25 September 2013

PENGETAHUAN MENGENAI EMAS...(kos upah)

Jika berkaitan barangan Emas sangat sinonim dengan “Kos upah” ( workmanship ) iaitu kos untuk upah tukang emas . Tidak kira bentuk samada emas jongkong, dinar dan terutamanya barang kemas. Kadarnya bergantung kepada reka bentuk barang kemas tersebut yang kebiasaannya sekitar RM50 – RM300 dan ada juga lebih dari itu dengan alasan pelbagai.

Jadi bagi pembeli bijak perlu melihat faktor ini dalam pemilihan barangan supaya kos belian keseluruhan yang rendah dan hanya merujuk kepada berat sahaja.

Ada pula yang menawarkan harga emas RENDAH tetapi BERSELINDUNG disebalik “kos upah” yang akhirnya kos belian tetap MAHAL dan penjual tetap untung berganda gitu.

Andai kata tawaran murah cincin 916, berat 2.00 gram dengan harga hanya RM135/gram.

NAMPAK MURAH.. !! Tapi jumlah tersebut BELUM ditambah kos upah. Untuk cincin seringkas ini, kadar upah mungkin menjangkau RM50. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah:
RM270 + RM50 = RM320.

Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah:
RM320 / 2 gram = RM 160 per gram!!

Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah terlebih dahulu sebelum membayar emas yang anda beli.

Atau lebih mudah dapatkan tawaran harga rendah yakni harga kilang, tanpa kos upah, lebih cepat akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang dibeli jika bermatlamat simpanan pelaburan

Wang Anda Pilihan Anda....


*wani - ooo itu macam ka...

No comments:

Related Posts with Thumbnails