Showing posts with label tip. Show all posts
Showing posts with label tip. Show all posts

11 February 2015

Plus Size Clothing Di Malaysia

Selamat membaca wahai pengunjung yang singgah di tamu kecil saya.

Saya mahu berkongsi kepada pembaca wanita di Malaysia yang berminat untuk membeli pakaian bersaiz besar daripada penjual 'online' yang boleh dipercayai. Saya tidak mempunyai sebarang 'share' daripada penjual ini. Niat saya, hanyalah satu supaya pembaca wanita yang bersaiz besar tidak tertipu dengan penjual-penjual 'online' yang ........... (isi je lah sendiri. ayat tu. jika saya kata, menyusahkan org je. segaja nak merosakkan industri perniagaan online je. hampeh!)


10 February 2015

Viral atau virus atau dosa?





Viral

Sekarang ni jadi cerdik dalam media sosial jadi Viral, jadi bodoh pun jadi Viral, Cantik pun jadi Viral. Aib orang pun jadi Viral.

Yang paling Viral sekali ialah apabila ada orang melakukan salah dan ramainya penghukum penghakam keluar menggunakan keyboard untuk menghentam.

kredit: Pedang Hitam

09 February 2015

GET YOUR FACTS RIGHT!!!



GET YOUR FACTS RIGHT!!!
Ikut pekeliling KPM pd 4 Nov. 2011 oleh Menteri Pelajaran - "Soft Landing" PPSMI adalah sehingga tahun 2020. Bermakna - TIDAK salah jika mengajar Maths dan Sains dalam English.
MBMMBI diwujudkan BUKAN utk ganti PPSMI ya.., Jangan salah faham.

kredit: Dess Dahasry

08 February 2015

BUKU TEKS DAN BUKU RUJUKAN AKADEMIK TERPAKAI DIPERLUKAN

BUKU TEKS DAN BUKU RUJUKAN AKADEMIK TERPAKAI DIPERLUKAN - Salam semua, bagi yang ada buku teks terpakai sebaik-baiknya buku teks zaman sekarang (kalau nak bagi buku teks zaman LCE / MCE Senior Cambridge etc pun boleh. Kami dalam usaha untuk mengumpul buku-buku untuk kegunaan AKADEMI INSAN PRIHATIN - Sekolah bagi golongan asnaf, anak yatim, anak munfik dan wakif di Bandar Baru Bangi.

Berikut ialah bahan yang kami perlukan untuk anda jual pada harga terpakai ataupun nak wakaf terus;

1. Buku teks akademik - semua subjek dan jurusan termasuk agama, sains dan sastera.
2. Buku rujukan akademik tidak mengira penerbit
3. Buku rujukan O-Level / IGCSE
4. Buku-buku rujukan akademik universiti
5. Bacaan umum
6. Pengetahuan am
7. Pengetahuan Agama
8. Majalah ilmiah
9. Ensiklopedia
10. Dan lain-lain buku asalkan bukan pornografi, novel cinta, komik hiburan dan buku ajaran sesat smile emoticon

Jika tak dapat buku terpakai nak bagi buku baru pun kami tak kecil hati. Jika aa penerbit nak beri atau nak bagi diskaun yang menarik juga boleh dipertimbangkan. Kalau library nak dispose bahan bacaan lama juga boleh.

Buku ialah bahan ilmu. Wakafkan buku terpakai ialah satu kebajikan yang sentiasa berjalan. Please share semoga sharing anda menyampaikan mesej ini kepada mereka yang berkeinginan berbuat kebajikan.

Kalau nak pos boleh pos ke

AKADEMI INSAN PRIHATIN
7-49 Jalan Medan Pusat Bandar 8A
Bangi Sentral, 43650 Bangi
Selangor.
Whatsap : 0172267533

Kalau ada banyak nak serah sendiri boleh hantar di alamat yang sama juga dan buka setiap hari

Isnin-Jumaat : 9pg-7mlm
Sabtu Ahad : 11pg - 6ptg

Atau boleh hantar ke RPWP - alamat dan peta boleh lihat di www.prihatin.net.my di submenu ALAMAT

SAIFUL NANG
Akademi Insan Prihatin
(Sekolah milik penuh dan tadbiran RPWP)

07 February 2015

WAHAI ORANG YANG DICINTAI

Suami sibuk dengan kerjanya.. Sedang wanita ini walaupun sudah menjadi isteri, dirinya sangat perlukan perhatian. Sehinggalah Allah uji menagih perhatian itu dengan kesetiaan.

ISTERI : Abangg, hari ni saya masak sedap, lauk asam pedas kegemaran abang!

SUAMI : Abang dah makan.

ISTERI : Abangg, bawa saya pergi klinik yea esok, rasa nak demam..

SUAMI : Sikit je tu, makan je panadol. Kalau nak pergi, naik teksi. Abang kerja esok.

Hari semakin hari, banyak ditelan dengan sabar, dengan cinta menjalankan tanggungjawab setiap hari. Kemudian Allah uji... Tentang setia!

Hadir seorang lelaki yang ambil berat, selalu chat di FB, wassup, wechat, dan mula berkongsi masalah.. Hingga hadir perasaan.

"Sedangkan ada yang lebih menghargai aku..."

***** cerita atas adalah contoh suami yg kurang ambil hati isteri, jangan emo kata isteri curang. Point sebenar adalah di bawah ini :

BOLEH BERLAKU pada isteri, pada suami, dah kahwin, masa tunang dan masa hati mencintai seseorang untuk dijadikan pasangan hidup, namun pastinya ALLAH akan uji dengan kesetiaan begini.

Tetapkanlah wahai hati, cintamu adalah tanggungjawab. Yakinlah, jika kita berjaya lawan ujian ini, mengadu pada Allah jika hati rasa sakit, Allah akan bantu kita.

WAHAI ORANG YANG DICINTAI!
Pasanganmu boleh sahaja pergi kepada ramai lagi yang inginkannya, tetapi dia masih mencintaimu. Janganlah kamu sakitkan hati dia, dirinya hanya ingin perhatian dan cintanya dibalas sepatutnya! dan itu adalah amanah untukmu membahagiakan orang yang mencintaimu.

06 February 2015

Hidupnya asyik sempit

Seorang hidupnya asyik sempit. Dia ada anak 2 orang. Dia pun hairan kenapa hidupnya sempit. Isteri pun semakin tidak taat padanya. Asyik marah dan melawan.

Setiap hari dia asyik marah marah dan macam hilang punca. Mula syak bukan-bukan terhadap isteri. Isteri pun mula benci suami. Boleh kata setiap hari bergaduh dan ada barang terbang dalam rumah. Baling barang kerjanya.

Dia minta nasihat saya. Saya beri beberapa nasihat. Tapi dia jumpa lagi dan katanya dia buntu. Habislah hidup saya. Penuh masalah. Rezeki sempit.

Saya kata jom abang kita berdakwah dan baiki diri 3 hari di jalan Allah. Dia pun meluangkan masa di jalan Allah. Waktu malam dia mula menangis. Dia mula sedar betapa nilainya iman dan hidupkan rumahtangga dengan suasana agama. Dia mula berubah dan pulang ke rumah.

Katanya isteri saya masih belum brubah. Diajak dengar hadis dia tak mahu. Dia marah dan kata dia penat. Takdir Allah isterinya pula minta nasihat. Saya nasihatkannya ikut suami belajar iman dan luangkan masa 3 hari di jalan Allah

Dia pun meluangkan masa belajar iman..dia mula rasai keindahan cinta yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Wanita program di dalam rumah bersama wanita. Lelaki program di dalam masjid. Setiap pagi ada 'mulakat'. Iaitu suami akan jumpa isteri masing-masing secara privacy dan berbual tentang Islam dan tanya khabar. Macam cinta masa remaja.

Dua-dua mula pegang tangan dan memandang dengan cinta di antara satu sama lain. Macam kali pertama bercinta. Itulah hakikat cinta yang sebenarnya. Bila kita kasih kerana Allah.

Bawalah isteri kita sama-sama belajar iman, belajar ilmu dan berada di jalan Allah. InsyaAllah hidayah Allah akan mencurah-curah. Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Semalam ia masalah berat. Bila balik pada Allah masalah paling berat menjadi sangat ringan- ebit lew

kredit: Ebit Lew

05 February 2015

Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.

Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun.

Pantang 44 hari.
-Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.
- Pantang suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
- Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat.
- Pantang excercise yg hardcore.

Pantang setahun
- Minuman berais
- Pantang laksa dan pulut

Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari

- Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis

- Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.

- Mandi Serum. Amalkan masa haid.

- Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.

- Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.

- Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu

kredit: Siti Aishah

02 February 2015

Di Mana Kau, Ubat?

Hari ini saya berbual dengan jiran sebelah rumah. Isteri uncle Jimmy
Rupanya dia jururawat bersara dan sekarang melakukan kerja amal.
Banyak cerita yang off record menyedihkan di Malaysia ini..
Aunti berjalan kaki 10 jam di cameron untuk bertemu orang asli..
Mereka tak mahu gula-gula mereka tidak mahu makanan tetapi mereka mahukan ubat. Ubat tidak pernah sampai kepada mereka orang asli.
Mereka terbiar.
Selalunya beliau ke penempatan orang asli dengan para doktor.
.Pernah katanya, seorang lelaki tercucuk kayu dan bila mereka sampai. Ulat sudah memenuhi kaki kerana perubatan tradisional orang asli tidak mampu mengubatinya.
Walau beliau seorang jururawat tidak pernah beliau melihat keadaan yang busuk begitu.
Ubat sekarang amat mahal..
Jadi salah satu cara, meminta farmasi ubat yang hampir expired..

Terdengar dengar kata aunti tersebut..
Mereka bumiputra. Mereka penduduk asal. Kalau saya ini orang politik kata dari China. Pendatang walau saya lahir di Malaysia, tapi itu orang asli. Penduduk asal kena dinafikan haknya?
Banyak kami bualkan, banyak yang menyedihkan..
Pedih, sedih..sampai bila kita mahu berubah...oh Malaysia..

01 February 2015

Doa Untuk Yang Tersayang

"Kau nak doakan yang baik-baik orang yang telah aniaya kau buat apa? Baiklah kau doakan kawan-kawan yang baik dengan kau, yang sayangkan kau dan hidup ini biarlah berjalan terus. Orang yang aniaya engkau itu serahkan kepada Allah dan terpulang kepada Allah untuk menghukumnya atau tidak....."
Ya hidup ini harus berjalan terus akur saya dalam hati..

05 August 2013

cukup dengan Astaghfirullah

Just nak share Tazkirah Ramdahan mlm ni berkenaan istighfar ( cukup dengan Astaghfirullah).

Kata Ustaz kalau kita nak murah rezeki- Istighfar

kalau kita banyak masalah atau ada hajat- Istighfar

Ada satu kisah, pada suatu mlm imam Ahmad Bin Hambal singgah di satu Mesjid, selepas beribadat maka beliau pun tidur disitu,

Tiba2 datang seorang AJK mesjid menghalau beliau (tak kenal dgn beliau), kerana tak mau org lain juga nanti tidur dimesjid.

Maka keluar lah beliau dari mesjid itu di malam yg dingin itu tanpa berkata apa2/melawan.

Tiba2 datang seorang lelaki mengajak beliau menginap dirumahnya, beliau adalah seorang penjual roti.

Semasa dirumah tersebut, beliau menyedari penjual roti itu terus bekerja sambil tidak putus2 ber istighfar.

Beliau bertanya kepada penjual/pembuat roti tersebut, " didalam dunia ni adakah ada hajat anda yg tidak dimakbulkan"?

Maka jawab lelaki tersebut" semua hajat ku dimak bulkan kecuali satu sahaja" aku mendoakan semuga di pertemukan dengan ulama terhebat zaman ini iaitu Imam Ahmad bin Hambal' tapi masih belum mencapai hajat.

maka jawabnya, Allah memakbulkan doa mu, " aku lah imam Ahmad...

Mari sama2 lah kita beramal, sekiranya ada kekurangan @ salah dan silap ada lah dari kelemahan saya.

All the best.


*wani - senangkan. amalkan selalu. masa memasak, masa pandu kereta, masa senggang kita...

07 April 2013

Pegawai Khidmat Pelanggan

Semalam (Rabu) aku bersama isteri ke pasaraya Giant di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru untuk membeli barangan dapur, sama seperti anda semua. Ya, aku juga manusia biasa yang pergi ke Giant. 

Hampir setiap bulan kami ke pasaraya ini. Beratus kami berbelanja di pasaraya ini. Kalau dihitung, didarabkan dengan beberapa tahun kami di sini, seharusnya kami dikategorikan sebagai pelanggan tetap dan boleh dapat reward!! 

Malangnya rak barangan tak mampu mengecam kami. Begitu juga troli yang kami gunakan yang kadangkala mengeluarkan tenaga statik di lengan aku.

Seperti biasa, minuman antara barangan yang dibeli, antaranya susu soya dan susu rendah lemak. Yelah kot esok lusa nak jadik guru yoga.

Kebetulan Tropicana Twister yang menjadi favourite kami dijual pada harga promosi iaitu RM10 bagi dua botol.

Isteri comelku mengambil dua botol memandangkan kami mampu menjimatkan hampir RM5. Ya, buat kami rakyat marhaen, RM5 sangat bernilai. "Apalah,RM5 pun berkira." Memang kami berkira sebab ia dari rezeki yang halal dan dari keringat titik peluh sendiri maka perlulah berkira dan kalau dikumpul 1,000 kali, dah boleh beli tiket AirAsia pergi balik Australia.

Kami memang gemar membeli barangan keperluan pada hari biasa bagi mengelak que yang panjang.

Kami ke kaunter 8, kira-kira jam 11.40 pagi dan terdapat dua kakitangan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mengikut resit pembayaran, kaunter itu dikendalikan juruwang Jaganathan Goundar dan dia dibantu seorang staff wanita untuk pembungkusan (packer).

Sebelum kami tiba, mereka rancak berbual. Ketika barangan kami diimbas untuk dihitung harga, mereka tetap berbual tanpa henti tanpa memperdulikan kami. 

Aku hanya menoleh dan menggelengkan kepala terhadap sikap kedua kakitangan itu. Ya, mereka langsung tak peduli. Mulut berterusan berbual dan kadangkala kakitangan lelaki langsung tidak melihat produk yang diimbas sebaliknya matanya tersorot ke arah rakannya.

Aku terus berbisik kepada isteri - "Once we checked out, you better check the receipt. I boleh bet kita kena overcharged atau ada duplication." Isteriku mengangguk.

Kami beredar perlahan dari kaunter pembayaran itu sambil isteri meneliti resit dan seperti yang dijangkakan, ada overcharged.

Dua botol Tropicana Twister yang sepatutnya berharga RM10 dicaj mengikut harga normal biarpun terpampang di rak minuman itu, harga promosi. Sebagaimana tertera pada resit, produk yang disirikan sebagai 4061675 dicaj RM6.49 setiap satu.

Kami terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan. 

Di sinilah drama samseng berlaku.

Kami menghampiri kaunter KHIDMAT PELANGGAN atau Customer Service Giant yang terletak di luar pintu masuk ke hypermarket itu. 

Terdapat tiga kakitangan di situ dan apabila kami mengajukan masalah kami terhadap overcharged itu, salah seorang kakitangan wanita, Fajariah Mohd Anuar, meminta kami memberikannya resit pembelian. Isteri menunjukkan kepadanya dan menjelaskan tentang harga sebenar yang dipromosikan.

"Tunggu sekejap, saya kena check," katanya dan terus beredar. Dia berjalan keluar dari kaunter secara perlahan dan tiada langsung menampakkan terdapat satu urgency untuk pelanggan yang terpaksa menunggu disebabkan kesalahan berpunca dari Giant sendiri.

"Dik, mintak tolong ya dik, kalau boleh cepat sikit," aku sempat menegur pada kakitangan Giant itu. Aku dah dapat nama penuh dia 
Dia sempat menoleh dan berlalu pergi. Ohh, dia menoleh tanpa sebarang senyuman atau jawapan dia cuba untuk tidak melengahkan pelanggan yang menuntut lebihan akibat kesilapan dari majikannya itu.

Untuk rekod, ini bukan pertama kali kami terpaksa memeriksa resit kami dan mendapati terdapat lebihan caj pada harga dan berbeza dari harga promosi. Maka, persoalan aku ialah, adakah ini taktik Giant mengaburi pelanggan supaya mengunjungi pasaraya mereka dan pelanggan yang kurang periksa pasti menjadi mangsa mereka?

Jika mereka memberikan alasan teknikal, ia adalah jawapan yang sangat memperbodohkan pasaraya itu sendiri kerana ia bukan pertama kali berlaku dan seharusnya masalah teknikal seperti itu tidak berulang, apatah lagi mereka mempunyai rangkaian yang besar dan mampu mempertingkatkan sistem mereka. 

Bayangkan, jika ada 10 pelanggan yang kurang periksa. Tidakkah itu keuntungan berganda kepada Giant? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seharusnya menjalankan pemeriksaan lebih giat dalam memastikan peniaga lebih beretika dan tidak memperdaya pelanggan dengan taktik seumpama ini.

Itu jika 10 pelanggan. Bagaimana 100? Adakah Giant mengharapkan semua pelanggan akan sentiasa memeriksa resit mereka? Mana integriti mereka? Mana kejujuran mereka? Aku pasti ramai yang sudah terkena.

Hampir 10 minit, kakitangan KHIDMAT PELANGGAN yang memakai tag nama Fajariah itu kembali ke kaunternya. 

Mungkin dia mengambil masa begitu lama kerana terpaksa bersesak sesak di kalangan pelanggan pada hari yang sunyi itu. Kami lihat, dalam kepayahan Fajariah berjalan di celah celah pelanggan yang terlalu ramai pada hari sunyi di pasaraya itu, dia sempat berhenti untuk berbual seketika dengan rakan setugas.

"Nak 10 minit kami tunggu. Apsal lama sangat?" Aku bertanya. 

"Saya kena check lah harga dia," katanya dengan nada mendatar.

Seharusnya, memandangkan aku pernah mengetuai team Khidmat Pelanggan di pasaraya di Johor Bahru ini, jawapan pertama yang pasti keluar dari kakitangan aku ialah: "Maaf encik terpaksa tunggu." Dan dulu, aku turut train staff aku untuk nampak seperti tergesa gesa untuk memperlihatkan keseriusan bagi menyelesaikan masalah pelanggan. 

Fajariah tidak. Dia membuat keputusan bahawa aku dan isteri bukanlah pelanggan, tetapi seperti datang ke situ untuk mengutip derma.

"Memang salah harga. Isi borang ni," katanya. Aku faham tetapi aku ada jelaskan pada Fajariah ini, kami perlu cepat. Dia tetap bertegas bahawa ini kehendak pengurusan. 

Ok aku faham. Kehendak pengurusan Giant adalah lebih giant dari keperluan pelanggan yang berbelanja di pasaraya itu. Pelanggan tak perlu diutamakan di Giant. 

Ketika isteriku mengisi borang, dia ada bertanya pada aku:

"Ada kolum IC dengan nombor telefon ni, nak tulis jugak ke?

"Tak payah, bukan salah kita, this is Giant's fault for deceiving us," jawab ak.

"Dik, kami nak cepat ni, tak boleh ke ringkaskan proses ni, dahlah awak lama sangat pergi check tadi, ini bukan salah kami sebab salah charge, tapi kami pulak jadik mangsa kena tunggu," aku MEMOHON sedikit toleransi daripada kakitangan KHIDMAT PELANGGAN itu.

"Tak boleh encik. Ini apa yang management nak. Saya kena ikut management," katanya dengan suara sedikit tinggi. 

"Ya saya tahu ini kehendak management awak tapi kami kan pelanggan, takkan awak rela hilang pelanggan yang jadik mangsa disebabkan kesilapan majikan awak?

"Tak boleh encik, ini polisi management," katanya, berdegil. Aku tahu, aku pernah berada mengetuai khidmat pelanggan dan apa yang dilakukan Fajariah ini adalah sesuatu yang sangat dangkal. Mungkin, the same pengurusan tak train budak ni untuk handle customer by discretion. 

Sebaik isteriku melengkapi borang dan serahkan pada Fajariah, dia menyuruh kami kembali ke kaunter 8 dan menunggu Chief Cashier untuk pemulangan wang!!

"Akak kena pergi balik kaunter tadi dan tunggu chief cashier untuk dapatkan duit balik," katanya. 

Isteriku persoalkan - kenapa kami nak ke sana ke sini pulak. Ini bukan salah kami. You all salah, pastu nak menyusahkan customer pulak. Kenapa tadi awak tak bawak form ni dan ajak kami terus pergi kaunter tu? Dahlah tunggu awak check harga (sangat) lama! Ada logik jugak apa yang isteri aku cakap.

Aku menyampuk:

"Dik, takyahlah susahkan kami. Kami nak cepat ni. Takkan you all salah, kitaorang pulak kena susah?"

"Ini polisi management. Saya kena ikut polisi management," katanya dan kali ini suaranya sudah sedikit tinggi.

"Ya saya tahu, saya taknak tunggu, awak pergi settlekan."

"Kan saya dah cakap, ini management punya polisi, ikut jerlah," jerit Fajariah kuat dan tangannya menampar permukaan kaunter dengan kuat.

Kami terkejut. Tindakan itu sangat menghina. Sangat.

Aku mempersoalkan sikap kakitangan KHIDMAT PELANGGAN ini yang menunjukkan sikap samseng terhadap pelanggan yang mahukan kerjasama dari mereka namun terus diherdik tanpa henti.

Terdapat seorang pengawal keselamatan tak jauh dari kami dan dia hanya memerhati lewa terhadap insiden itu. Mungkin tak penting kot. Lagipun pasal customer kan. Dia peduli apa.

Aku menghampiri pengawal keselamatan itu dan memintanya memanggil pengurus.

Seorang lelaki Melayu datang ke kaunter itu yang pada awalnya aku kurang yakin dia adalah pengurus. Aku akan ceritakan kenapa aku tak yakin dia pengurus, di penghujung entry ini.

"Saya nak jumpa manager, bukan awak." Aku tahu pengurus cawangan itu adalah seorang lelaki India kerana baru beberapa minggu lalu aku ada menelefon pengurus itu.

"Saya manager on duty." katanya.

Aku menceritakan kepadanya mengenai insiden yang berlaku dan aku agak kecewa dengan latihan atau common sense yang ada dalam pengurus itu.

"Kami akan tengok cctv nanti," katanya berulang kali.

Aku rasa itu juga polisi Giant yang diajar pada kakitangan mereka cara menyelesaikan masalah pelanggan.

"Saya bukan cerita pasal cctv, saya nak tanya kenapa staff customer service biadap, tampar meja, tengking kami?" 

That manager on duty terdiam. Dalam hati aku, kalau sekali lagi dia cakap nak tengok cctv, memang aku suruh dia balik office dia jek.

Sambil itu, Fajariah tetap mengeluarkan kata-kata kurang elok termasuk pergilah report polis, tengok siapa kena angkut karang. Selain bersikap samseng dan kurang ajar, rupanya kakitangan KHIDMAT PELANGGAN boleh mengugut pelanggan untuk membuat laporan polis?

Aku pelik, kenapa pulak aku nak report polis? Aku patut report pada Jabatan Agama Islam Johor supaya sediakan kelas adab dan fardu ain untuk dia dan pengurusan Giant sebenarnya. Itu lebih tepat. Mereka juga perlu daftar untuk belajar apa itu customer service. Dengan apa yang aku lalui, jangan mudah sangat pakai definisi itu kerana ia menghina maksud sebenar customer service.

Sambil aku bercakap dengan manager-on-duty itu juga, Fajariah masih sempat menengking isteri aku untuk memberikannya resit pembelian disaksikan dua kakitangan dari cashier dept yang datang untuk memulangkan wang kami. Eh boleh pulak datang ke kaunter tu? Pelik tak?

Untuk rekod, manager-on-duty yang memperkenalkan diri sebagai Murad, yang terdengar tengkingan itu, menyuruh kakitangan KHIDMAT PELANGGAN bernama Fajariah untuk pergi pejabat namun tidak diendahkan.

"You tengok perangai dia. You nak tengok cctv apa lagi? Ni depan mata ni," kata aku pada Murad dan kami sama-sama menoleh ke arah Fajariah yang masih meluahkan kemarahannya. 

Aku rasa Giant mendidik kakitangannya untuk memastikan pelanggan datang menyembah mereka dan melutut pada mereka, yelah sebab nama mereka Giant kan.

Dan berbalik kepada Murad, sehingga jam 10 malam semalam iaitu hampir 12 jam insiden itu berlaku, langsung tiada satu pun panggilan telefon dari pihak Giant untuk memberi penjelasan atau permohonan maaf dari mereka. Maka aku anggap dia bukanlah Manager-On_Duty tetapi penyusun produk di salah satu rak di hypermarket itu.

Aku tak terkejut jika ada kalangan pembaca yang mengalami nasib yang sama sebagaimana pernah ditulis Mazidulakmal Sidik di capaian berikut: Periksa Bil Jika Ke Giant Kota Damansara.

Untuk rekod, Mazidul mengalami masalah harga di hypermarket yang sama pada 2009 ! Kita sudah di tahun 2012 !! Apakah alasan Giant terhadap masalah harga ini? Kemungkinan bahawa mereka menggunakan taktik menipu pelanggan ini tidak boleh dipandang sepi.

Dan ada juga blog lain yang aku temui menulis perkara yang sama mengenai penipuan harga dan ini mengukuhkan lagi keyakinan bahawa Giant menggunakan taktik ini sebagai untuk menarik pelanggan:

1. http://wcsronnie.blogspot.com/2010/10/giant-hypermarket-real-giant-killer.html

Jika anda mempunyai pengalaman yang sama dan pernah menulisnya, kongsikan di ruang komen bersama alamat URL.

Dan aku SANGAT yakin sikap kurang ajar dan samseng mengherdik pelanggan adalah salah satu Standard Operating Procedure (SOP) Giant. 

Dan Giant juga perlu tukarkan slogan mereka dari Harga Rendah Tiada Tandingan kepada Harga Tipu, Tiada Tandingan (Kerana kami samseng).

Disebabkan insiden ini, aku dan isteri telah buat keputusan untuk memulaukan Giant atas dasar penipuan harga dan cara samseng yang dipraktikkan mereka terhadap pelanggan. 

Dan aku pasti, anda juga mampu berbuat demikian kerana kita ada banyak pilihan lain termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

BOIKOT GIANT !

Sebarkan entri ini supaya ia menjadi iktibar kepada pengusaha hypermarket lain untuk mengutamakan pelanggan dan sebagai satu isyarat, berniaga secara samseng hanya dilakukan peminjam wang haram.

Seriously, kita perlu BOIKOT peniaga yang tidak jujur seperti ini.

PENGAJARAN YANG BAIK UNTUK KITA SENTIASA BERHATI-HATI
HYPERMARKET MENIPU
Read more: http://www.hazrey.com/2012/07/863-hypermarket-giant-menipu-pelanggan.html#ixzz2NPEhPUpt

sumber: Khalid Adran

*wani - wooooooo ni antara sebab aq maleh nak g hypermarket... mmg lepas bayar, 100% kena check resit, walaupun, masa cashier tengah scan barang pun mata aq macam apa dok tengok harga barang kat mesin scan tu..

29 March 2013

Sayangi buah pinggang anda

Kredit : Doctors & Hospital

*wani - benda kecik-mecik yang selalu kita abaikan. Maka, jadi tabiat sebab sudah jadi rutin harian. Jom audit diri semula pemakanan kita

Related Posts with Thumbnails