(sumber : westhavennow.org)
minggu lepas, hari khamis bersamaan 11hb Ogos 2010, 1 Ramadhan ..
aku telah di landa sakit gigi tahap teruk sungguh..
tak boleh cerita sakitnya...
sepanjang berada dalam kelas, seboleh-boleh aku senyap yang mungkin dan elakkan bunyi yang bising.
perghhh teruk betul.
habis kelas, terus balik rumah..bayangkan tiga jam punya perjalanan dengan sakit gigi yang tak boleh nak kata.
berbakul-bakul pesanan sudah ku tinggalkan kepada encik suami supaya suruh Doktor gigi di klinik yang SATU itu jangan ditutup..tunggu kepulanganku..
pabila sampai di rumah
encik suami berkata ; abang, sibuk sangat hari ini.
dengan linangan air mata sambil tangan sibuk memegang pipi (macam la boleh dipegang gigi yang sakit itu).
encik suami menambah lagi; kita pergi farmasi beli ubat tahan sakit dulu, pas itu singgah pasar ramadhan yee
sampai di farmasi
aku menunggu sahaja dalam kereta.
sampai di pasar ramadhan,
aku menunggu sahaja dalam kereta. terasa pemergian encik suami di pasar ramadhan terlalu lama..
20 minit terasa macam 20 jam..
nak makan ubat, puasa!
yang mampu dibuat menangis...(malunya rasa, menangis pasal sakit gigi)
waktu berbuka puasa di rumah
kena makan ubat dulu.
tak boleh nak makan banyak, gigi ku sakit
ane - macam mana la nak tahan ujian yang lain, kalau gigi sakit pun boleh menangis. cet!
1 comment:
dah selamat cabut pun
Post a Comment