13 May 2013

APAKAH MAKSUDNYA MEMBEDUNG BAYI?


Membedung ialah seni purba di mana bayi dibungkus dengan kemas untuk membantunya terasa selamat dan terjaga. Ianya boleh menghindarkan dia daripada diganggu oleh refleks penyentakan badannya sendiri (sentakan badan yang agak menakutkan itu, yang dikenali sebagai kejutan hipnagogik, sebenarnya adalah paling normal). Bedung juga boleh membantu mententeramkan bayi apabila dia terlalu terangsang.

Pastikan bayi tidak lapar atau basah sebelum anda bermula dan pastikan anda tidak menutup muka atau kepalanya sebab dia boleh menjadi terlalu panas. Jika bayi anda dibedung, dia mungkin tidak memerlukan selimut lagi.

Hentikan bedung sebaik sahaja bayi anda mencapai usia kira-kira satu bulan, sebab, selepas itu, bedung boleh mengganggu pergerakan dan pembesarannya. Apabila bayi anda mula menendang buang kain selimut, itu satu petanda yang dia tidak lagi mahu dibedung begitu rapi!

Bagaimana saya membedung bayi saya?

Ambillah langkah-langkah berikut:

- Letakkan helain kain benang kapas atas satu permukaan yang rata dan lipatkan sudut di sebelah kanan kira-kira 15cm ke bawah.
- Baringkan bayi dengan meletakkan kepalanya atas lipatan tadi.
- Tarik sudut terdekat dengan lengan kirinya, sambil menutupi badannya, dan masukkan bahagian depan di bawah lengan kanannya dan mengelilingi belakang bayi.
- Tarik sudut di hujung bawah ke atas hingga sampai ke bawah dagunya.
- Tarik sudut kanan ke atas dan masukkannya ke bawah belakangnya di sebelah kiri.

Sesetengah bayi lebih suka dibebaskan lengan, jadi anda mungkin mahu membedung bayi anda dari bawah ketiaknya, supaya dia dapat menggunakan tangan dan jarinya.


*wani - kekadang bedung, kekadang x... pilihan di hati.. tanggung pun ko jugak kan..

No comments:

Related Posts with Thumbnails