30 April 2011

Bayar Cukai Pendapatan hari INI!

adakah anda bergaji melebih RM26K setahun (gaji kasar)? jika ya, bermakna anda perlu membayar cukai pendapatan.


1. anda perlu mendaftar dahulu dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri
     -  anda perlu menghantar sendiri borang ke LHDN
2. majikan anda akan tolong isikan borang tersebut
    - ini bermakna anda telah memiliki nombor cukai pendapatan sendiri
    - maka terteralah potongan cukai berjadual (PCB) dalam slip gaji anda
3. apabila anda sudah membuat PCB, bukan bermakna anda tidak perlu mengisi borang cukai pendapatan (borang BE). anda mesti juga mengisi borang BE tersebut. penting! sebab anda boleh tuntut semula duit tersebut jika berlaku sebarang lebihan bayaran.
4. sebarang soalan boleh terus menghubungi nombor telefon berikut; 1-300-88-3010 atau 03-4289 3535 (Talian Terus Bantuan e-Filing) atau +603-4289 3500 (Internasional)
5. ingat ini hari terakhir untuk anda menunai tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. kalau anda tidak menjelaskan cukai pendapatan, bermakna anda TIDAK BOLEH NAK MEMBEBEL SEBARANG PERKARA YANG BERLAKU DI MALAYSIA TERMASUKLAH JALANRAYA, KAWASAN YANG TIDAK DIBAIKI MAHUPUN ORANG LAIN NAIK GAJI, KITA TIDAK LAGI NAIK GAJI


boleh klik di sini untuk terus mengisi borang BE anda --> Lembaga Hasil Dalam Negeri

* wani - aku dah bereskan pagi ini dengan dua kali panggilan telefon sahaja. pasal dah lupa kata laluan. pasal apa dua kali pasal aku dan encik suami punya. hehe

No comments:

Related Posts with Thumbnails