24 September 2013

Apakah kebaikan kita menutup kepala (bertudung)?

Bismillah.

Magika Tutup Aurat Dengan Sempurna ... Dalam Konteks Sains

Apakah kebaikan kita menutup kepala (bertudung)?

+ Artikel 'The Science Behind The Veil'-Karima Burns ,menjelaskan bahawa 40 hingga 60 peratus tahap kepanasan badan seseorang akan hilang melalui kepala.

Jadi mereka yg menutup kepala terutamanya pada waktu sejuk mampu mengawal suhu badannya berbanding mereka yg tidak menutup kepala .

Perasan atau tidak apabila musim sejuk kebanyakan mereka akan menutup telinga, kepala. Dengan memakai tudung, kita tak perlu risau.

+ Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di USA melaporkan hampir 700 orang dinegara tersebut meninggal dunia setiap tahun, disebabkan oleh penyakit yg berkaitan suhu panas.Kebanyakannya kerap terdedah dengan cuaca panas tanpa sebarang PERLINDUNGAN .

+ National Education Centre for Agricultural Safety (NECAS) menyatakan penutup kepala yg terbaik saat terdedah kepada sinaran cahaya matahari (selain menutup bahagian kepala), adalah ia mesti mampu melindungi bahagian leher, wajah, dan telinga.

+ Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki.

Maka oleh kerana itu, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki.

.

Alhamdulillah - segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.


*wani - alhamdulillah

No comments:

Related Posts with Thumbnails