12 May 2011

BERSAMA MENCEGAH BULI

Laporan daripada Guang Ming Daily mendedahkan bahawa masalah pelajar kena buli adalah amat dikesali kerana pelajar merupakan pemimpin masa hadapan negara. Merujuk kepada rakaman-rakaman video yang dilaporkan ini, Polis menyeru supaya pelajar yang menjadi mangsa, ibu bapa, guru ataupun mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil ke hadapan membuat laporan dan membantu siasatan polis.

INGATAN KEPADA PEMBULI:
Tindakan anda mengugut atau mencederakan pelajar lain adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap anda.

NASIHAT PDRM KEPADA PELAJAR
1. Jadilah pelajar yang bijak lagi peka. Gerak hati anda mampu mengesan sesuatu situasi bahaya. Jika sekumpulan remaja dalam keadaan yang tidak menyenangkan sedang menuju ke tempat anda, SEGERA beredar sebelum mereka tiba.
2. Cuba kawal perasaan takut apabila anda dibuli. Berhati-hati dengan senjata yang dibawa oleh pembuli, jika ada.
3. Perhatikan sekeliling. Jika ada tempat selamat atau orang yang boleh membantu, SEGERA lari ke arah tersebut.
4. Elak daripada berbincang atau bertengkar dengan mana-mana ahli kumpulan pembuli.
5. SEGERA laporkan kejadian buli kepada guru, ibu bapa, penjaga ataupun rakan yang boleh membantu untuk membuat laporan polis di Balai yang berhampiran.
6. Polis juga boleh dihubungi di talian 03-22663333 atau email mcc@rmp.gov.my.

NASIHAT PDRM KEPADA SAKSI
Apabila anda melihat seseorang kena buli, SEGERA bantu dengan cara melaporkan perkara ini kepada guru atau pihak polis.
Pelajar hendaklah sama-sama mencegah perbuatan buli agar tidak berleluasa.

Sumber berita Guang Ming Daily & Polis Diraja Malaysia


*wani - perkara yang tidak sepatutnya berlaku*

No comments:

Related Posts with Thumbnails