06 September 2013

Kisah Engineer Muda dan Technician Tua..

Kisah Engineer Muda dan Technician Tua..

Tersebut kisah daripada memori tentang seorang Engineer muda, Mr Vios yang baru masuk kerja di sebuah syarikat minyak dan gas terkenal di dalam negara.

Dengan sijil yang dimiliki oleh Mr Vios, tambahan dengan gred yang hebat, mana mungkin syarikat berkenaan menolak permohonan beliau. Jadi bekerjalah Mr Vios sebagai seorang engineer muda setahun jagung dengan gaji yang beliau rasa lumayan, iaitu RM3000 sebulan.

Dengan gaji sebegitu, Mr Vios sudah merasakan kenikmatan hidup. Memanglah, dulu dapat duit pinjaman sponsor pun baru RM700 sebulan. Sekarang sudah dapat hampir 4 kali ganda. Jadi Mr Vios merasakan dirinya berada dalam status kehidupan yang sudah agak mewah. Sudahlah seorang engineer, berduit pula.

Sesudah mendapat gaji pertama, Mr Vios merasakan kekosongan yang amat sangat. Duitnya hanya terusik sedikit sahaja. Difikirkan bagaimana mahu menggunakan pengetahuan engineering optimisation terhadap gajinya yang terbiar tidak digunakan.

Balik kampung berhari raya, beliau disindir sanak saudara. Tidak kurang juga yang memaksa. Bila mahu pakai kereta (besar)???

Tekad menggunung. Balik daripada kampung terus mencari kereta yang sesuai.

Gajinya Rm3000. Kereta apa yang beliau layak? Lantas ditanya kepada pegawai bank. Beliau layak meminjam maksimum 2/3 daripada gaji bersih sebulan untuk installment. Lebih kurang Rm2000.

Dengan berbekal pengetahuan kewangan sedia ada, Mr Vios agak-agak selamat untuk menurunkan bayaran bulan sebanyak RM1500. Barulah berjimat cermat.

Jadi proses shopping kereta pun bermula......

Dengan Rm1500 sebulan, kadar HP 3% dan tenure 9 tahun, beliau dapat memiliki sebuah Honda Civic yang cun melecun. Sesuailah dengan status beliau sebagai orang berkarier, engineer pula tu.

Jadi dengan bangganya Mr Vios membawa dan memperkenalkan Honda Civic yang cun melecun kepada sanak saudara dan rakan sekerjanya. Bangga sungguh dia. Kawan-kawan pun memuji. Barulah setaraf.

Rupanya rakan-rakan sekerja Mr Vios pun tidak kurang juga. Masing-masing berkereta hebat-hebat.

Dalam banyak-banyak rakan sekerja, Mr Estima merupakan technician yang report direct kepada Mr Vios. Mr Estima telah bekerja lama dengan syarikat tersebut, namun disebabkan hanya mempunyai sijil dan diploma, beliau kekal sebagai technician. Gaji pokok beliau sudah tentu tidak dapat menyaingi bos mudanya, Mr Vios.

Mr Vios berkata dalam hati, Mr Estima pasti tidak mampu memakai kereta hebat seperti beliau. Berapa saja gajinya, bisik hati kecil Mr Vios.

Sangkaan Mr Vios meleset apabila suatu hari beliau melihat Mr Estima menaiki Toyota Vellfire ke tempat kerja. Terkejut beruk beliau.

Mr Vios menyapa Mr Estima selepas beliau selesai meletakkan keretanya.

Vios: Pakcik Estima, besar kereta pakcik. Pakcik punya ker?

Estima: Aah, dah pakcik bawak, memanglah pakcik punya.

Vios: Wow, mampu ker pakcik bayar kereta macam ni? Mahal ni. Paling kurang RM2000 sebulan ni. Gaji pakcik mana cukup.

Estima: Kau bayar kereta kau berapa sebulan nak?

Vios: Rm1500.

Estima: Gaji kau berapa nak?

Vios: RM3000.

Estima: Kesian. Hamba kereta. Kerja macam nak mati separuh bulan cuma untuk kereta.

Vios: Errr....

Estima: Aku pakai Vellfire tu free jer...orang tolong bayarkan.

Vios: Eyh, macam mana boleh pakai free? Orang bayarkan pulak tu....

.......bersambung ke episod 2......

No comments:

Related Posts with Thumbnails