22 August 2010

Resepi senang masak

Hari ahad adalah hari yang paling sesuai untuk main masak-masak di dapur yang dah lama tak berasap. Jangan biarkan kabinet dapur cantik sangat. Sesekali kasi kotor dengan air tangan sendiri.

aku sebenarnya rindu kan akok yang sedap. tapi berjumpa yang sedap macam di depan stesen minyak di bandar Jeli (shell kot, lupa plak) ataupun selepas papan tanda besar 'Welcome to Kelantan'.. kan ada tiga deretan kedai yang jual akok panas-panas..(tapi diorang pun dah kureng sikit sedap). Kalau nak pergi Pasar Besar Siti Khadijah, hem entah tahun bila la baru boleh merasa yang sedap dan murah. Di Manjung, agak kureng juga rasa akok yang dijual di pasar ramadan. penat sudah mencari (mengalahkan orang mengandung, hhihihihih)

so, resepi senang masak ialah


(sumber : rafiqin.fotopages.com) 

Bahan-bahan:


20 cawan air

15 gram Agar-agar
5 cawan Susu tepung
½ cawan Tepung kastard / tepung jagung
Perisa Mengikut selera(jika suka)
Gula Secukup rasa
Buah-buahan seperti strawberi, laici dan peach (jika suka)

Cara penyediaan:
Masak air hingga mendidih dan bahagikan kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama bancuh susu tepung dan tepung sehingga larut.
Bahagian kedua larutkan gula dan perasa.
Bahagian ketiga larutkan agar-agar.

Satukan ketiga-tiga bahagian dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
Setelah mendidih agihkan ke dalam cawan-cawan dan sejukkan. Masukkan ke dalam peti ais jika suka.

Cadangan Hidangan:
Hidangkan dadih dengan buah-buahan.

(sumber : jomlayan.com)

kalau nak senang lagi, belilah yang segera dan tambah lebih kurang ye..)
banyak di pasar. asal rajin pergi menjengah sahaja ke raknya.

ane - terima kasih untuk kuih nekbat. nak buku resepi percuma? kelik sini ya. aku pun dah ada..

2 comments:

Aida Azryn said...

wah bestnye.. thanx cuz bgtaw.. :)

nosembilanbelas said...

@aida azryn sama2

Related Posts with Thumbnails