23 August 2010

Kereta Jepun

besar perbezaannya apabila memandu kereta jepun encik suami dengan kura-kura putih mutiara cik isteri. sejak bertukar tangan, aku memandu dengan syoknya. ada beberapa siri ujian yang aku lakukan terhadap penggunaan minyak petroleum.

(sumber : kosmo.com.my) 

tiga minggu lepas;
aku bawa kereta jepun dengan kelajuan antara 140 - 160 km/j.
apa yang aku dapat?
cepat sampai.
jantung laju
darah asyik berderau aje.
minyak kereta cepat sangat abih. hilang lima baris sekaligus. kopak macam ni.

dua minggu lepas;
aku bawa kereta jepun dengan kelajuan 120 - 140 km/j.
masih lagi cepat sampai.
jantung laju lagi
darah kurang sikit berderau.
asyik nak kena tekan brek saja. (adegan-adegan atas jalanraya yang maleh nak cerita)
minyak kereta kali ini habis empat baris. tak ok lagi ini.

minggu lepas;
aku bawa kereta jepun dengan kelajuan 100 -120 km/j.
cepat sampai
jantung kurang sikit lajunya
asyik kena cucuk je bontot kereta..walaupun dah berjaga..pastikan tiada kereta di belakang
minyak tetap habis empat baris juga.

minggu ini;
aku bawak kereta jepun dengan kelajuan tidak melepasi 100 km/j.
lewat 15 minit daripada biasa.
jantung..ok je.kelajuan biasa
aku nampak kereta yang laju cepat-cepat masuk lorong kiri.
minyak kereta aku jimat gila.
pasal apa?
aku isi sebelum pergi KL dan aku sampai rumah dengan jaraknya keseluruhannya 554.3 km... (siap ke hulu dan ke hilir nie) minyak kereta aku baru meminta-minta untuk diisi...
aku berjaya melakukan penjimatan duit aku...

kesimpulannya:

1. jangan bawa laju kereta. minyak jimat.
2. rancang perjalanan
3. cuba bersabar bila bawa kereta.
4. kelajuan standard rakyat Malaysia bawa kereta adalah antara 100 - 120 km/j. (kelajuan ini masih boleh dikesan oleh polis trafik ye...saman ekor akan sampai rumah)

aku rasa rugi sangat tak ada penumpang sebelah kalau tak boleh masuk pertandingan filem pendek MUFORS....rugi-rugi... sebab aku selalu tengok macam-macam atas jalan raya...
so, korang aje lah yang masuk ye...pakai telefon bimbit berkamera pun boleh..tak semestinya, DSLR dengan HD keupayaan video ataupun camcorder aje.

syarat penyertaan :
1. mesti sedang belajar di pusat pengajian tinggi.
2. tema : “Attitudes on Roads – A Malaysian Journey”

nak tahu lebih lanjut dan juga hadiah duit yang ribu riban tue kelik kat sini.
ataupun terus menuju ke laman web MUFORS di sini.

ane - aku tahu di mana galeri MUFORS ini?  di jejantas kawasan rehat USJ..hehehehehe papan tandanya baru lagi terpasang..bau kedai lagi..hihihi

4 comments:

daisy said...

baru nak ajak ngko buat drift..ngee~

nosembilanbelas said...

@daisy hehehehehe jom. tapi hari nie tak boley..tak sehat

misyamissyou said...

wah..lajusssnye..tp mkn minyak..

anak said...

@missyamissyou habis duit ke minyak saje..tak mau dah bawak laju

Related Posts with Thumbnails