13 September 2013

kawal minda : Rezeki dari ALLAH..

saya sedang berfikir.. semakin ramai orang di sebuah restoran, semakin ramai yang datang. Semakin sibuk sebuah klinik, semakin ramai yang datang.

Adakah ini bermakna sebuah perniagaan yang sibuk dapat menarik ramai pelanggan, berbanding dengan sebuah perniagaan yang sepi dan sunyi.

Prof Sifu saya pernah mengajar KUASA MINDA memberitahu, gunakan visual, kinestetik dan audio membayangkan seolah-olah sedang melakukan banyak kerja dan sedang mendapat tempahan yang bernilai jutaan ringgit.

Insya ALLAH, jika hati berdoa dan minda membayangkannya, perkara itu akan pasti dapat.

Jadi kawal minda agar tiada fikiran yang negatif dan 'tidak percaya pada diri' muncul menyempitkan keyakinan sehingga gagal mendapatkan impian kita.

Hanya pada ALLAH kita berkeyakinan . Rezeki dari ALLAH..


*wani - otak & minda! kekanan lurus... pandang depan. kawalllll

No comments:

Related Posts with Thumbnails