26 November 2010

Resepi mudah dan ringkas untuk sarapan pagi

(sumber; fiqasaje.blogspot.com) 

Roti goreng


Bahan-bahan;
Beberapa keping roti (suka hati la nak berapa banyak pun)
Sebiji telur
Minyak masak
Penggelek (kalau tak ada boleh guna gelas atau alu lesung)
Papan pemotong
Pisau
Kuali


Cara membuatnya;
1. Potong tepi roti.
2. Gunakan penggelek untuk menggelek roti tersebut sehingga menjadi nipis.
3. Gulung roti yang telah digelek itu.
4. Celupkan roti ke dalam telur.
5. Panaskan minyak.
6. Masukkan roti tadi ke dalam minyak dan goreng sehingga berwarna keemasan.
7. Siap, sarapan pagi anda.


Nak lagi sedap?
*sebelum digulung, boleh ditambah sardin / serunding / mayonis / kaya / kacang merah / lebihan ayam goreng semalam pun ok juga. hehe3. lagi sedap nanti..
*garam? tak payah la..cukup dah minyak sebagai pelengkap kolesterol di pagi hari.haha3.
*masa yang diambil? 5 minit sudah siap dan boleh dimakan


selamat mencuba

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
nice ambik resepi awak

jc dtg said...

resepi paling sempoi di pagi hari..hehe3

oli-go said...

yeah....dh ada idea nak buat breakfast esok..thanks..

nosembilanbelas said...

senangkan... ari2 leh buat. hehe :))

Related Posts with Thumbnails