09 July 2013

Lawak Hari Pertama Ramadan

" Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur untuk hari pertama.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Pelik bin ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku dalam hati.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala hotak engkau berjambul. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena sekolah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Mana engkau belajar Lailaturqadar "1st ramadhan"? Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah.. PANDAI! " sambung abah lagi.

^_^

kredit: Wujud

*wani - guling2 aq dok gelak sorang2

No comments:

Related Posts with Thumbnails