31 May 2014

Bubur4Ukhwah



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, diberikan Allah kesempatan serta sedikit kesihatan utk meneruskan project-project kebajikan. Dengan ini, admin memperkenalkan project "MINGGUAN TELEKUNG PROJECT" iaitu #Bubur4Ukhwah.

Pada setiap jumaat, TP akan mengedarkan bubur lambuk di sekitar masjid utk menjamu jemaah yg mengikuti solat jumaat. Objektif project ini adalah utk membantu "PAK ANJANG" memasak bubur lambuk dan hasil daripada project ini diharap dapat membantu Pak anjang membiayai kos perubatan isterinya yang sedang menderita penyakit kanser.

Setiap jumaat, TP akan mengedarkan 300 mangkuk/bekas bubur dengan membayar pada Pak Anjang sebanyak RM 1000 seminggu. Nilai yg diberikan kepada TP oleh pak anjang ialah RM 3 sebekas, dan lebihan RM 100 itu adalah ikhlas daripada TP utk membantu pak anjang mencari wang lebihan utk perubatan mak anjang.

Project ini akan diteruskan secara mingguan selagi pak anjang mampu mengacau bubur ini dan mana tahu, dengan bubur ini juga dapat membantu pihak-pihak lain yang memerlukan, InshaAllah.

Kepada yang ingin turut menyertai #BUBUR4UKHWAH ini boleh menyumbang seikhlasnya dengan harga sebekas bubur ialah RM 3.00 melalui:

♥ CIMB PERTUBUHAN KEBAJIKAN TELEKUNG PROJEK
8600 56 3331 (no acc baru cimb)

♥ MAYBANK NORAZILA ABDUL AZIZ (AKAUN KHAS ADMIN UTK TP)
5127 7250 1950

♥ ♥ ♥ INI SANGAT PENTING Kemudian isikan borang Google Docs melalui link ini. Link ini sangat penting utk urusan audit pertubuhan kami


3. Email transaksi (optional) kepada telekungproject@gmail.com dengan menyatakan bubur4ukhwah @ In case nak berikan admin notification transaction melalui sms boleh guna number ni 0193337151

Sumbangan ini dibuka sepanjang masa kerana ini adalah project mingguan dan akan diteruskan dari masa ke semasa. Semoga Allah menerima amal kebajikan yang dilaksanakan dan kita semua mendapat keredhaaannya.

Salam Ukhwah,
Azila Aziz

No comments:

Related Posts with Thumbnails