25 March 2014

Kisah Selepas 400 jam



tidak tergambar di kotak fikiran apa yang akan berlaku. tiada kata-kata yang mampu diluahkan. pencarian MH370 selama berbelas-belas hari, berakhir begini. tiada tanda, tiada bangkai, tiada mayat. yang ada hanyalah data yang ditafsir.

betul atau tidak itu bukan urusan aku. yang ada hanya, ucapan daripada Perdana Menteri Malaysia mengatakan, berakhir di sini. di Lautan Hindi. lautan yang jauh dari kehidupan. lautan yang sepi. tiada kehidupan. tiada landasan.

walaupun, hati ini menolak berkali-kali apa yang telah dikatakan. Fikiran liar tetap tidak percaya. mana mayat? mana bangkai? ada rundingan rahsia? kalah rundingan? ada khazanah? apa kaitan dengan paten? ada yang rugi? ada yang kalah?

aku cuba bersangka baik.... aku cuba bersangka baik..... aku cuba bersangka baik.....


p/s - aq harap bajet yang akan dibentangkan hujung tahun, jangan dipersiakan untuk pertahanan dan pendidikan. semuanya adalah modal. jika masih tidak berubah, aku risau, takut, Malaysia sudah tidak aman. aku cuba bersangka baik..... aku cuba bersangka baik..... aku cuba bersangka baik.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails