23 August 2013

Resepi Rendang Ayam paling senang

Bahan-bahan:

cili kering : 20-30 tangkai
serai : 20 batang
bawang merah : 10 biji
lengkuas : 1 inci (buang air dia, nak hampas sahaja)
halia : 1 inci
bawang putih : 5 ulas
kerisik : 1 sudu besar
santan : 2 biji kelapa (1 kg santan)
Ayam : 1 ekor
Daun kunyit : 2-3 helai
Minyak : sikit demi sikit (hehe)
Air asam jawa : 1 sudu besar (aq suka guna asam keping; 2 keping selalu aq buh)
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Blender cili kering, serai, bawang merah, lengkuas, halia dan bawang putih.
2. Masuk semua sekali ke dalam kuali kecuali santan, kerisik dan daun kunyit.
3. Apabila air kering, masukkan santan dan kerisik.
4. Suaikan rasa, semasa masih lembap. ingat, yang paling penting ialah rasa dan rasa serta rasa :)
5. Kacau sampai nampak rupa rendang ayam (hehe. nasib le korang)

p/s - gunakan segala kebolehan lidah korang untuk merasa. rasa bukan sahaja pada lidah (a.k.a. mulut) tapi juga pada pandangan mata. selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails