Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

09 February 2015

GET YOUR FACTS RIGHT!!!



GET YOUR FACTS RIGHT!!!
Ikut pekeliling KPM pd 4 Nov. 2011 oleh Menteri Pelajaran - "Soft Landing" PPSMI adalah sehingga tahun 2020. Bermakna - TIDAK salah jika mengajar Maths dan Sains dalam English.
MBMMBI diwujudkan BUKAN utk ganti PPSMI ya.., Jangan salah faham.

kredit: Dess Dahasry

31 March 2014

Pusat Sehenti Terbaik

Klik je mana yang berkenan.
Ini hanya jika anda memerlukannya.
Jika anda baru hendak berjinak-jinak membuat 'persembahan' sendiri.
Ini yang terbaik.

Untuk siapa?
Cikgu, Pelajar sekolah, pelajar universiti, orang perseorangan yang memerlukan persembahan dengan cara yang mudah :)

1. flipsnack

2. Prezi

3. cooltoolsforschools

4. Vimeo

5. TeacherTube

6. Educational Technology and Mobile Learning

7. BioDigital Human

8. Youblisher

9. Hot Potatoes

jadi, boleh tinggalkan persembahan yang menggunakan 'power point' tu je. jom, keluarkan diri dari zon selesa. kita gunakan yang gaya baru.

14 November 2013

Harap2 cerita di bawah bukan isteri tuan-tuan...

Harap2 cerita di bawah buka isteri tuan2...

Maafkan saya Abang.......
Kisah dilema seorang Guru Wanita antara Kerja..Suami... Keluarga....

Anak : Mama, adik lapar la...
Guru : Ehh... adik ni, td kan mama dh belikan KFC
Anak : Tapi mama... adik blom mkn pon lg....
Guru : Laa.. knp adik tak mkn.. mama belikan mkanan kegemaran adik tu...
Anak : Adik nak makan bersama mama.. dr td lg adik tunggu... tapi.. mama asyik dengan laptop jer ...
Guru : Mama tengah sibuk isi markah pelajar mama la sayang....
Anak : kalau macam tu adik nak jd pelajar mama lah.... ( ingin perhatian kasih sayang ibu )
Guru : Adik, waktu sekarang sistem tengah laju ni... adik ajak papa lah makan....
Anak : Papa kan keluar tadi.. belom balik pon lagi....
Guru : Oh lupa la... Alamak...!!! dah pukul 12.45 tgh malam.... Sayangnye nak tinggalkan kerja ni...

1 JAM KEMUDIAN...

Guru : Abang baru balik...... abang pegi mana...? selalu keluar balik lewat malam.. dula tak macam ni..
Suami : Awak pon dulu tak macam ni....
Guru : Apa abang cakap nie... Saye tak penah pon keluar rumah...
Suami : Memang awak tak keluar rumah.... tapi awak pon tak pernah wujud kat rumah...
Guru : Kenape ni bang.... saya tak faham...
Suami : Bila saya balik kerja.. awak ckp tak sempat masak balik lewat petang ada aktiviti kat sekolah..
saya mengadap TV awk buka buku latihan budak-budak... bila saya masuk tidur, awak pula
masuk “online”.. ..
Guru : Tapi saya terpaksa buat semua tu bang... Kat sekolah mana sempat.... banyak lg kerja lain yang
nak kena siapkan...
Suami : Saya tahu, tapi saya pon rimas tengok awk mcm ni setiap hari kat rumah... saya kesunyian... saya
tak nak marah awak bt kerja kat rumah... tapi... awk tak perlu pertikai jika saya keluar setiap
malam.
Guru : Saya TERPAKSA bang.... saya terpaksa AKUR dengan semua arahan....
Suami : Okey....!! Awak pon terpaksa akur lah jika saya cari teman untuk berbual diluar...
Guru : Tapi abang..... inikan sebahagian kerja saya... Saya terpaksa siapkan kat rumah....
Suami : Isteri kawan saya tak ada pon kerja sampai kat rumah.... Tengok isteri si Leman tu.. Setiap
petang boleh keluar berjalan dengan anak-anak, hujung minggu pon boleh cuti berehat kat
rumah.. tapi awak tidak... hujung minggu pon kena “attend” kursus... Baik awak kerja pejabat
mcm isteri Leman tu...
Guru : Maafkan saya abang..... saya akui kurang masa bersama abang dan anak-anak ( sambil menagis) tapi... kalau saya tak siapkan nnt saya akan mndapat susah... guru memang macam ni bang.... kat pejabat hanya memberi arahan... tapi kami yang laksanakan....

CERITA INI BERKESUDAHAN DENGAN PELBAGAI SITUASI.... SEMUA INI BERGANTUNG KEPADA ANDA DAN PASANGAN ANDA.......

Mgkinkah akn blku situasi sebegini?
Jom lihat senarai tugas guru 2014
1 E-Operasi
2 E-Pangkat
3 E-Prestasi
4 HRMIS
5 SPLG
6 E-Tukar
7 E-Profil
8 SPPBS
9 Psikometrik
10 E-SPTS
11 APDM
12 SPS
13 SAPS
14 SARANA IBU BAPA
15 Guru Penyayang
16 Mentor Mentee
17 Minda Sihat
18 L4
19 Konsep Kendiri
20 DWEN
21 VLEFrog
22 e-Nilam
23 zoom A
24 EMIS
25 SSDM
26 SSQS
27 NKRA - LINUS
28 e-kehadiran
29 IQ-PSS
30 PROTIM
31 1M1S
32 Myspata
33 E-mateks for spbt
34 E-bulk for spbt
35 Ujian komptensi ICT
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
37 penandaan buku latihan, bla
38 gubal soalan ujian
39 penghasilan abm
40 persediaan buku rekod mengajar
41 penetapan etr / kpi setiap subjek
42 aktiviti persatuan
43 aktiviti sukan
44 aktiviti koakedemik
45 kajian tindakan
46 spsk (johor)
47 keceriaan kelas
48 latihan kebakaran dan kecemasan
49 kem motivasi
50 kemaskini fail kurikulum
51 program susu sekolah
52 program pemulihan pengayaan
53 peka/pafa
54 pelaporan guru bertugas harian
55 program sekolah selamat
56 pelaporan kantin
57 persiapan padang dan balapan
58 program akses kendiri
59 program pecutan upsr/pmr/spm
60 kelas tambahan cuti sekolah
61 projek hikmah
62 galeria sekolah
63 pengurusan stok dan rekod
64 pengurusan panitia
65 tidak termasuk tuntutan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa seperti kurss, taklimat, bengkel, seminar, kolokium, simposium, dll

amacam... mmg hebat jadi cikgu kan3x ....dan tambah satu lagi utk guru-guru sc & math yg terbaru e-KBAT . Bersedia utk kursus on-line dan off line


*wani - ada owg paham ke? atau buat2 x paham.....

11 November 2013

Cerita pasal PBS

Status saya pada hari ini masih berkisar pada PBS. Sahabat saya di sini ramai cikgu. Jangan marah. Baca dengan minda yang terbuka.

Masih ingat akan cerita perihal seorang ibu yang kata saya pembangkang gara gara saya terangkan pasal minyak naik RM0.20? Ingatkan? Rupanya jodoh saya panjang dengan ibu tersebut. Dia duduk di sebelah saya tadi. Bestkan? Dia mungkin lupa saya tapi saya masih ingat. Seolah olah baru semalam kejadian minyak itu. Dia pun membuka bicara mahu berbual. Alamak...takut...

" Kerja ke?"

Saya jawab tak. Saya surirumah.

" Anak tahun berapa?" semakin hebat dia bertanya.

" 4 "

" Ohhh....tak ada PBS lagi." Saya senyum je.

" Tapi anak saya tingkatan 1 dah PBS." Jawab saya.

" Macamana dia kat sekolah?"

" Biasa je," Jawab saya lagi.

" Ni le ye. Sistem pelajaran tak macam dulu. Susah nak pantau anak kita. Pandai ke tidak kita tak tahu."

Lalu saya biarkan dia bercakap mengenai PBS. Menurutnya banyak buruk dari baik. Akhirnya saya bersuara...

" Puan, ini sistem kerajaan kita yang buat. Kerajaan yang kita pilih. Baik buruk kita kena terima. Puan ni penyokong pembangkang ke?"

Dia tersentak sedikit. Dan saya pun bangun dan mencari tempat di belakang. Saya rasa menyesal juga. Tapi apa nak buat....Terlajakkkkkkk.


*wani - ya ampun kak... sy share x gtaw (tapi kredit tu masih ada taw :))
yg gedik2 nak share psl, masih lg terbayang diingatan cite pasal akak tu..naik dua posen je.. pastu dok rasa nak gelak2 tahap kung kang nyer. ngalir air mata. harap2, pasni makcik tu ingat le akak... lau x, kompom kuar lagi cite psl dia. hahahaha

10 August 2011

Hidupku

semuanya datang serentak dan aku dikelilinginya..... setiap hari...



 rasa macam dihempap-hempap oleh beribu-ribu perkataan setiap hari......bukan ribu dah... dah masuk tahap riban. huhu



kan best lau perkataan yang datang menderu-deru dan memeluk mesra aku. tak ada la aku pening lagi


wani - aku pening nak siap tesis nih ):

30 May 2011

BERSAMA MENCEGAH BULI

Laporan daripada Guang Ming Daily mendedahkan bahawa masalah pelajar kena buli adalah amat dikesali kerana pelajar merupakan pemimpin masa hadapan negara. Merujuk kepada rakaman-rakaman video yang dilaporkan ini, Polis menyeru supaya pelajar yang menjadi mangsa, ibu bapa, guru ataupun mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil ke hadapan membuat laporan dan membantu siasatan polis.

 INGATAN KEPADA PEMBULI:

Tindakan anda mengugut atau mencederakan pelajar lain adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap anda.

NASIHAT PDRM KEPADA PELAJAR

1. Jadilah pelajar yang bijak lagi peka. Gerak hati anda mampu mengesan sesuatu situasi bahaya. Jika sekumpulan remaja dalam keadaan yang tidak menyenangkan sedang menuju ke tempat anda, SEGERA beredar sebelum mereka tiba.

2. Cuba kawal perasaan takut apabila anda dibuli. Berhati-hati dengan senjata yang dibawa oleh pembuli, jika ada.

3. Perhatikan sekeliling. Jika ada tempat selamat atau orang yang boleh membantu, SEGERA lari ke arah tersebut.

4. Elak daripada berbincang atau bertengkar dengan mana-mana ahli kumpulan pembuli.

5. SEGERA laporkan kejadian buli kepada guru, ibu bapa, penjaga ataupun rakan yang boleh membantu untuk membuat laporan polis di Balai yang berhampiran.

6. Polis juga boleh dihubungi di talian 03-22663333 atau email mcc@rmp.gov.my.

NASIHAT PDRM KEPADA SAKSI

Apabila anda melihat seseorang kena buli, SEGERA bantu dengan cara melaporkan perkara ini kepada guru atau pihak polis.

Pelajar hendaklah sama-sama mencegah perbuatan buli agar tidak berleluasa.

 Sumber berita Guang Ming Daily & Polis Diraja Malaysia


*wani - perkara yang tidak sepatutnya berlaku*

21 March 2011

Margalef Diversity Index

Margalef Diversity Index ialah salah satu indeks kekayan spesies yang agak popular dikalangan pencinta alam apabila melibatkan pengiraan berapa 'kaya' spesies yang ada di sesuatu kawasan.


formula;


R` = S - 1 / ln N


di mana,
R` ; ini jawapan yang nak dicari daaa
S ; bilangan spesies yang ada di sesuatu kawasan yang dikaji
N ; jumlah individu yang diperhatikan (hehe berapa banyak bilangan hidupan yang ada di kawasan kajian)
ln ; natural logarithm 


macam mana nak kira?
gunakan sahaja Microsoft Excel . jangan lupa klik formula tau. 


itu aje ke?
yup. jadi kita boleh tahu berapa kaya spesies yang ada di kawasan kita. jika, sikit je, maknanya tak kaya la. miskin, beb.


apa nak kena buat bila miskin spesies?
tanam banyak-banyak (lau pokok la). haiwan? ternak la. LOL

*wani - obses dengan formula nih*

15 March 2011

Kamus Dewan Bahasa Baru

ISTILAH KELATE ( KIRIMAN ROKIMI BASRI )


1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising

100% from Suko Kecek Kelate (Suka Cakap Kelantan)

*wani - ada negeri lain yang buat macam nie tak..bagitau aku ek*

09 March 2011

Mesyuarat Kabinet 9 Mac 2011- harga minyak naik?

hari ini mensyuarat kabinet. risaunya aku. kalau-kalau, esok harga minyak RON95 naik.
kenapa?pasal harga minyak setong sekarang sudah melepasi USD100. huhu.
BN sudah menang di DUN Merlimau dan Kerdau. boleh jadi minyak akan naik.
parok la belanja semula, bila minyak naik.

*wani - haaaaaaaaaa*

17 January 2011

Kapal Ikan

(sumber: pamil-visions.net) 

 Hari ini aku belajar sesuatu yang tak pernah aku tahu sepanjang aku hidup di bumi Allah ini. Terdapat kapal yang boleh memuatkan 500 hingga 1000 pekerja dalam satu-satu masa. Semua kelengkapan untuk menangkap, memproses; untuk menjadi fillet atau mengetin, menyejukbeku dan menyimpan kesemua tangkapan ikan boleh berada di dalam kapal tersebut.

"Berapa besar kapal tersebut Prof", tanya si Danny, budak paling berpakaian skema dalam kelas.
"Sebesar KLIA", jawab Prof.
"Wow. Pernah singgah Malaysia ke?", tanya si gadis India paling sweet dalam kelas.
"Singapura sahaja. Malaysia, lautnya tak cukup dalam", Prof menjawab.

dan ketahuilah.... aku nak naik kapal itu sekali dalam hidup aku jadilah. Sebagaimana, buat pertama kali dalam hidup aku, aku pernah menjelajah KD Mahawangsa. dan, walaupun selepas itu, aku pernah naik KD Jebat gak. haha3

07 January 2011

Arahan Terbaru

apa ke menatangnya EKOLOGI TERESTRIAL & BIOMETRIK nih?
saja nak bagi aku pening..
ingkar arahan kan, markah kelaut kan

03 January 2011

Pintu Kayu Paling Best


*senang nak lepak-lepak di bilik ni. sambil bincang, sambil makan, sambil cakap kuat-kuat.
ada pustakawan kesah?* 

28 December 2010

28 Disember 2010

28 Disember 2009
berkobar-kobar beb, nak masuk kelas. beli kertas A4 dua, tiga rim. beli highlighter baru. beli kotak pensil baru. fuh semangat menggunung gila..
orang lain gi kerja, aku CUTI DUA TAHUN.

28 Disember 2010
alamak SKT tak kasik kat Dr lagik.. dateline 15 Januari 2010. malasnyaaaaaaaaaaaa nak memandu ke Bangi.

16 November 2010

Perkhidmatan Pos Laju

wah... tengah hari tadi pergi ke Pos Laju untuk menghantar barang..
nampak satu iklan yang cukup baik untuk semua pelajar universiti yang bakal, tengah dan sedang bercuti..

Kalau pelajar universiti yang hendak menghantar barang ataupun motosikal dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju, amatlah dialu-alukan.
kenapa?
pasal

(sumber : sinhuphin.com)


1. bagi setiap penghantaran motosikal, diskaun 20% dengan syarat menunjukkan kad matrik/ kad pendaftaran yang sah.

(sumber : sripoku.com)

2. penghantaran barang yang siap dibungkus, diskaun 30% dengan syarat menunjukkan kad matrik/ kad pendaftaran yang sah.

apa tunggu lagi...gunakanlah POS LAJU

05 November 2010

Pak Gad Labreri

disebabkan aku dah teruja nak peksa.
maka berangkatlah aku ke labreri tue..
lepas parking baiknya kereta jepun.
aku berjalan dengan longlah gemalai menuju ke tangga labreri..
penatnya rasa..pasal dah lama tak naik tangga.

masuk dengan perasaan membara..
aku menuju ke pintu labreri..
hampir semua orang yang ada di situ aku senyum... sedekah.
sampai ke pak gad labreri..pun aku senyam gak

dengan spontan pak gad berkata:
boleh saya cek beg?
aku...
hah!
menyesal aku senyum kat pak gad nie

*ulat berbulu mana yang songlap buku labreri nie*

18 October 2010

Misi

mood?

(sumber : sociatropin.com)

minggu nie je

(sumber : csc.gov.sg)

dan


(sumber : sosbud.kompasiana.com)

dan

(sumber : khairul.forsciedu.com)

minggu depan dan minggu satu lagi...

(sumber : muhdarif.wordpress.com)
Related Posts with Thumbnails