06 March 2014

seorang ibu yg menghadapi masalah anak suka mencuri

Soalan :-

Assalam. Nk mintak pandangan abg Raja. Mcmana nak atasi anak berusia 9 thun suka mencuri duit simpanan ibu..maksud ...duit dlm almari....terima kasih byk2,.

Abangraja menjawab:-

1. Jangan letak duit dlm almari lagi letak kat bank atau kat tempat yg susah hendak di capai / kunci almari (Physical Approach)

2. Tulis memo / poster tampal tempat letak duit ... " Ibu tahu abang ambik duit ibu ... biarpun ibu tak nampak Allah nampak " (Psychological approach)

3. Solat dan doa kuat2 biar dia dengar ... lagi bagus kalau suami yg imamkan dan solat berjemaah lepas tu suami baca doa biar kuat sikit suara mintak biar anak2 jadi anak2 yg soleh dan solehah tidak mencuri dan menipu ... (Spiritual Approach)

4. Bagi anak minum air zam-zam dan tarik balik gadjet dan astro yg ada kartun ... benda2 tu jadikan hati anak kotor jika tak terkawal.(Biological Approach)

5. Sibukkan anak dgn aktiviti bersama ... anak yg sibuk dan seronok dengan aktiviti bersama parents takkan tergamak utk lukakan hati parents (Parenting Skills)

6. Doakan di ubun2 anak masa dia tidur "rabbana hablana min azwajina tu sampai habis then hembus atas ubun2 anak ..." (Spiritual Approach)

Selebihnya serah kat Tuhan ... sbb kadang2 kita dah buat mcm2 tapi kita tetap diuji dgn anak2 yg bermasalah ... bila ianya begitu maka kitalah pulak suami isteri yg kena bermuhasabah diri ... check balik solat kita mcm mana, sedekah kita mcm mana, zakat kita bayar cukup tak, hubungan dgn ibubapa, duit untuk mak ayah, hutang kita dgn orang dah bayar ke belum, hubungan dgn jiran dsbg ...

Insyallah ... dengan muhasabah diri Allah akan ubah anak2 kita jadi anak2 yg baik ...

kredit: Raja Shamri

No comments:

Related Posts with Thumbnails