28 November 2010

Kabus atau Jerebu

27 November 2010


     Menurut Wikipedia, kabus ialah ialah wap air yang berada dekat permukaan tanah terkondensasi dan menjadi seperti awan. Hal ini biasanya terbentuk kerana hawa dingin membuat wap air terkondensasi dan kadar kelembapan mendekati 100%. Ia juga boleh terbentuk akibat aktiviti gunung berapi. Kabus yang tebal dipanggil kabut. Dari segi darjah penglihatan, fenomena ini dipanggil kabut sekiranya darjah penglihatan kurang dari 1 km. Dilihat dari jauh, kabus agak kebiruan, manakala kabut lebih keperangan.

     Manakala, kabut pula ialah awan yang bersentuh dengan tanah, ia merujuk kepada keadaan kabus yang tebal. Kabut berbeza dari kabus cuma dari segi ketumpatannya. Kabut ditakrifkan sebagai awan yang mengurangkan darjah penglihatan kepada kurang dari 1 km, manakala kabus 2 km. 

     Tempat yang paling berkabut di dunia adalah Grand Banks di lepas pantai pulau Newfoundland, Kanada. Hal ini disebabkan tempat ini merupakan pertemuan arus Labrador yang dingin dari utara dengan arus Teluk yang hangat dari selatan. Daratan yang paling berkabut di dunia terletak di Point Reyes, California dan Argentia, Newfoundland, yang diselimuti kabut lebih daripada 200 hari dalam setahun.

(masa di simpang nak ke menuju ke Penjara Sungai Buloh) 

     aku bukan apa.. sepanjang pagi ini masa aku memandu, sepanjang jalan 'kenangan' berkabus = berkabut yang tahap tebal tak nampak jalan. Leburaya Guthrie, Sungai Buloh dan jalan ke Bukit Rotan pun sama.. tak nampak jalan langsung. terpaksa aku pasang lampu tinggi. kang kalau pemandu lain tak nampak aku, lain lak jadinya.

(jalan menuju ke Kuala Selangor) 


     tapi, ada juga yang kedekut tak mahu pasang lampu semasa keadaan sebegini ya. kenapa ya?

 

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails