03 February 2014

Cara yang Betul untuk Memakai Coli

Ramai wanita sebenarnya tidak mengetahui kaedah pemakaian coli yang betul untuk kesan yang terbaik iaitu sokongan yang maksima, payudara yang montok dan juga memberi keselesaan. Berikut adalah panduan untuk memastikan anda memakai coli dengan cara yang betul.


1. Susupkan tangan anda melalui tali bahu dan letakkan tali di atas bahu. Dengan menggunakan kedua-dua tangan sambil memegang lapik coli di bahagian bawah payudara, bongkokkan badan and sedikit ke hadapan, dan biarkan payudara berada di dalam mangkuk coli dan memenuhi mangkuk.



2. berdiri tegak dan pasangkan cangkuk.


3. ubah tali bahu ke posisi yang selesa supaya tidak menekan pada bahu. pastikan tali bahu tidak terlalu ketat (anda seharusnya dapat memuatkan satu jari di bawah setiap tali bahu)


4. bongkokkan badan anda sedikit ke hadapan. tolak bonjolan lemak berlebihan dari kawasan bawah lengan, belakang badan dan ketiak ke arah kawasan payudara dan ke dalam mangkuk coli. ulangi untuk yang sebelah lagi.


5. berdiri tegak. laraskan semula dan pastikan puting anda berada di kelim pusat pada mangkuk coli.


6. tarik kedua-dua tali bahu ke atas dan ke belakang untuk mengangkat payudara. ubah pita belakang agar ketat selesa.


7. laraskan semula dan pastikan pita coli mengelilingi badan pada aras yang sama.


8. berdiri tegak. laraskan semula untuk kali terakhir (jika perlu) untuk memastikan payudara anda muat dengan selesa di dalam mangkuk coli.

sumber: ambrace cosway

No comments:

Related Posts with Thumbnails