19 July 2014

Luahan isi hati sang isteri kepada suaminya

Teringat seorang sahabat yang meluahkan isi hati tentang rumahtangga nya kepada saya beberapa hari yang lalu.

Beliau sering memarahi suaminya atas pelbagai sebab walhal beliau sendiri sedar bahawa salah suaminya tu taklah sebesar mana, cuma beliau yang kepala angin. Dan, dia sendiri rasa sedih dengan sikapnya itu.

Saya terdiam.
Sambil diam, sambil muhasabah diri.
Ya, itu perkara yang juga berlaku dalam mana2 rumahtangga di dunia ini.
Jika tidak isteri, suami.

Dengan penuh rendah hati saya berpesan padanya (walau hakikatnya saya lebih berpesan kepada diri sendiri sebenarnya);

Apa juga yang kita sakit hati tentang pasangan kita, mengadulah pada allah. Kerana hati dia, hati kita semuanya di dalam pegangan allah. Doa semoga allah beri ilham padanya agar faham isi hati kita. Dan begitu juga sebaliknya.

Lebih dari itu,
Mohonlah pada allah agar allah perbaiki akhlak kita.
Jadikan kita isteri yang sabar, ikhlas, tak mudah merungut, dan tidak mengungkit2.

Minta daripada allah petunjuk,
Andai dia salah, minta allah perbetulkan dia.
Jika kita yang sebenarnya salah, allah berilah juga petunjuk agar kita berubah.

Undanglah allah dalam rumahtangga kita.
Insya allah apa juga ribut taufan yang melanda, kita mampu mengharunginya.


*wani - hati dia perlu dijaga. walaupun kekadang hati sendiri terabai....

1 comment:

kakyon said...

pernah nmpk seorang interi menengking suami depan org ramai. kesian si suami terkebil2 menahan malu.anak2 pun ada rasa malu..itu di luar..taktahulah kalau dirumah..

Related Posts with Thumbnails