07 September 2013

Kisah Engineer Muda dan Technician Tua part 2.....

Kisah Engineer Muda dan Technician Tua part 2.....

Mr Vios : Biar betul pakcik pakai Vellfire free?

Mr Estima : Bukan aku yang bayar so kira free lah.

Mr Vios : Ok pakcik, ceritalah macam mana pakcik buat.

Mr Estima: Banyak jer cara boleh buat. Kawan-kawan pakcik buat banyak cara. Tapi yang ni kira paling simple lah.

Mr Vios : Simple pun jadilah.

Mr Estima: Kau kena ubah mindset. Bezakan aset dan liabilti. Kemudian belajar hidup jangan sebab nak impress orang. Sebenarnya takde orang kisah pun ko pakai kereta ape. Last sekali kau jugak yang bayar, bukan member atau sedare mara ko.

Mr Vios : Makan dalam ni..Tapi takpe saya terima teguran tu pakcik. Ceritalah lagi.

Mr Estima : Sebagai orang muda yang miskin, kau kena fokus tambah aset. Orang miskin ni takda aset, tapi banyak liabiliti. Kalau ko start kerja dah kumpul liabiliti, alamat ko jadi hamba duit sampai bila-bila.

Aku muda-muda dulu bukan senang bank nak bagi pinjaman, jadi aku pakai kereta buruk jer. Asal boleh jalan. Kau pulak bukan kawen lagi, pakailah kereta biasa2. Kumpul beli kereta second hand.

Kalau gaji ko 3000, ko bayar max 300 cukup la.

Mr Vios: Ok2. Nasihat diterima. Lagi pakcik?

Mr Estima: Duit lebih tu kau simpan dan labur la. Kalau ko boleh bayar rm1500 untuk kereta, maknanya ko ada lebih rm1200. Kat sinilah kuncinya.

Laburkan duit tu. Macam pakcik dulu, takde la ada 1200, tapi lebih dapat la beli satu rumah flat.bayar 300 jer sebulan. Bila gaji tambah, pakcik tambah satu lagi rumah flat.

Pakcik sewakan rumah tu, dapat la duit lebihan. Duit lebihan ni pakcik kumpul untuk downpayment rumah seterusnya.

Lepas pakcik ada beberapa aset rumah flat, pakcik pun fikir nak tukar kereta.

Jadi bila boring beli rumah flat, pakcik stop kejap, pakcik guna duit lebihan untuk bayaran kereta bulanan. Jadi pakcik bayar guna duit lebihan tu jerlah.

Bila tukar-tukar kereta acap kali, pakcik rasa rugi pulak jual kereta second hand. Baik pakcik sewakan. Kancil bayar rm300 sebulan, harga sewa sehari pun dah rm80, cukup 5 hari orang sewa dah balik modal.

Ko pakai Honda ko tiap2 hari ker?

Mr Vios: Time nak pergi kerja jer. Weekend kalau keluar jalan-jalan. Kalau tak parking dekat rumah jer. Kawan saya dekat KLCC tu naik komuter dan LRT jer. So hari kerja tak pakai kereta pun.

Mr Estima : Haa, bijak pun. Setiap bulan ada 8 hari minggu boleh sewakan. Dah untung dah. Kalau orang nak sewa hari kerja pun ok, kita naik motor atau public transport lah.

Itu cerita kereta kancil nak. Itulah yang pakcik buat sampai ada Vellfire ni.

Mr Vios : Betul la pakcik. Selama ni saya tak pernah terfikir untuk buat camni.

Mr Estima : Benda ni untuk orang yang nak buat jer. Yang boleh dahulukan masa depan dan tolak kepuasan diri sendiri. Yang nak senang cepat, tak dapat nak tolong.

Ada banyak lagi cerita kawan-kawan pakcik. Ada yang main saham, ada yang buat projek pecah tanah, ada yang main emas, ada yang main rumah lelong, ada yang buat sublet, ada yang buat bisnes macam-macam, ada yang pakai syarikat. Yang penting kita mesti mahu belajar.

Mr Vios: terima kasih pakcik. Terbuka minda saya.

---apa ada di episod 3?-----

No comments:

Related Posts with Thumbnails