23 May 2011

Soto

Bahan-bahan :

1 ekor ayam - direbus (best3. ayam banyak tul ayam pakai)
Sup Bunjut ADABI
Bawang merah, bawang putih, halia - ditumis
Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik (ala, beli kat kedai je, balik, terus rebus)
Suhun - digoreng 


[Hiasan]
Bawang goreng
Daun Bawang
Daun Sup 

***[Bahan kicap] ***
20 batang cili padi
2 ulas b.putih
1/2 cawan kicap manis

Cara-cara:
Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Untuk memberikan lebih rasa. Kalau tak suka tak payah le bukak tapi nanti rase cam kuah sup ayam je.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan le air rebusan/stok ayam yang direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah ditumbuk tadi.
Ayam yg direbus tadi, digoreng dengan sedikit gaulan kunyit/garam.
Selepas goreng, carikkan ayam macam gambar di atas. Ayam carik siap.
Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yg same cam kat link ni.
Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan bergedilnya.
Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng, daun bawang dan daun sup




sumber: Umie Majid

*wani - best3. cepat la balik en suami. nak buat soto nih*

No comments:

Related Posts with Thumbnails