24 August 2011

Berangin dgn Taukey (Kumpulan Jambu)

aku memang tengah berangin gila dengan Taukey Kumpulan Jambu. sila baca entri yg abang nara tulis nih --> Inikah Gambar Kekasih Baru Taukey Jambu? Hot Jugak Kan?.


aku tak peduli apa masalah antara dia dan isteri berlaku.... tapi aku sangat-sangat 'particular' dengan hal-hal yang akan berlaku pada anak-anak dia. sebab apa jua tindakan yang dia buat akan mempengaruhi anak-anak dia nanti bila dah besar. sebab bapak borek anak rintik. kalau tak jaga tingkah laku, segalanya akan mempengaruhi anak-anak. 'true blue' akan terserlah bila besar nanti (aku rasa dok tengah remaja pun, dah boleh nampak perangai tunjuk belang anak-anaknya nih). jadi please behave yourself. kalau nak tengok anak-anak berkelakuan baik, kita sebagai ibu bapa mesti menunjukkan kelakuan yang baik (walau macam mana jahat sekalipun kita. silap2, perasaan HORMAT anak-anak dan orang di sekeliling kita itu akan hilang pulak nanti). 


aku ulang sekali lagi, aku tak peduli apa masalah antara dia dan isterinya, yang aku peduli hanyalah apa yang akan berlaku kepada anak-anaknya sahaja. sebab akan timbul masalah di sekolah (definitely) nanti.


komen cik sakura (pengomen BN nih) -->

Aku tak faham kenapa jadi mcm gini. Isteri lahirkan anak sampai 6 orang, nak ditinggalkan. Tak ingat ke waktu togey ni entah siapa-siapa belum artis lagi, entah orang mana pun tak kenal, isteri tu la yang sayang, yang tatang suaminya. Bila dah glemer, dah retis, dah ade duit banyak, ditinggalkan.


Lelaki2 sekalian, wanita yang benar2 baik untuk anda adalah wanita yang berada bersama anda bila waktu anda sedang SUSAH. Kalau awak lelaki senang, semua orang memang dok menjengah, tapi bila awak lelaki susah, tengok lah yang mana nak jaga, nak cuci berak bila sakit nanti. 


Cari isteri elok2, jaga elok2. Aku sebagai pompuan nengok fobia okey, nak kahwin pun takut. Yang tak hensem mcm gini pun awek seksi sangkut, kalu yang ade rupe sikit, tak tahu le aku kan. 


Ps untuk perempuan itu, ok baguslah ko in a relationship ngn dia, jgn lupa jaga anak2 instant ko yang 6 orang tuh nanti ye. Jangan sik nak jaga bapak ngn harta bapaknya ajehh. Opsss.


wani - kenapa nampak cam tak berfikir je? huhu. di mana silapnya?

No comments:

Related Posts with Thumbnails