian baginda s.a.w bersabda: ”Iaitu riak... -

- Ya ya saya tahu mungkin bukan ustaz punya, ustaz copy paste. Saya baca ni dari ustaz, ustaz yang sampaikan..kiranya pengalaman ustaz lah jugak kan, atau saya tak boleh bersangka macam tu?

sumber: Fdaus Ahmad

*wani - wakakkkakaka

09 July 2013

Lawak Hari Pertama Ramadan

" Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur untuk hari pertama.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Pelik bin ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku dalam hati.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala hotak engkau berjambul. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena sekolah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Mana engkau belajar Lailaturqadar "1st ramadhan"? Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. PANDAI! " sambung abah lagi.

^_^

kredit: Wujud

*wani - guling2 aq dok gelak sorang2

23 November 2012

31 August 2011

Women are like phones

Women are like phones:
They like to be held,
talked to and
touched often.
But push the wrong button
and you're disconnected......



wani: haha3

28 August 2011

Difference Between Complete & Finish...

People say there is no difference between COMPLETE & FINISH. But there is... When you marry the right one, you are COMPLETE.... And when you marry the wrong one, you are FINISHED..... And when the right one catches you with the wrong one, you are ... COMPLETELY FINISHED!


wani - tokey kek feberet aku nih :)

17 August 2011

BALASAN PEREMPUAN KEREK

Ada sorang mamat masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai tingkat satu, tetiba je masuk sorang awek cun lagi bergaya lalu menyembur perfume ke tubuhnya.”Ini perfume mahal tau..jenama Beverly Hills, RM400 sebotol,” katanya angkuh. Bengang giler mamat tu.

Sampai tingkat tiga, masuk lak sorang mak datin juga menyembur perfume ke tubuhnya. “Perfume Vecinza dari Itali, RM1000 sebotol tau,” kat mak datin tu lagi angkuh berbanding awek cun tadi. Lagi lar menyampah giler mamat tu.

Sampai je tingkat lapan, pintu lif pun terbuka dan mamat tu sedia la nak keluar dari lif. “Proootttt!! ! Sebelum keluar mamat tu sempat mengeluarkan “gas aslinya” dalam lif tu.

“Telur rebus kedai mamak. Tak mahal, lima puluh sen sebiji jer..,”kata mamat tu selamba lalu berjalan meninggalkan kedua pompuan kerek yang mula termuntah dalam lif.

P/s : So jgn lah terlalu bangga dengan perfium mahal2 yer dengan org.. nt dpt perfium asli TERBAIK punya... ngee

Sumber: Wujud

wani - haha3

17 July 2011

UNDANG-UNDANG SELURUH DUNIA

THAILAND :
Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.

SWISS :
Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :
Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :
polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :
Dilarang berjalan (bogel)
Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :
Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :
Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :
Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :
Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :
Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :
Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :
Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.



AMERIKA :

1. ARIZONA :
Dilarang memandu tanpa kasut.
Dilarang bermain domino di hari Minggu.
Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
Dilarang memandu dengan mata tertutup.

2. ALASKA :
Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
Dilarang memberi minum bir pada rusa.
Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

3. ARKANSAS :
suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

4. CALIFORNIA :
Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

5. COLORADO :
Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

6. CONNECTICUT
Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

7. FLORIDA :
Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

9. WASHINGTON :
Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA
Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

sumber: Wujud

wani - haha3

07 June 2011

Surat Untuk Ayah

Kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… .

mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 18thn

Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk ayah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu…

——————————————————–

Ayahku yg tercinta,

Aku menulis surat ini dengan perasaan sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah.

Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju

walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya,

Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua).

Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama.

Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh.

Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza.

Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… …

—————————-

keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … .

PS: Ayah, .. tidak ada satupun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer…


sumber: Wujud

*wani - mau tercabut jantung pak mentua aku. haha3

05 June 2011

Sebuah Kisah sedih yg tak perlu anda baca :(

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama jimmy.dia ni org johor

Die ade awek name Julie.julie nih dok kt perlis..

Diorng nih xpnah jumpe sblom nih,juz msg n call aje..

Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i

Diorng da xthan nk jumpe sngat2

Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..

Dan diorng brcdang utj berjumpe di rumah julie..

Julie telah beritahu keluarga dia yg jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye,Julie terlibat dgn satu kemalangan..

Mayat julie selamat dikebumikan. .

Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..

Julie di dapati terkoban dalam kemalangan tersebut..

Akan tetapi,jimmy tidak mengetahui hal ini..

Kebetulan,hp jimmy rosak pada hari kematian Julie..

Sehari sebelum raya,bru lah hp die siap dibaiki…

Apabila hp da ok,jimmy terus msg Julie..

Mesej yg dihantar oleh jimmy tersebut semua di'reply'..

Pada hari yg ditetapkan,dgn alamat yg pernah diberi oleh Julie kpd jimmy..

Jimmy bertolak dr johor pd subuh awl syawal,dan smpai di perlis pd ptng ari 2 juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kwn baiknya…

Bila smpai shj dirumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie...

Ibu bapa Julie pon menyuruh jimmy duduk..

Mereka perbualan dgn bertnya tntang diri jimmy..tetapi mata jimmy terjenguk2 kearah dapur dan bilik2 yg ade dirumah tersebut kot2 ade Julie keluar atau menyorok dri dia..

Jimmy semakin tidak senang duduk..

Setelah lama berbual,jimmy pon tny pasal Julie kerana beliau tidak tahan nk berjumpa dgn Julie..

Ibubapa Julie menyarankan supaya jimmy banyak bersabar…

Jimmy semakin hairan,dan bertanya kepada ibubapa Julie,

"kenapa mak cik ngan pak cik??ape yg da berlaku pd Julie??"

"Julie telah meninggal dunia" kata ibu Julie..

Jimmy semakin kehairanan..

Jimmy bertanya"bila mak cik??sbb apa??"

Ibu bapa Julie pon menceritakan tentang hal kejadian..

Jimmy agak terkejut,Tetapi jimmy tidak percaya kerana beliau ade sms dgn Julie sebelum berangkat ke perlis

Jimmy pon tunjuk semua sms itu kpd ibu bapa Julie..

Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,ibu bapa Julie hairan kerana cara sms dan no telefon itu memng Julie yg punye…

Utk mendapatkan kepastian,ibu bapa Julie bawak jimmy ke tnah perkuburan Julie..

Jimmy maish x berpuas ati dan mengorek kubur Julie…

Memng betol Julie sudah mati dan berada didalm kubur tersebut..

Jimmy semakin hairan dan ketakutan…

Sebelum julie meninggal,julie telah berpesan kpd org tua die supaya kalo dia mati,tnm skali hp die sbb die terlalu syg kt hp nih..

Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada jimmy..

Jimmy pon cuba sms Julie didepan ibu bapa Julie,

"awk ngah wat pe??"

Tidak lma kemudian,hp jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima,apabila buka shj sms tersebut,kesemua mereka terkejut beruk kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi

"xde wat papepon..awk da smpai ke??"

Jimmy semakin panic dan membalas "ibu bapa awk kata awk da MATI??"

Dan Julie pon balas "memng sy da meninggal.."

Jimmy cuba beraniakn dri dan membalas semula sms tersebut dgn "ABES 2,MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??"

Tidak lama kemudian,hp jimmy pon berbunyi lg...

Kesemua mereka menjadi semakin panik,takut dan mcm bermain difikiran mereka semasa jimmy hendak membaca sms tersebut...

Apabila mereka baca sms tersebut,mereka jd terkejut BEROK & kehairanan n terpinga-pinga…

Kerana sms etrsebut berbunyi

"DIGI ADA DIMANA-MANA" hahahahahahahaha


sumber: Wujud

*wani - aku nak marah ke gelak...tgh pk dulu nih

21 August 2010

encik lapar



ane - aku puasa gak...tapi tak adalah macam tue...errrr dah lama tak makan nando's

19 August 2010

1 Ramadhan 1431H

(sumber ; nasional.kompas.com) 

12 Ogos 2010 bersamaan 1 Ramadhan...jam 7. 29 petang

puan isteri : abang, hari ini buka puasa pukul berapa?
encik suami : abang, terlupa nak tengok la di tv pukul berapa buka puasa...
puan isteri : suratkhabar?
encik suami : lupa la, ayang.
puan isteri : habis itu, azan di tv nie, untuk kawasan Lembah Klang je..bukan di rumah kita

encik suami terus bangun, daripada bersila yang kukuh dan terus menuju ke muka pintu rumah. sambil menjenguk kepala keluar. selepas beberapa saat, beliau kembali bersila mengadap juadah berbuka puasa.

encik suami : ok , dah boleh buka puasa.. abang dah cek tadi. abang, yakin dah buka puasa
puan isteri : abang tengok macam mana?
encik suami : ala, kat kapal selalu buat macam tue
puan isteri : kita bukan kat kapal, cik abang oiii (sambil gelak guling2 dan tangan memegang gigi yang sakit tue)

tip : rerupanya navy selalu buat macam tue, bila tak pasti waktu berbuka...kami tercepat satu minit je hari itu..tapi yakin! (cakap suami, jangan bantah).. azan waktu maghrib di kawasan rumah selalu lewat bila bulan puasa...nak buat macam mana....

18 August 2010

Sakit GiGi

(sumber : westhavennow.org) 

minggu lepas, hari khamis bersamaan 11hb Ogos 2010, 1 Ramadhan ..
aku telah di landa sakit gigi tahap teruk sungguh..
tak boleh cerita sakitnya...

sepanjang berada dalam kelas, seboleh-boleh aku senyap yang mungkin dan elakkan bunyi yang bising.
perghhh teruk betul.
habis kelas, terus balik rumah..bayangkan tiga jam punya perjalanan dengan sakit gigi yang tak boleh nak kata.
berbakul-bakul pesanan sudah ku tinggalkan kepada encik suami supaya suruh Doktor gigi di klinik yang SATU itu jangan ditutup..tunggu kepulanganku..

pabila sampai di rumah
encik suami berkata ; abang, sibuk sangat hari ini.

dengan linangan air mata sambil tangan sibuk memegang pipi (macam la boleh dipegang gigi yang sakit itu).
encik suami menambah lagi; kita pergi farmasi beli ubat tahan sakit dulu, pas itu singgah pasar ramadhan yee

sampai di farmasi

aku menunggu sahaja dalam kereta.
sampai di pasar ramadhan,
aku menunggu sahaja dalam kereta. terasa pemergian encik suami di pasar ramadhan terlalu lama..
20 minit terasa macam 20 jam..
nak makan ubat, puasa!
yang mampu dibuat menangis...(malunya rasa, menangis pasal sakit gigi)

waktu berbuka puasa di rumah
kena makan ubat dulu.
tak boleh nak makan banyak, gigi ku sakit

ane - macam mana la nak tahan ujian yang lain, kalau gigi sakit pun boleh menangis. cet!

12 August 2010

kahkahkah (18SX)

aku sebenarnya kebingungan.
dalam masa kurang lebih tiga minggu, kenapa bila aku semak analisis kata kunci di statcounter, ada terkeluar perkataan ini




pening juga bila memikirkan..
bila masa la pulak..aku ada tertaip di blog aku cerita benda yang 18SX ni?
sepanjang ingatan aku tiada!
pagi ini bila aku saja minta tolong dengan encik google.
aku terjumpa blog ini...(sorry, tuanpunya blog, aku malu nak tulis sumber kat ko walaupun dah letak gambar ko..sorry ye..pasal aku MALU)

korang layan je la...
lawak pun ada.. malu pun ada.. tak tahu aku nak kata apa..
yang pasti itu bukan AKU!

(sumber : pakcik google)


 (sumber : pakcik google)

 
(sumber : pakcik google) 

ane - macam mana la pulak aku bersihkan blog ini daripada anasir-anasir yang 'kureng' ini? any idea?
Related Posts with Thumbnails