25 April 2011

Hikayata Merong Mahawangsa - KRU

aduh, aku dah langgan HMM oleh KRU yang disiarkan di Astro First. langganan selama 48 jam dah akan berakhir esok malam.

cuma, aku agak kecewa dengan cerita ini. mungkin aku agak kolot kerana apabila cerita sejarah diangkat ke dalam filem aku berharapkan memang cerita kolot macam tue. tak mahu tukar atau alih bahasa ke entah apa-apa entah lagi. aku rasa merong mahawangsa bukan sepatutnya dipegang oleh stephen rahman. terasa kaku sangat bahasa yang dipertuturkan setiap kali dia berkata-kata dalam bahasa melayu. tapi tuturkatanya dalam bahasa inggeris teramat ok. sedap dan lancar. terasa sangat perbezaan apabila dibandingkan dengan wan hanafi su, khir rahman & rahim razali setiap kali baris untaian kata-kata terkeluar daripada mulutnya.

sesungguhnya aku teramat kecewa dengan hasil kerja pemilihan pelakon. macam tak teliti rasanya. tapi siapalah aku ini, cuma penonton sahaja. tapi daripada segi muzik, best. KRU memang x pernah menghampakan aku sejak dari tahun 1992 lagi. hidup KRU!

*wani - aku membesar dengan KRU, beb!kalu, diorg dah tua, maknanya aku pun sama leeee*

No comments:

Related Posts with Thumbnails