30 January 2014

KESALAHAN DIRI

Kita perlu belajar mengakui KESALAHAN DIRI yang lampau & akibatnya sekarang, mungkin terpaksa berkali ganda menanggung susah bagi MEMBETULKAN dan mengharungi keadaan sukar waktu ini.

Cthnya : Ada sebahagian orang yang ada kerjaya TETAPI selalu MARAH-MARAH orang lain kerana gaji tidak cukup, sukar mencari pendapatan tambahan dan SUKAR mendapat kerja yang bagus.

Namun, ada yang TERLUPA, dahulu, guru-gurunya PUAS MARAH-MARAH dan nasihat agar jangan ponteng, jangan malas belajar, jangan berkhayal dalam kelas, jangan membuli di sekolah, jenagan melepak buang masa..suruh belajar bersungguh namun TIDAK DIENDAH walau telah dapat peluang bersekolah & sebahagiannya beruniversiti.

Teringat beberapa bekas pelajar di universiti yang ponteng lebih 70 % kelas dalam satu semester. Alasannya? susah bangun pagi kerana sengaja tidur lewat. Bagi orang sebegini, bermuhasabahlah diri sebelum meminta yang lain bermuhasabah.


*wani - asyik nak salahkan orang lain je... audit diri sendiri tuhh

No comments:

Related Posts with Thumbnails