16 July 2012

EPIDURAL KETIKA MELAHIRKAN ANAK


Seorang rakan FB bertanyakan saya dan meminta saya memberikan pandangan terhadap kaedah “epidural” yang sedang popular digunakan, terutamanya di hospital swasta. Walau pun bagaimana pun rakan FB ini agak keliru dan berasa ngeri apabila membayangkan suntikan jarum di tulang belakang.

Perkataan “epidural” orang doktor dan orang awam biasa digunakan bagi merujuk kepada ‘epidural analgesia’,iaitu satu teknik memasukkan ubat bius yang disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang epidural pada tulang belakang. Suntikan bius ini akan menyebabkan kehilang deria rasa (kebas) dan dapat menghilangkan rasa sakit, dengan menghalang pergerakan isyarat saraf pada saraf tunjang.

Jadi ia adalah teknik bius yang sesuai digunakan untuk menghilangkan rasa sakit ketika proses kelahiran secara normal atau ketika pembedahan cesarean.
(rujuk: Am Fam Physician. 1998 Nov 15;58(8):1785-1792.)

No comments:

Related Posts with Thumbnails