17 July 2010

Buat passport

apa perkara yang paling penting bila mahu keluar negara?
top of the list ialah PASSPORT


(sumber : adielflitzow9.wordpress.com)


bonda dapat surat standby daripada tabung haji untuk mengerjakan haji tahun ini (doakan untuk bonda ya, sian dia dah mohon rayuan kali ke-3). so, untuk menjawab surat tawaran standby, kena ada nombor passport. disebabkan tak pernah langsung keluar daripada Malaysia..maka berangkatlah aku dan bonda ke pejabat imigresen. setelah minta pertolongan encik gugel. aku pilih pejabat imigresen subang, next to terminal subang skypark.

dari rumah, jalan pagi, ok tak sesak, walaupun sepatutnya jem. tol pun RM1.60 ..walaupun, merentas highway..tapi berjaya elak tol yang lain.hehehehhe(rasa bangga sorang2)

parking di depan pejabat imigresen. ada free parking dan metro parking. metro parking, satu jam = RM1.50 dan jam yang berikutnya pun RM1.50.

beratur di kaunter no 1,
pegawai khidmat pelanggan : buat passport untuk apa?
aku :  nak pergi haji
pegawai khidmat pelanggan : kena bayar ye.
aku : ok.

pegawai khidmat pelanggan akan
1. beri borang untuk diisi
2. hendak dua keping gambar passport
3. hendak satu keping salinan kad pengenalan.

kalau, korang tak bawak semua yang dikehendaki. tak ada masalah. di pejabat imigresen tersebut, sudah ada perkhidmatan mengambil gambar passport dan men'fotostat'.
1. empat keping gambar passport berharga RM10
2. satu salinan kad pengenalan RM0.40.

perkhidmatan ini disediakan oleh pihak swasta. so, disebabkan aku sampai awal, cepatlah proses mengambil gambar dan fotostat tersebut.. jangan lupa bawak pen sekali, kalau tak beli lah di situ dengan harga RM1.20 (pen yang selalu berharga RM0.70)

sudah mengisi borang di tempat yang disediakan, beratur semula di kaunter satu untuk mengambil nombor. nombor akan diberikan setelah borang lengkap diisikan beserta semua yang dikehendakinya. jangan lupa ukur tinggi ya. kalau tak tahu, ada tempat ukur tinggi di kaunter dua, tiga dan empat. dalam masa tidak sampai 30 minit pun, nombor bonda dipanggil.

pegawai di kaunter empat, bertanyakan beberapa soalan dan akan mengambil cap ibu jari beberapa kali. apabila sudah selesai, pegawai tersebut akan mengarahkan ke kaunter lima untuk pembayaran dengan menggunakan nombor panggilan yang sama.

pegawai di kaunter lima, akan memberitahu berapa yang perlu dibayar. bonda pilih untuk 32 muka surat, RM100 dan laku untuk dua tahun (kalau tak silap la. yang pasti bayar RM100). so, tak bawa duit tunai, boleh guna kad kredit. sebab kad kredit diterima di kaunter tersebut. apabila selesai, pegawai tersebut akan mengarahkan ke kaunter 13 untuk mengambil passport yang hanya akan siap selepas dua jam.

hemmmm, aku tengok (keratan akhbar yang ditampal), ada tempat yang boleh siap dalam masa satu jam. tetapi di pejabat imigresen subang, passport hanya siap selepas dua jam. so, balik rumah lebih baik. esok aje aku pergi ambil. dengan syarat, tuan punya passport hendaklah dibawa bersama untuk urusan tandatangan. kalau ambil kemudian pun tak ada masalah, terus sahaja pergi kaunter 13 tersebut.

ane - ada pegawai yang akan berjalan di tempat duduk yang akan melayan pertanyaan korang. aku rasa kalau bonda sorang aje..mesti pegawai tue kasi cepat proses urusan bonda aku. aku pergi ambil esoknya...tapi, orang ramai gila.. nasib aku buat semalam (hari Rabu). tip: jangan buat passport hari khamis..orang ramai.

6 comments:

RerameUngu said...

hoho...stkat ni blom n kbt passport..sbb tak kemana2 luar mesia lagi..nnt nak g baru bt la..hehehe

nosembilanbelas said...

akak pun tak ada lagi..teman mak gie buat je

Anonymous said...

brape bnyk dah PASSPORT..
hehehhe

cacing tanah membuatkan nafsu makanku bertambah~~~

anak said...

T_T...saja suka2

Anna Da Lady said...

Salam ziarah.memang tak dinafikan proses membuat pasport sangat lama.makan masa sehari bekerja. sebab selalunya, nak ambil pasport yang dah siap tu sebelah petang.dan kalau kita datang awal sekalipun, selalunya akan ada orang yang datang awal dari kita.itu pengalaman saya masa buat pasport kat Kajang ni.

nosembilanbelas said...

kat pej. imi. di subang, siap dalam masa dua jam.. tapi keratan akhbar yang ditampal di kaunter, ada tempat yang boleh siap dalam masa satu jam.

Related Posts with Thumbnails