13 November 2013

Rahsia ada pada bapa dan ibunya

Rahsia ada pada bapa dan ibunya...

Buat julung-julung kalinya di dalam sejarah khidmat sosial saya kepada masyarakat, saya telah digandingkan dengan seorang remaja cemerlang lelaki yang baru berusia 16 tahun dan sedang belajar di tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah.

Pada usianya yang masih muda ini beliau telah pun diamanahkan sebagai seorang ketua pelajar si sekolahnya. Selain daripada pencapaian akademiknya yang cemerlang, beliau telah pun menghafaz sebanyak 21 juzuk al Quran.

Begitu juga dengan 3 orang abang dan kakaknya yang sedang menuntut di beberapa buat universiti yang berlainan. Mereka semuanya adalah mahasiswa cemerlang dan penghafaz al Quran.

Apabila ditanya tentang rahsia yang dimiliki oleh adik beradik remaja cemerlang ini. Beliau mengatakan bahawa rahsianya ada pada ibu dan bapa mereka dengan katanya,

1-"Abah dan ummi kami sangat sibuk dengan kerjaya mereka sebagai doktor dan aktif dengan amal sosial. Namun abah dan ummi sentiasa memberikan masa yang berkualiti untuk kami semua. Kami merasakan bahawa abah dan ummi sentiasa menganggap kami semua penting dalam hidup mereka".

2-"Abah dan ummi sentiasa menitik beratkan disiplin kami dengan solat dan solat berjamaah. Abah sentiasa membawa kami ke masjid untuk bersolat berjamaah subuh setiap hari sejak kami berusia 5 tahun".

Inilah rahsia kenapa mereka berjaya dan mempunyai wawasan hidup yang jelas yang sentiasa dikongsikan oleh ayah dan umminya semenjak mereka kecil.

Subhanallah, saya mengenali ibu bapa mereka yang baik melalui persahabatan saya dengan mereka (secara luaran) sejak belasan tahun yang lalu tetapi saya sangat terkesima apabila anak-anak mereka sendiri sangat menyanjungi kehebatan dan pengorbanan ibu bapa mereka yang sehebat ini....

Semoga Allah memudahkan saya dan teman kenalan semua untuk menjadi ibu bapa yang soleh dan cemerlang agar terbina kelak keluarga dan masyarakat yang hebat.


*wani - mesti dipraktikkan!

No comments:

Related Posts with Thumbnails