12 March 2012

Isteri yang aman dan selamat di samping suami

Seorang isteri sebenarnya akan merasa aman dan selamat di samping suami. Perasaan ini akan meningkatkan dengan sentuhan dan pelukan antara suami dan isteri. Ini akibat pengeluaran hormone oxytocin, yang memberi kesan mengurangkan rasa stress dalam diri isteri.

Pengeluaran hormone oxytocin juga akan meningkatkan lagi tenangan dan kegembiraan si siteri, dan semakin tertarik dan kasih kepada suaminya.

Walau bagaimana pun, semakin lama hidup bersama, kehidupan reality yang penuh dugaan. Isteri yang selalu kecewa dengan harapan-harapan yang tidak dipenuhi, akan menyebabkan tahap hormone oxytocin semain merendah dalam diri isteri.

Si isteri tidak lagi merasakan kerja-kerja rumah yang dilakukan suatu tanggungjawab malahan ia dianggap sebagai beban. Si isteri seolah-olah hilang rasa ‘keikhlasannya’.

Si isteri akan terus merungut dengan perangai anak dan suami yang tidak simpati dengan tekanan yang dihadapinya. Apatah lagi jika suami sendiri tidak mengenal penyakit stress yang baru dialami oleh isterinya. Lebih malang jika suami buat ‘tak tahu’.

Maka isteri akan terus kehilangan motivasi dan seterusnya memasuki fasa kemurungan. Di kala ini amat penting bagi suami memberikan sokongan emosi dan fizikal. Sayangnya suami yang sedang stress pula mahu menyendiri dan tidak memperduli lagi kehidupan berkeluarga. Maka si isteri harus tahu menyalurkan keresahan dan stressnya dengan tidak terlalu mengharapkan bantuan suami.

Bagi suami yang dapat mengesan stress isteri, maka segeralah memberikan perhatian kepada isteri . Cakaplah dengan intonasi yang lembut, membantu kerja rumah sekadar yang terdaya dan selalu peluk dan mencium isteri. Inilah cara hormon oxytocin akan meningkat semula dalam tubuh isteri dan mengurangkan stress mereka.



update: moga-moga ini dapat memberikan sinar jika si suami suka marah-marah. jadi kita peluk dia semula :)) 

sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

*wani - hormon oxytocin yg susah nak muncul dlm diri seorang wanita kecuali dia bersalin (beranak = deliver). wujudkan hormon itu dgn kerap ya

No comments:

Related Posts with Thumbnails