Showing posts with label gosip. Show all posts
Showing posts with label gosip. Show all posts

24 August 2011

Berangin dgn Taukey (Kumpulan Jambu)

aku memang tengah berangin gila dengan Taukey Kumpulan Jambu. sila baca entri yg abang nara tulis nih --> Inikah Gambar Kekasih Baru Taukey Jambu? Hot Jugak Kan?.


aku tak peduli apa masalah antara dia dan isteri berlaku.... tapi aku sangat-sangat 'particular' dengan hal-hal yang akan berlaku pada anak-anak dia. sebab apa jua tindakan yang dia buat akan mempengaruhi anak-anak dia nanti bila dah besar. sebab bapak borek anak rintik. kalau tak jaga tingkah laku, segalanya akan mempengaruhi anak-anak. 'true blue' akan terserlah bila besar nanti (aku rasa dok tengah remaja pun, dah boleh nampak perangai tunjuk belang anak-anaknya nih). jadi please behave yourself. kalau nak tengok anak-anak berkelakuan baik, kita sebagai ibu bapa mesti menunjukkan kelakuan yang baik (walau macam mana jahat sekalipun kita. silap2, perasaan HORMAT anak-anak dan orang di sekeliling kita itu akan hilang pulak nanti). 


aku ulang sekali lagi, aku tak peduli apa masalah antara dia dan isterinya, yang aku peduli hanyalah apa yang akan berlaku kepada anak-anaknya sahaja. sebab akan timbul masalah di sekolah (definitely) nanti.


komen cik sakura (pengomen BN nih) -->

Aku tak faham kenapa jadi mcm gini. Isteri lahirkan anak sampai 6 orang, nak ditinggalkan. Tak ingat ke waktu togey ni entah siapa-siapa belum artis lagi, entah orang mana pun tak kenal, isteri tu la yang sayang, yang tatang suaminya. Bila dah glemer, dah retis, dah ade duit banyak, ditinggalkan.


Lelaki2 sekalian, wanita yang benar2 baik untuk anda adalah wanita yang berada bersama anda bila waktu anda sedang SUSAH. Kalau awak lelaki senang, semua orang memang dok menjengah, tapi bila awak lelaki susah, tengok lah yang mana nak jaga, nak cuci berak bila sakit nanti. 


Cari isteri elok2, jaga elok2. Aku sebagai pompuan nengok fobia okey, nak kahwin pun takut. Yang tak hensem mcm gini pun awek seksi sangkut, kalu yang ade rupe sikit, tak tahu le aku kan. 


Ps untuk perempuan itu, ok baguslah ko in a relationship ngn dia, jgn lupa jaga anak2 instant ko yang 6 orang tuh nanti ye. Jangan sik nak jaga bapak ngn harta bapaknya ajehh. Opsss.


wani - kenapa nampak cam tak berfikir je? huhu. di mana silapnya?

01 May 2011

Keluarga Bangsawan Britain

suatu semasa menonton Royal Wedding di NTV7.


ayg : abang macam mana nak kenal yang mana satu keluarga bangsawan Britain?
abg : entah. mana la abang tahu.
ayg : alaaaaaa, senang saja. cuba tengok siapa yang pakai topi tue, dialah kaum kerabat bangsawan Britain


selang beberapa puluh minit.


abg : ayang, berapa umur Queen Elizabeth?
ayg : entah la. nampak dah tua kan. tapi steady lagi masih boleh berjalan pakai kasut tumit tinggi lagi
abg : ala, bukan ke setiap hari ahad, semua orang doakan dia semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki. jadi memang panjang la umur dia.
ayg : ooooooo patutlah Sultan & Raja kita semuanya panjang umur. setiap minggu, orang doakan...


tq en Beautiful Nara for lovely pictures

25 November 2010

Apa kaitan abang Nara dan Fasha Sanda dengan Aku?

(sumber:beautifulnara.com) 

Habis masa aku sepanjang pagi ini.....
semata-mata dok belek gambaq Fasha Sanda..
ini semua abang Nara punya pasal la..
aku pun rasa nak tengok gak..


kesimpulan;
cadangan baik; cik fasha dan encik jejai, nikah sajalah.. tunggu apa lagi
cadangan kurang baik; esok, bila anak encik jejai dah besar, tengok gambar bapa dia macam nie, apa agak perasaannya? adakah dia akan meniru kelakuan ini atau lebih baik daripada bapanya.
cadangan bernas; korang suka cik fasha.. kelik la fan page dia kat sini... 

17 August 2010

Roslin Hashim Bercerai Lagi?

(sumber : aijatshantung.blogspot.com) 

my sis : awak, roslin hashim bercerai lagi?
aku : hah!
my sis : saya rasa mesti dia yang something wrong
aku : mungkin gak la. tapi tak kan la bulan puasa ni
my sis : entah lah

ane - adakah ini benar atau gosip semata-mata? tolong tunjukkan kebenarannya.
Related Posts with Thumbnails