Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

10 December 2013

surat jwpan kpd yg nk tmbah kuota...

Kepada:

En. Razaki

Surat daripada pihak tuan adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan, saya menolak permohonan berkenaan dengan hujah-hujah berikut.

Oooo..patutla asyik dok nyanyi lagu 'Madu Tiga', rupa-rupanya 'nak penuhkan kuota' la ye? Berani nampak? Ni bukan kuota bumiputera yang wajib kena penuh!

Sapa perempuan tak sedar diri tu, dah tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni?

Ni la perangai jantan, nak kahwin punya fasal semua duit simpanan dia sanggup habiskan. Dulu kata duit ASB tu untuk masa depan, rupanya untuk bini masa depan.

Abang kata untung dua-dua pihak? Cantik muka abang...ingat niaga barang ke! Cuba cakap sapa yang akan untung? Abang ke, saya?

Mak hoi! Sedapnya mulut kata saya tong drum habis tu yang abang tu masa mandi kaki pun tak nampak, jalan baru lima langkah dah penat, badan pun dah macam kungfu panda ada hati nak kahwin lain konon.

Kongsi? Abang ingat ni kereta ke?

Apa syif-syif? Ni bukan kerja kilang la!

Cewah-cewah nak dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan konon, kalau abang berani balik la rumah, kita tengok sapa yang nak senyum sapa yang nak meraung.

Oleh itu, permohonan tuan ditolak dan untuk makluman tuan, pihak saya sudah menyediakan segala peralatan untuk 'peperangan', itu pun kalau tuan berani untuk pulang ke rumah.

Terima kasih,

Sedia 'berperang' demi mempertahankan rumahtangga

Yang ikhlas Menjawab,
Rohana Jalil

kredit: komen Ina Omar

09 December 2013

[LAWAK] Surat rasmi dari suami untuk tambah kuota.

Razaki Hamid
No 393, Jalan Dedap 12,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Rohana Jalil
No 393, Jalan Dedap 12,
Saujana Utama 2,
Sg. Buloh.

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,
Suamimu...

11 November 2013

Cerita pasal PBS

Status saya pada hari ini masih berkisar pada PBS. Sahabat saya di sini ramai cikgu. Jangan marah. Baca dengan minda yang terbuka.

Masih ingat akan cerita perihal seorang ibu yang kata saya pembangkang gara gara saya terangkan pasal minyak naik RM0.20? Ingatkan? Rupanya jodoh saya panjang dengan ibu tersebut. Dia duduk di sebelah saya tadi. Bestkan? Dia mungkin lupa saya tapi saya masih ingat. Seolah olah baru semalam kejadian minyak itu. Dia pun membuka bicara mahu berbual. Alamak...takut...

" Kerja ke?"

Saya jawab tak. Saya surirumah.

" Anak tahun berapa?" semakin hebat dia bertanya.

" 4 "

" Ohhh....tak ada PBS lagi." Saya senyum je.

" Tapi anak saya tingkatan 1 dah PBS." Jawab saya.

" Macamana dia kat sekolah?"

" Biasa je," Jawab saya lagi.

" Ni le ye. Sistem pelajaran tak macam dulu. Susah nak pantau anak kita. Pandai ke tidak kita tak tahu."

Lalu saya biarkan dia bercakap mengenai PBS. Menurutnya banyak buruk dari baik. Akhirnya saya bersuara...

" Puan, ini sistem kerajaan kita yang buat. Kerajaan yang kita pilih. Baik buruk kita kena terima. Puan ni penyokong pembangkang ke?"

Dia tersentak sedikit. Dan saya pun bangun dan mencari tempat di belakang. Saya rasa menyesal juga. Tapi apa nak buat....Terlajakkkkkkk.


*wani - ya ampun kak... sy share x gtaw (tapi kredit tu masih ada taw :))
yg gedik2 nak share psl, masih lg terbayang diingatan cite pasal akak tu..naik dua posen je.. pastu dok rasa nak gelak2 tahap kung kang nyer. ngalir air mata. harap2, pasni makcik tu ingat le akak... lau x, kompom kuar lagi cite psl dia. hahahaha

01 May 2013

5 Sikap Wanita Melalui Bantal

WANITA merupakan insan yang dicipta oleh Allah sebagai teman kepada seorang lelaki. Hadirnya sebagai penyeri, dan lambang kepada kehidupan yang harmoni. Wanita terkenal dengan sikap mereka yang penyayang, sensitif dan lembut tetapi kadang-kadang agak mencabar seseorang lelaki. Tahukah sikap seseorang wanita itu dapat diketahui hanya dengan melihat aksi mereka dengan bantal mereka?

1. Memeluk Bantal
-Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja.
-Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.
-Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.
-Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.
-Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal
-Mereka biasanya kurang kenyakinan.
-Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping.
-Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal
-Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
-Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
-Mereka mempunyai sifat kurang baik.
-Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan.
-Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.
-Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.
-Mereka tidak suka berusaha.

5. Tidur tanpa Bantal
-Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.
-Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

*Korang yang mana? 1,2,3,4 atau 5.. hehe

sumber: CARI Malay Forum

wani - bantal pelukkkk kuuuu :P

23 November 2012

05 November 2012

SPM 2012



p/s - cg wani kata... ikat kertas guna benang.. angkat tangan gtaw kata nak ata je..


10 September 2012

Abang Gaya Gangnam

Seorang gadis yang panas dan humanle pada siang hari
Seorang gadis bergaya yang tahu bagaimana untuk menikmati kebebasan secawan kopi
Seorang gadis yang hatinya semakin panas apabila malam datang
Seorang gadis dengan jenis yang piuh

Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang adalah seperti panas seperti anda pada siang hari
Seorang lelaki yang satu-tembakan kopinya sebelum ia juga menyejuk
Seorang lelaki yang hatinya pecah apabila malam datang

Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei

Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam

Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam

Oppa adalah gaya Gangnam

Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam

Eh-Sexy Lady oh oh oh oh

Seorang gadis yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia memainkan
Seorang gadis yang meletakkan rambutnya apabila masa yang sesuai datang
Seorang gadis yang meliputi dirinya tetapi adalah lebih seksi daripada seorang gadis yang bares semua
Seorang gadis sensable seperti itu

Saya seorang lelaki
Seorang lelaki yang kelihatan tenang tetapi memainkan apabila dia bermain
Seorang lelaki yang pergi sepenuhnya gila apabila datang masa yang sesuai
Seorang lelaki yang telah membonjol idea dan bukannya otot

Itu jenis lelaki
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei
Cantik, loveable
Ya anda, hey, ya, anda, hei

Sekarang mari kita pergi sehingga akhir
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam, gaya Gangnam
Oppa adalah gaya Gangnam

Eh Sexy Lady, Oppa adalah gaya Gangnam
Eh-Sexy Lady oh oh oh oh

Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Di atas lelaki berjalan adalah manusia terbang, bayi bayi
Saya seorang lelaki yang tahu satu perkara atau dua
Anda tahu apa yang saya cakapkan

Oppa adalah gaya Gangnam

29 July 2012

Apakah MOOD anda hari ini?




Apakah MOOD anda hari ini? Cuba bagi simbol yang sesuai dengan MOOD anda sekarang.. Pilih2, yang mana satu..

sumber: Selamat Malam Sayangku

08 June 2012

Bangla Untuk Dijual


aq mau gelak besar-besar pagi ni. haha3

12 October 2011

Find the cat!


sumber: Anna Mancinelli Abbott

wani - anna, haah la  besaq gak biki mata nak cari ye

11 October 2011

Lawak Pengantin Baru

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat yang"

"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..

sumber: Wujud

wani - dah lama aku x baca lawak budu cam ni. haha3

06 October 2011

Tanya Sama Pokok

Lirik Pokok – Meet Uncle Hussain

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Chorus
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Ulang Chorus

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok




06 June 2011

Fakta berani mati

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom.
Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom
terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun
begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan
aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan
lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut.
Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga
tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan
Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh
jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu
'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi
kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat
depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih
lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu
sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat.
Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat
sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain
di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P. Ramlee tak pernah dapat Lesen P
sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L. Ramli
mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham
A. Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk.
Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur
dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir) -APiz-

sumber: Wujud

* wani - aku suka3*

25 May 2011

Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….


Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

p/s : betul ker? :)
(latifah cha)

sumber: Wujud

*wani - aku rasa yg part sms tu betul. yg lain --> x betul*

10 May 2011

Datuk Aimi Jarr Meninggal Dunia

(sumber:pakcik gugel)

Datuk Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar Alias Abdul Majid Puteh telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di rumahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Ketika hayatnya Allahyarham juga seorang pelakon dan penulis skrip sejak tahun 1962 yang pernah memenangi anugerah penulis lakon layar terbaik pada Festival Filem Malaysia. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah~

sumber: KRU Studios

*wani - dari-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali*

25 April 2011

Hikayata Merong Mahawangsa - KRU

aduh, aku dah langgan HMM oleh KRU yang disiarkan di Astro First. langganan selama 48 jam dah akan berakhir esok malam.

cuma, aku agak kecewa dengan cerita ini. mungkin aku agak kolot kerana apabila cerita sejarah diangkat ke dalam filem aku berharapkan memang cerita kolot macam tue. tak mahu tukar atau alih bahasa ke entah apa-apa entah lagi. aku rasa merong mahawangsa bukan sepatutnya dipegang oleh stephen rahman. terasa kaku sangat bahasa yang dipertuturkan setiap kali dia berkata-kata dalam bahasa melayu. tapi tuturkatanya dalam bahasa inggeris teramat ok. sedap dan lancar. terasa sangat perbezaan apabila dibandingkan dengan wan hanafi su, khir rahman & rahim razali setiap kali baris untaian kata-kata terkeluar daripada mulutnya.

sesungguhnya aku teramat kecewa dengan hasil kerja pemilihan pelakon. macam tak teliti rasanya. tapi siapalah aku ini, cuma penonton sahaja. tapi daripada segi muzik, best. KRU memang x pernah menghampakan aku sejak dari tahun 1992 lagi. hidup KRU!

*wani - aku membesar dengan KRU, beb!kalu, diorg dah tua, maknanya aku pun sama leeee*

21 April 2011

Hikayat Merong Mahawangsa di Astro First

akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk menonton cerita yang digembar gemburkan tersohor tu la. akan aku langgannya, bila encik suami balik kerja nanti. (apa barang layan cite sorang-sorang. haha3)


p/s - korang baca ke komplen si editor hiburan Harian Metro tue? aku teramat la setuju dengan pendapat dia. KRU3

* wani - sedetik lebih lagi...*

15 March 2011

Kamus Dewan Bahasa Baru

ISTILAH KELATE ( KIRIMAN ROKIMI BASRI )


1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

100% from Suko Kecek Kelate (Suka Cakap Kelantan)

*wani - ada negeri lain yang buat macam nie tak..bagitau aku ek*

12 March 2011

Sedetik Lebih

boleh jadi ring tone & halwa telinga yang menenangkan. tak bingit lagsung. cuma ini adalah tipikal anuar zain dan yang terbaik daripada Edry Halim (aku big fan KRU daaaa)



lirik lagu sedetik lebih (100% daripada lirikami)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd

11 March 2011

Related Posts with Thumbnails