Showing posts with label status. Show all posts
Showing posts with label status. Show all posts

31 May 2014

Bubur4Ukhwah



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diberikan Allah kesempatan serta sedikit kesihatan utk meneruskan project-project kebajikan. Dengan ini, admin memperkenalkan project "MINGGUAN TELEKUNG PROJECT" iaitu #Bubur4Ukhwah.

Pada setiap jumaat, TP akan mengedarkan bubur lambuk di sekitar masjid utk menjamu jemaah yg mengikuti solat jumaat. Objektif project ini adalah utk membantu "PAK ANJANG" memasak bubur lambuk dan hasil daripada project ini diharap dapat membantu Pak anjang membiayai kos perubatan isterinya yang sedang menderita penyakit kanser.

Setiap jumaat, TP akan mengedarkan 300 mangkuk/bekas bubur dengan membayar pada Pak Anjang sebanyak RM 1000 seminggu. Nilai yg diberikan kepada TP oleh pak anjang ialah RM 3 sebekas, dan lebihan RM 100 itu adalah ikhlas daripada TP utk membantu pak anjang mencari wang lebihan utk perubatan mak anjang.

Project ini akan diteruskan secara mingguan selagi pak anjang mampu mengacau bubur ini dan mana tahu, dengan bubur ini juga dapat membantu pihak-pihak lain yang memerlukan, InshaAllah.

Kepada yang ingin turut menyertai #BUBUR4UKHWAH ini boleh menyumbang seikhlasnya dengan harga sebekas bubur ialah RM 3.00 melalui:

♥ CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
8600 56 3331 (no acc baru cimb)

♥ MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950

♥ ♥ ♥ INI SANGAT PENTING Kemudian isikan borang Google Docs melalui link ini. Link ini sangat penting utk urusan audit pertubuhan kami


3. Email transaksi (optional) kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan bubur4ukhwah @ In case nak berikan admin notification transaction melalui sms boleh guna number ni 0193337151

Sumbangan ini dibuka sepanjang masa kerana ini adalah project mingguan dan akan diteruskan dari masa ke semasa. Semoga Allah menerima amal kebajikan yang dilaksanakan dan kita semua mendapat keredhaaannya.

Salam Ukhwah,
Azila Aziz

30 May 2014

Ramadhan Kit 1435


Assalamualaikum,
Ramadhan Kit adalah satu project yang dianjurkan melalui NGO berdaftar TheTelekung Project (PPM-018-15082012) untuk mengumpulkan 500 Ramadhan Kit yang bernilai RM 150 setiap satu dan diedarkan kepada keluarga-keluarga berikut:
a. 350 Kit kepada 350 keluarga NELAYAN di Pulau Perhentian
b. 150 Kit kepada keluarga miskin, asnaf dan ibu-ibu tunggal yang memerlukan.

Pihak The Telekung Project (TP) telah membuka 'cabaran' utk kita sama-sama berganding UKHWAH utk menyumbang kepada project Ramadhan Kit ini.

Kepada yang berminat utk menyumbang seikhlasnya, tidak semestinya RM150 boleh menyalurkan sumbangan melalui:
♥ CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
8600 56 3331

♥ MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950

INI SANGAT PENTING Kemudian isikan borang Google Docs melalui link ini. Link ini sangat penting utk urusan audit pertubuhan kami

3. Email transaksi (optional) kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan RAMADHAN KIT @ In case nak berikan admin notification transaction melalui sms/whatsapp boleh guna number ni 0193337151

Sumbangan ini dibuka sehingga mencapai kutipan utk 500 Ramadhan Kit. Semoga Allah menerima amal kebajikan yang dilaksanakan dan kita semua mendapat keredhaaannya. Dan admin berharap sama-sama kita dapat klik butang share utk kita sebarkan kebaikan

Salam Ukhwah,
Azila Aziz

29 May 2014

Jom Derma Baju Raya


jom join bawak baju raya yang dah tak muat tapi masih elok untuk di dermakan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

02 March 2014

oh my bahasa

Lama sudah aq tak kemaskini blog pujaan hati. Selain daripada kekangan masa, tuntutan kerja yang tidak tentu hala. Hendak melayari internet pun pilih masa. Sungguh sedih.

****woooops. Mesti boleh baca apa yang aq tulis ini kan? Cuba baca yang aq tepek gambar  ini pulak. Berpinar mataku wahai adik sayang. Rosak bahasa.


Terus tukang komen tegar pun buat perkara yang dama. Hahaha3


*hambek kau*


30 January 2014

KESALAHAN DIRI

Kita perlu belajar mengakui KESALAHAN DIRI yang lampau & akibatnya sekarang, mungkin terpaksa berkali ganda menanggung susah bagi MEMBETULKAN dan mengharungi keadaan sukar waktu ini.

Cthnya : Ada sebahagian orang yang ada kerjaya TETAPI selalu MARAH-MARAH orang lain kerana gaji tidak cukup, sukar mencari pendapatan tambahan dan SUKAR mendapat kerja yang bagus.

Namun, ada yang TERLUPA, dahulu, guru-gurunya PUAS MARAH-MARAH dan nasihat agar jangan ponteng, jangan malas belajar, jangan berkhayal dalam kelas, jangan membuli di sekolah, jenagan melepak buang masa..suruh belajar bersungguh namun TIDAK DIENDAH walau telah dapat peluang bersekolah & sebahagiannya beruniversiti.

Teringat beberapa bekas pelajar di universiti yang ponteng lebih 70 % kelas dalam satu semester. Alasannya? susah bangun pagi kerana sengaja tidur lewat. Bagi orang sebegini, bermuhasabahlah diri sebelum meminta yang lain bermuhasabah.


*wani - asyik nak salahkan orang lain je... audit diri sendiri tuhh

28 January 2014

TUJUAN TERSIRAT

TUJUAN TERSIRAT YANG SEBENARNYA MACAM NI USTAZ.

Jenis-jenis status FB yang ada tujuan tersirat (copy paste):

1. Check in kat hospital siap snap gambar sambil ayat sendu2 suruh doakan anak, suami etc.. padahal nak bagitau check in kat Prince Court Hospital… pesakit pun cuma demam manja2 je.. Kata lah warded kat GH, mati hidup balik takkan ‘check in’ status fb kan.. huhu

- Check in kat prince court sebab pakai takaful ustaz. Jadi dengan takaful ni selesa lah sikit. Orang tengok pun rasa konfiden nak amik takaful. Apa salahnya kita bersenang senang dengan takaful ustaz? Kat GH pun ada orang amik gambar dan minta doakan, cuma ustaz je takde kawan dengan diorang. Atau ustaz taknak kawan dengan orang susah ni?

2. Snap gambar anak dalam umah dengan caption ‘alahai anak mama ni bla bla bla…’.. padahal nak tunjuk sofa, tv or perabot baru yg jadi objek latar belakangnya.. Yerla kalau tak buat macam tu orang tak tau kan.. Takkan semua orang nak jemput datang rumah..

- Snap gambar anak dengan latar belakang sofa, tv, perabot ni bukan dirancang rancang ustaz. Ada juga latar kerusi, latar almari, latar peti ais, latar dapur. Saya pun snap gambar anak ikut dan je latar apa pun. Saya tengok FB ustaz pun ada latar macam masjid nabawi, ke masjidil haram, ahhh gambar masjid lah kot kiranya. Ni mesti ustaz nak bgtau ustaz penah masjid jauh jauh dari negara malaysia. Gambar ustaz ni siap bekopiah putih haaa. Nak tunjuk ustaz tu kerja ustaz la tu..kan? kan?

3. Syukur tak henti2.. ‘Alhamdulillah rezeki yang semakin melimpah ruah, makin masyukk..bla bla bla’.. Alhamdulillah itu dan ini.. padahal nak orang tau betapa mewah atau kayanyer dia sekarang (sebenarnyer takde pun).. Kalau ikhlas nak bersyukur, terus lah sujud kepada Allah swt.. sesungguhnya Allah itu ada dimana2.. tak perlu guna fesbuk sebagai orang tengah!!

- Nama pun main fesbuk ustaz. Kalau saya maki hamun nanti ustaz marah pula kata saya maki hamun mencarut berdosa. Saya cakap syukur Alhamdulillah pun salah juga rupanya.Orang kaya raya tak main fesbuk ustaz. Depa main benda lain. Yang main fesbuk ni orang jual Takaful, jual tudung, jual cookies, jual air 30 juzuk. Ni semua tak kaya ustaz, nak menunjuk apa pulak kalau Alhamdulillah sebab gaji naik setakat rm200/sebulan?

4. Tangkap pic dalam kereta…eh pastinyer kena nampak stereng sekali.. Caption, biasala.. ‘Ala jam la jalan… gud morning semua.. letih la hari ni.. etc etc..’ Padahal nak tunjuk lambang kat stereng kereta tu.. Hello kalau bawak Lamborghini ke Porche ke ok la.. Setakat Honda, Toyota, Nissan dan yang sewaktu dengannya, rentikanlah dik !

- Itu lah yang saya cakap tadi ustaz. yang main fesbuk bukannya orang kaya. Orang biasa biasa je. Derang stress dalam jem ustaz, tak tau nak buat apa amikla gambar jem. Nanti kalau cakap "tengah dengar mengaji Quran dalam jem". Ustaz kata riak kuasa dua pulak. Dah la tunjuk stereng Honda, tulis pulak "tengah dengar mengaji Quran". Pehhh..kaw kaw la ustaz bantai nanti.

5. Check in kat shopping mall dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari2 shopping, abes la duit i..’ atau ‘hmm I kalau bershopping mcm ni la..susah nak berhenti’… hahaha kelakar kan.. sebenarnya nak bagitau orang lain yang dia banyak duit boleh shopping hari-hari. Ade yang jenis siap snap gambo paper bag lagi, nak tayang brand.. nak lagi parah siap snap tanda harga.. kalau gitu sah lah, korang ade penyakit ‘CULTURE SHOCK’ !

- Bukan macam tu ustaz. Yang buat macam tu ada la dalam 2-3 orang dari 20-30 ribu orang. Kan saya bgtau banyak kali tadi, yang main fesbuk bukannya orang kaya raya ustaz. Orang biasa biasa je. Kawan saya ada 5 ribu ni takde sorang pun saya tengok amik gambar paper beg, amik gambar tanda harga ada sorang, tu pun harga selipar anak dia RM9.90. takkanla saya nak tuduh dia menunjuk banyak pulak, tak patut betul gayanya. Ustaz ni bekawan dengan siapa ni? pelik pelik juga kawan kawan ustaz ni ya.Ke kawan fesbuk ustaz ni semua kaki shopping? Amboiiii..bekawan dengan orang kaya la tu.

6. 24 hours duk update pasal anak dia.. anak dia la paling cerdik, anak dia la paling comey.. mcm orang lain takde anak.. takpun sibuk update pasal Laki dia.. Laki dia la yang paling kaya, laki dia la yang paling loving, laki dia itu laki dia ini.. hmm yunk memangla itu facebook awak, tapi awak bukan Kate Middleton atau Diva Siti Nurhaliza. Orang tanak tau setiap inci pasal keluarga awak!!

- Ustaz, ustaz...kalau taknak tau tak payah baca la update dia tu ustaz. Apa yang susah sangat. Saya semakin pelik bila tengok cara ustaz perkenalkan pengalaman bermain fesbuk ustaz ni. Ustaz macam seorang ustaz biasa biasa yang terperangkap dalam fesbuk orang orang kaya dan loving. Saya cadangkan, ustaz unfriendkan semua kawan yang pelik pelik tu, meh berkawan dengan kami. Ramai lagi orang yang baik baik yang update status pasal mengaji ustaz boleh jumpa. (Jangan pula ustaz bantai depa update status mengaji pulak..kacauuu!)

7. Tangkap pic sendiri (mulut biasala muncung, herot segala bagai), dengan caption ‘muka tanpa mekap..mata panda letih tak cukup tdo bla bla bla…’ dengan harapan ade la orang lain komen.. “eh u still nampak comel la.. nampak muda la dari umur sebenar etc etc” hmm.. lu pikir la sendiri..

- Betul la ustaz...saya boleh konfem ustaz ni berkawan dengan minah minah rempit mana lah. Bekawan ni ustaz kena memilih. Bukan main addddd aje. Ustaz add diorang ke diorang add ustaz ni? ke ustaz nak usha usha makwe? Bawak beristighfar ustaz. Dengar nasihat saya ni. Unfriendkan semua, meh sini kawan dengan kami.

8. ..
9. ..
10. ..
Haaa yang lain-lain korang isilah sendiri !

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat.”Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah s.a.w?” Kemudian baginda s.a.w bersabda: ”Iaitu riak... -

- Ya ya saya tahu mungkin bukan ustaz punya, ustaz copy paste. Saya baca ni dari ustaz, ustaz yang sampaikan..kiranya pengalaman ustaz lah jugak kan, atau saya tak boleh bersangka macam tu?

sumber: Fdaus Ahmad

*wani - wakakkkakaka

20 December 2013

Khamis, Malam JUmaat

satu perkataan yang sesuai untuk digambarkan dan menggambarkan aq sekarang --> sebuk.

minta nyawa, minta oksigen, minta kaki dan tangan lebih....
jadual aq yang sangat penuh. semuanya perlu ikut masa yang tekah ditetapkan.

memang sadis aq rasa... korang pernah rasa ke?

sabtu nih > pos kertas
isnin nih > email semua yang telah diterjemah
awal tahun depan > hantar semula semua kertas
hujung tahun nih > ada presentation
awal tahun depan > semua kerja-kerja berkertas yang perlu dikongsi bersama-sama rakan sejawat hendaklah diedarkan.

wani - wow... macam nak beli kereta baru je... macam nak peregi bercuti je... macam nak lari jer.... macam nak duk dalam gua je.... macam nak jadi penganggur emas je..

Related Posts with Thumbnails