25 July 2014

Baru Kenal 2 hari dalam FB ... dah berani keluar bersiar dgn jantan !!!



Baru Kenal 2 hari dalam FB ... dah berani keluar bersiar dgn jantan !!!

Sejak kebelakangan ini banyak saya meneliti hal berkaitan pornografi (lucah) di Malaysia sebab saya baru siap modul ceramah berkenaan. Terlalu banyak sangat gadis khusus usia Tkn 2 - 4 ditipu oleh lelaki yang dikenali menerusi Facebook.

Ada yang baru kenal 24 jam atau 2 hari dah diajak keluar dan kemudian dirogol. Itu yang dilaporkan dan mangsa beritahu ibubapa. Pasti tersangat banyak lagi yang sembunyi dan ibubapa turut sembunyi kerana malu.

Yang dirogol ? Tetapi yang suka sama suka dan lama-lama gian seks dan berulang2 buat benda terkutuk LAGI LAGI LAGI LAGI banyak, Nauzubillah minzaalik.

Mak ayah oooi ... jagalah anak. Kalau pandai buat anak. Kena pandai jaga anak. Buat anak pandai, jaga anak tak reti !!

Empat faktor:
a. Anak gadis yang masih mentah dan belum kenali dunia sebenar ... mudah sangat percaya lelaki yang bijak buat ayat pujuk rayu,
b. Mak bapak tak ambil tahu langsung anak gadis keluar dgn siapa dan kemana !! Sibuk tak akan habis sampai akhir hayat !
c. Mak ayah terlampau sayang kat anak belikan smartphone yang anak kemudian boleh access Facebook, WeChat, belajar selfie dsb. Perlu sangat ke smartphone ? Anak buat business apa ? Import export ?
d. Didikan agama yang nipis dan rapuh.

No comments:

Related Posts with Thumbnails