22 July 2014

Gagal Bimbing Anak

Ibubapa Bekerja ... Bukan Alasan Gagal Bimbing Anak : BUKAN !

Berikut komen seorang rakan FB mengenai perkara berkenaan:
"ada anak murid saya yg sangat saya kagumi ibubapanya, wp kedua ibu bapa bekerja sampai malam pukul 9 baru malam baru berada di rumah tp Masyaallah sangat sopan orangnya, mendengar kata dan sangat rajin buat ibadat sunat seperti baca Quran, solat sunat Dhuha dll.....betapa mak ayahnya telah pasak asuhan agama yg kukuh dlm jiwanya....tapi ada juga mak yg xbekerja anak2 lewat ke sekolah sbb mak masih lagi tidor dan selalu ponteng dan mak xkesah....."
(NorHayati Mohammad)

Nilailah sendiri wahai ibubapa yang sibuk, sibuk, sibuk.
Sibuk tidak akan habis.
Kedua-dua ibubapa - fikir, renung dan rancang masa.
Utamakan yang utama. Perkecilkan yang kecil.
Kalau kita dapat kurang 50% perkara remeh yang tidak penting, nescaya banyak masa yang akan terluang untuk kita dengan anak.

Contoh perkara remeh / tidak penting:
1. TV, TV, TV ... bijak pilih program / masa tertentu saja - program yg langsung tak bina minda (penyet minda) pun tonton juga !!. Kekadang pengacaranya saja pun kita tahu orang yang langsung tidak boleh bina minda kita / minda anak kita !
2. Baca surat khabar (sudah 10 tahun saya henti amalan buang masa tu)
3. Bual kosong dengan jiran, kawan2 ....
4. Kini memanjang dengan internet ... ya termasuk di sini ... Facebook.
5. Window shopping.
6. Hadiri majlis/upacara tertentu yg kita tak hadirpun dunia tak kiamat
7. Beli 2-3 benda, buang masa 2-3 jam di shopping mall
8. Tidur siang dan lepak2 di rumah
9. ...... pasti ada lagi ikut situasi masing2.

Apa pula perkara utama yang perlu diutamakan:
1. Bimbing anak solat, lancar baca Qur'an dan lain-lain ibadah
2. Nasehat adab dan akhlak
3. Bicara mengenai pelajaran
4. Berbicara dengan anak tentang halatuju mereka
5. Nasehat kebijaksanaan memilih kawan
6. Nasehat belajar jimat wang ...
7. Malah banyak lagi ikut nilai / prinsip masing2.

Semua ini mesti dimulakan dari kecil.
Sebab diasuh dari awallah, maka catatan petikan di atas menjadi kenyataan.

Fikirlah sendiri wahai ibubapa
Ini anak kita
Ini masa depan anak kita
Ini zuriat keturunan kita

Kids need smart parents, not smartphone !
Your child needs your presence more than your presents !
Peluang mendidik anak sekali saja. Gunakan kesempatan itu !00% !
Hendak 1,000 daya, Mahu 1,000 cara


*wani - harta yang tidak ternilai. jika dibiarkan akan membawa kemudaratan kepada kita. gilaplah supaya menjadi permata yang berguna kepada kita dan orang lain di kemudian hari

No comments:

Related Posts with Thumbnails