06 February 2015

Hidupnya asyik sempit

Seorang hidupnya asyik sempit. Dia ada anak 2 orang. Dia pun hairan kenapa hidupnya sempit. Isteri pun semakin tidak taat padanya. Asyik marah dan melawan.

Setiap hari dia asyik marah marah dan macam hilang punca. Mula syak bukan-bukan terhadap isteri. Isteri pun mula benci suami. Boleh kata setiap hari bergaduh dan ada barang terbang dalam rumah. Baling barang kerjanya.

Dia minta nasihat saya. Saya beri beberapa nasihat. Tapi dia jumpa lagi dan katanya dia buntu. Habislah hidup saya. Penuh masalah. Rezeki sempit.

Saya kata jom abang kita berdakwah dan baiki diri 3 hari di jalan Allah. Dia pun meluangkan masa di jalan Allah. Waktu malam dia mula menangis. Dia mula sedar betapa nilainya iman dan hidupkan rumahtangga dengan suasana agama. Dia mula berubah dan pulang ke rumah.

Katanya isteri saya masih belum brubah. Diajak dengar hadis dia tak mahu. Dia marah dan kata dia penat. Takdir Allah isterinya pula minta nasihat. Saya nasihatkannya ikut suami belajar iman dan luangkan masa 3 hari di jalan Allah

Dia pun meluangkan masa belajar iman..dia mula rasai keindahan cinta yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Wanita program di dalam rumah bersama wanita. Lelaki program di dalam masjid. Setiap pagi ada 'mulakat'. Iaitu suami akan jumpa isteri masing-masing secara privacy dan berbual tentang Islam dan tanya khabar. Macam cinta masa remaja.

Dua-dua mula pegang tangan dan memandang dengan cinta di antara satu sama lain. Macam kali pertama bercinta. Itulah hakikat cinta yang sebenarnya. Bila kita kasih kerana Allah.

Bawalah isteri kita sama-sama belajar iman, belajar ilmu dan berada di jalan Allah. InsyaAllah hidayah Allah akan mencurah-curah. Hidupkan rumah dengan bacaan Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Semalam ia masalah berat. Bila balik pada Allah masalah paling berat menjadi sangat ringan- ebit lew

kredit: Ebit Lew

No comments:

Related Posts with Thumbnails