12 August 2013

Abang nak kahwin lagi satu...?

:: Abang nak kahwin lagi satu...?

Daripada Ustaz Sidi as-Syatirie menyatakan bahawa untuk membezakan perjalanan usaha menambah isteri itu adalah takdir untuk seorang lelaki itu atau kehendak nafsunya sahaja, terletak pada 4 syarat, iaitu;

1] Pendapatan suami jadi 2 kali ganda dari sebelumnya secara tiba-tiba dan pendapatan itu kekal
2] Dapat keizinan daripada isteri yang ada sekarang
3] Tiada halangan daripada pihak keluarga wanita yang ingin dikahwini
4] Tiada halangan atau musibah atau petanda dari ALLaH yang melambatkan proses pernikahan itu seperti salah satu pihak jatuh sakit, kemalangan, kecurian dan sebagainya.
Sekiranya salah satu daripada 4 syarat ini tidak diperolehi, lupakan je la niat tu, bro.. Itu bukan takdir untuk kamu beristeri lebih, tapi hanya kehendak nafsu semata-mata.. WaLLaHu'alam..

P/S: Ramai lelaki rasa dirinya mampu berlaku adil, tapi hakikatnya apabila tanggungjawab sudah terbentang di depan mata, hanya tahu jawab tapi tanggungnya takde.. Yang dah ada satu depan mata ni, didik dan bimbinglah betul-betul.. Peace bro!


*wani - suka aq nak ulang; Ramai lelaki rasa dirinya mampu berlaku adil, tapi hakikatnya apabila tanggungjawab sudah terbentang di depan mata, hanya tahu jawab tapi tanggungnya takde.. Yang dah ada satu depan mata ni, didik dan bimbinglah betul-betul

No comments:

Related Posts with Thumbnails